Saturday, September 29, 2012

Ketentuan


Minggu yang penuh dari Ahad sampai sekarang.
Balik dari sekolah berkejar ke hospital.
Rumah dan hospital agak jauh.
Tambah dengan traffic jam.
Sejam pun kadang-kadang belum sampai.
Lagipun sekarang dah mengajar dekat satu sekolah yang lagi jauh dari rumah.
Maknanya lagi jauh dari hospital.
Tapi demi ayah tercinta sanggup berkorban masa.
Walaupun makan minum tak terjaga entah ke mana.
Kadang-kadang bungkus mee/meehun dan hanya sempat makan waktu kereta berhenti di traffic light.
Kemudian sambung drive balik bila lampu hijau.
Lepas tu singgah mana-mana surau atau masjid sebab takut tak sempat solat, zohor dah nak habis waktu.
Kelas pula penuh dari pagi hingga tengahari.
Rasanya boleh kira berapa kali je makan di kantin.
Selebihnya malam nanti baru jumpa makanan.
Qada makan untuk sehari.
Tu pun kalau ada selera untuk makan.
Selebihnya lebih banyak tidur kerana penat yang teramat.

Berstatus anak sulung bermakna hampir semua benda terletak di atas kepala.
Lagi-lagi bila ayah sakit dan memerlukan penjagaan rapi.
Nasib baik adik-adik berada di asrama penuh.
Ringan sedikit beban seorang kakak.
Keluarga, adik beradik ayah, sanak saudara lain hampir semua tinggal jauh-jauh.
Mengambil masa yang lama untuk sampai ke sini.
Mereka juga bekerja, tidak boleh tinggal di sini lama-lama.
Hanya mampu bertanya khabar melalui panggilan telefon dan berdoa.

Ya, agak letih. Penat. Tertanya-tanya.
Kenapa mesti aku yang harus menerima semua? Kenapa takdir ini untuk kami?
Tapi bila diingatkan tentang penat lelah ayah, jasa ayah, susah payah dia
dalam membesarkan dan memberi kesenangan kepada kami semua,
hilang segala penat lelah.
Yang tinggal hanya kasih sayang dan harapan seorang anak.
Minggu depan hari konvo.
Tiket flight awal hari tu lagi dah tempah.
Nampak gayanya ayah tak dapat pergi kerana kesihatan masih belum ok.
Mama mesti tak dapat turut bersama.
Keseorangan pada hari konvo.
Hanya ditemani teman-teman seperjuangan.
Dan masing-masing ditemani oleh keluarga.
Kecuali aku.

Pagi tadi berlangsungnya majlis pertunangan sepupu yang paling rapat.
Tapi pagi tadi ayah sakit lagi. Sakitnya makin menjadi-jadi.
Aku buat keputusan tak mahu hadir ke majlis kerana mahu bersama ayah.
Namun terpaksa pergi juga kerana desakan mama.
Sampai di sana terasa jiwa kosong.
Tak bermaya.
Memandangkan sepupu yang bertunang lebih muda, jadi terdengar bisikan-bisikan sanak-saudara.
Kenapa aku masih belum ada apa-apa.
Sepatutnya giliran aku yang seterusnya, sebelum dia yang bertunang ini.
Makcik-makcik bising bertanya.
Dahla bertanya depan-depan orang ramai.
"Iza masih tak ada boyfriend?"
"Belum makcik."
"Iza ni bila nak bertunang/kahwin?"
"Nanti dulu.. belum sampai masanya lagi." Jawab aku.
"Dahtu kamu tu mahu tunggu sampai bila?"
"Entahla. Ingat kalau boleh nak sambung master dulu. Mungkin 2 tahun lagi ke."
"Uh.. Kalau belajar tinggi-tinggi pun tak ada orang yang nak takde guna jugak." Balas makcik.
Aku terdiam. Kelu tanpa kata-kata.
Ayahku sedang terlantar sakit dan aku perlu fikirkan pasal jodoh?
Apa salahkah aku kalau jodoh aku bukan sekarang?
Salahkah aku kerana masih belum berpunya?
Berdosakah kalau kahwin lambat?
Usia 24 terlalu tua kah?

Suasana majlis agak sibuk.
Sedikit kelam kabut.
Aku ke hulu ke hilir membantu untuk menyempurnakan majlis.
Walaupun ramai yang ada.
Ada yang hanya memandang dan tidak menolong.
Hanya tahu mengarah sahaja.
Mungkin kerana aku yang masih muda dan masing-masing yang kelam kabut.
Nasib baik ada sepupu-sepupu tercinta.
Boleh juga bergurau senda sambil membuat kerja.
Tapi banyak kali aku kena marah dan kena tengking bila tugas yang disuruh tak dapat dilaksanakan semua.
Aku hanya punyai dua tangan.
Mana mampu aku siapkan semua dalam satu masa.

Akhirnya aku meninggalkan majlis tanpa kata.
Terus turun pergi, tak sempat menjamah sedikit nasi pun.
Kerana terlalu terasa dan kecewa.
Dalam kereta asyik mengalir air mata.
Adakah aku kini semakin sensitif?
Atau keadaan yang memaksa aku menjadi emotional?

Maaf,
aku bukan menyesal.. mahupun mengeluh..
tidak sekali mencemuh atas takdir aku..
Aku terima dengan rela.
Namun..
Setelah aku terlalu pendamkan semua untuk sekian lama,
sampai suatu masa kesabaran aku mencecah hadnya.
Bila aku mencoret segala di sini,
itu bermakna aku sudah tidak dapat tahan lagi.
Aku bukan jenis bercerita,
mengungkap kata-kata kepada mereka yang lain.
Aku hanya tahu menaip untuk melegakan jiwa.
Meluahkan yang tersimpan.

Entahlah.
Aku pun dah tak tahu nak cakap apa.
Mungkin sekarang aku tak berapa kuat untuk hadapi semuanya,
but I know I will.
Aku takkan putus-putus berdoa.
Dan aku tahu Dia di atas sana mendengar rintihanku.
Semoga aku bisa bertahan untuk jangka masa yang akan datang.

Kepada readers dan followers,
maaf kerana dah lama tak mengikuti perkembangan dan cerita kamu,
masa yang aku ada tidak mencukupi,
saat yang dimiliki tidak mengizinkan untuk aku meluangkannya,
janjiku selepas segalanya berjalan lancar,
aku akan kembali temui kamu.










p/s: Kalaulah ada yang datang menepuk bahu, 
dan memelukku sambil berkata 'Everything's going to be okay", 
aku akan berasa lebih selesa dan sedikit gembira.




:'(







Like tanda Sayang

Wednesday, September 26, 2012

Lembut


Sejak menjadi pendidik ni ada satu benda yang membuat aku rasa kurang selesa. Memandangkan sekolah aku sekarang menggunakan papan hitam sebagai medium untuk menyampaikan ilmu, jadi setiap hari aku akan menggunakan lebih daripada satu kapur untuk menulis. Aku dapat rasakan yang tapak tangan aku berubah menjadi semakin kasar. Tambah pula aktiviti harian seperti memasak dan membasuh pakaian menjadikan tapak tangan makin menjadi-jadi kasarnya. Bila ditilik tangan aku dah macam tangan orang tua gayanya. *sigh*




Hari tu aku ada beli Nivea & Vaseline lotion. Kononnya untuk melembutkan kembali tapak tangan. Tiap malam aku sapu lotion di seluruh tangan dan kaki. Bangun pagi-pagi rasa kulit jadi lembut kemain. Tapi bila balik dari sekolah tangan aku dah berubah jadi macam kertas pasir balik. Adess. Tak boleh jadi ni. Kelmarin aku pergi ke kedai untuk cari alat yang boleh digunakan sebagai ganti kepada kapur. Lepas tu tuan kedai tu cakap ada satu objek/benda ni yang digunakan untuk 'memegang' kapur tu. Kira macam kita akan tulis guna kapur tapi tangan kita takkan bersentuh dengan kapur tu sebab dilindungi oleh benda ni. Yang sedihnya benda tu tak ada dijual kat situ. Merata aku cari tapi tak jumpa pun kat mana-mana kedai di pekan ni. Sobsss....  T.T

Korang ada suggestion or idea tak untuk bantu aku? Ni belum kahwin lagi dah jadi macam ni. Tengok muka ok, bila pandang tangan je terus lingkup. Tak macam gaya orang muda langsung. Macam kerja kilang simen pun ada.. Kang aku celup softlan kang baru tau (-_-)















p/s: Harap-harap bila majlis kahwin nanti husband aku tak pengsan time bersalam dan sarung cincin kat aku. Semoga dia dapat terima kenyataan yang itu tangan bini dia dan bukannya dinding rumah.










Like tanda Sayang

Monday, September 24, 2012

Unforgiven Soul





Dream walks alone,
under the shaded moonlight,
unforgiven soul fly away,
taken by hands of the dark,
lost in an ocean of solemnity.

When the door of al-qalb shines,
annur steps into my life,
awake me up from my dream,
drag the sorrow away ,
burning my deep black heart.

Alhamdulillah..
syukran ya Allah..
praises for opening my eyes,
before the end of my last breathe..

For the mistakes I have done,
For the words I have said,
For the things I have missed,
For the evil I have tempted,
For the down of the Iman,
For the sins of leaving You behind,
For the name of istiqamah,
For the truth of tawhid,
For the drops of every tear,
For I know the day comes near,
I ask for Your forgiveness Ya Allah..

I pray for the rewards of life hereafter,
I wish for dwelling in paradise,
I murmur Subhanallah for peace of mind,
I prostrate and stand as a Muslim,
I bound to Your convenient,
I seek refugee in You from what I have done,
I beg Your grace on me,
I confess to You my sins,
Forgive me Ya Allah,
for none is there to forgive sins but You..


-evagurl izma-
07/10/2010
3 a.m.



p/s: I was packing my things and I found this.. I wrote it last 2 years, after waking up from a long sleep of a nightmare.. such a great one to be kept..




Like tanda Sayang

Saturday, September 22, 2012

Melangkah






22 September 1988 - 8.40 a.m.

sehingga hari ini.


Alhamdulillah masih bernafas.

Genap berusia 24 tahun.

Terima kasih untuk semua birthday wishes di fb, hp, twitter, whatsapp & semuanya. 



Sayang korang!








Oh terima kasih kepada Celcom kerana menghadiahkan aku call free selama seminggu.

Tapi sayang sebab hadiah tu tak berapa nak guna.

Sebab geng 8pax list aku semua dah kahwin, agak busy kecuali dua orang.

Yang sorang tu dah tukar no lain.

Yang sorang lagi dah pergi oversea.


lagipun sejak berusia ni aku tak suka bergayut lama-lama. 
panas telinga
nanti aku migrain



Terima kasih je la jawabnya.

 T.T












p/s : Dapat mengajar kat sekolah yang jauh dari family dan kawan-kawan.
 Jadi tahun ni keseorangan semasa birthday. 
*sigh*

 :'(










Like tanda Sayang

Friday, September 21, 2012

Aneh itu Unik


Masa belajar dulu ada satu tempat makan a.k.a cafe dalam uia yang aku selalu pergi. Kat dalam uia ada banyak jenis cafe sebenarnya.Yelah aku rasa lebih separuh kot students kat uia adalah foreigners dan selebihnya adalah Malaysian. So memang kena ada variety of food. Kalau tak naya ah diorang nak survive kan. Cafe yang paling favourite bagi aku ialah cafe The Booker'z. Cafe tu macam ala-ala middle-east punye cafe sebab most of the food yang diorang sediakan adalah makanan Arab.  Hampir tiap hari (waktu lunch hour) aku mesti makan kat situ. Padahal order menu yang lebih kurang sama je tiap masa. Aku rasa waktu tu aku dah ketagih makanan Arab kot. Kalau seminggu tak pergi memang tak senang duduk. Walhal kalau nak kira tiap kali aku kat sana ada berapa kerat je student melayu. Yang lain semuanya foreigners. Kadang-kadang aku seorang je student Melayu kat situ. Sampaikan pekerja cafe tu dan pelanggan tetap dah kenal rupa aku. Siap datang tegur dan cakap in Arabic dengan aku sebab ingat aku sama bangsa dengan diorang. Hewhewhew~

Chicken Kabsa

Shawarma

Chicken Mandy

Sumber gambar : Google

Semenjak dah habis belajar ni dah lama aku tak makan makanan Arab. Teringin sangat tapi susah nak jumpa kedai makanan Arab kat sini yang betul-betul sedap. Kelmarin aku pergi uia kejap untuk ambil full transcript dan convo certificate. Memadangkan aku belum makan apa-apa dari pagi dan kerinduan terhadap cafe The Booker'z yang melampau, jadi aku pun melangkah masuk untuk mengisi perut. Sedang aku syok makan sambil usha students yang lalu lalang, tiba-tiba ada seorang lelaki Arab yang tinggi, boleh tahan la handsome muncul depan aku. Dia beri salam, tarik kerusi dan duduk menghadap aku. Aku just pandang dia dengan wajah blurr. Speechless. Dia senyum dan memulakan bicara.

He: " Here you are, sister.. I've been searching you for so long."

I: "Emm.. Sorry for asking.. Do I know you? I mean, do we know each other?"

*dia senyum lagi*

He: "I don't think that you know me. I always saw you around before this especially when you had your lunch  here. After sometimes, I couldn't find you anymore. Where have you been?"

I : "Oh.. I already graduated last semester.. But.. why did you search for me..?"

He: " To be honest, I want to get to know you better. From the first time I saw you, I feel like.. I want to be closed to you."

I : "Close to me? Umm.. err...why? What for?"  *muka double blurr*

He: " I don't know. I.. I just feel that way... I love to see the way you eat, and your smile, of course.. But then..I never had a chance to talk to you until I realized that you were gone. I kept thinking if there's anything bad happened to you and why you disappeared.. I was quite worried.."

I : " Haha.. Don't say that! Actually I finished my study last sem, so I went back to my hometown. That's why you didn't see me around. Today I come back to settle something."

He: "Hey it's so sad not to see you anymore.. How long will you stay here?"

I : " I'll be back tonight."


He: " So soon?? Owh.. If you don't mind, can I have your phone numbers, please?"



...................................................................



 Hehe.. Korang rasa apa yang berlaku selepas tu? Korang fikir sendiri ek, aku tak nak sambung cerita. Haha  =P


Hidup ni unik dan aneh kan. Kita rindu kepada seseorang yang sebenarnya tak ambil kisah or ambil tahu pun pasal kita. Kita terasa, terluka, sepi, rasa keseorangan. Bila kita patah hati, kita masih mengharap pada yang tak sudi. Then we feel like our life is like a plain, dull water. But we never realize that God put some colours which turn our life to be the colourful one. Kita tak pernah sedar sebenarnya ada orang yang lebih menghargai dan menyukai kita seadanya, mungkin dalam diam tanpa kita ketahui. Kita tak pernah terfikir bahawa ada orang lebih menyedari kewujudan kita dan berharap untuk menjadi sebahagian daripadanya. Itu sebab hikmah itu wujud, untuk menjelaskan kenapa semuanya tak seperti yang kita harapkan dan rancangkan. Sometimes it's better to let everything happen and we just follow the flow. Let the past go, be happy for the future. So whatever it is, do believe in Allah, keep praying because He will always listen and be with you!
















p/s: Hoip hoip. It's not like you think. Jangan nak fikir bukan-bukan ye. *Dush* Kasik penumbuk sebijik.  Sebenarnya aku tak kasi pun contact no. tu. I just smile, then I said; " I hope I'll see you again during my convocation." Then aku bangun dan blah dari situ. -The end-



Dan jangan tanya aku kenapa.











Like tanda Sayang

Tuesday, September 18, 2012

Bicara

Petang tadi sebelum balik rumah aku singgah kat kedai makan untuk mengisi perut. Seharian aku belum makan kerana busy mensettlekan beberapa hal penting. Ramai pulak orang kat kedai tu. Terpaksa tunggu giliran untuk order makanan. Semasa menunggu, handphone berbunyi, tutor aku kol kerana ada hal penting. Oh ya, tutor aku tu mat salleh. So confirm lah aku kena speaking. Kalau cakap Melayu harem sepatah pun dia takkan paham. Disebabkan kedai tersebut berada di tepi jalan, dengan bunyi bising kereta dan hiruk pikuk kota ditambah pula dengan suara-suara pengunjung kedai, jadi aku terpaksa menguatkan suara sedikit semasa menjawab panggilan. Aku perasan beberapa orang yang sedang menunggu order memandang aku dengan pandangan yang tak berapa enak.

Semasa tengah bercakap fon, tuan kedai bertanya makanan yang aku nak order. Secara tidak sengaja dalam keadaan separuh sedar aku membalas pertanyaan tuan kedai in English. Tak sempat nak switch code ke bahasa ibunda memandangkan aku tengah rancak bercakap dengan tutor aku sorang tu. Disebabkan suara aku agak kuat time tu, satu kedai pandang aku dengan reaksi yang..emm.. agak tidak senang bagi aku. Pandangan yang mengejek. Ada yang mencebik dan menjeling sambil berbisik kononnya aku ni budget minah salleh la tu. Nasib baik la aku jenis muka tak tahu malu, buat selamber derk je macam nothing happened there. Lepas tu aku terus blah balik rumah.




Umm well.. Situasi seperti aku mungkin pernah berlaku pada orang lain. Korang perasan tak? Di negara kita kalau kita dengar dan lihat rakyat kita bertutur dalam English, selain daripada waktu pejabat atau kat tempat kerja, masih ramai yang memandang rendah (pandang slek) or pandang aneh kepada diorang. Seolah-olah speaking ni adalah satu dosa pulak. Walhal tak salah pun kalau menggunakan apa yang kita telah pelajari. Tak semestinya kalau kita bertutur dalam English maknanya kita budget bagus. Sepatutnya kita menggunakan bahasa tersebut (walaupun bukan sepanjang masa) untuk memperbaiki kelemahan kita terutamanya grammar. Practice makes perfect, remember?

Walaupun korang belajar bahasa asing, tak semestinya korang perlu menjadi orang asing. Dan tak semestinya bahasa ibunda perlu dilupakan. Tak payahla nak eksyen bagai. Just be yourself and enjoy using the language to the fullest. Takkan sebab ko makan budu ko tak dibenarkan speaking. Tak apa kalau bertutur dalam English sebab kita still in the process of learning. Apa salahnya kalau apa yang kita belajar di sekolah di praktikkan dalam kehidupan seharian. Just use the language. Speak the language. Mix the language. Tak matinya kalau cakap omputeh tiap-tiap hari.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, situasi yang sama berlaku di sekolah especially dekat sekolah yang aku mengajar di Kelantan. Misalnya kalau seorang murid ni bercakap  or menyanyi lagu omputeh sket dah kena ejek. Kalau speaking sikit lagi la teruk kena perli. Kutuk cakap belajar bahasa penjajah la. Perasan mata biru rambut kuning la. Kalau melalak melompat dengar K-Pop tu takpe pulak. Jadah hape. Lagi-lagi sebab budak-budak ni (Kelantanese) ada dialek, jadi kalau speaking tu ada bunyi dialek sikit. Normal la tu budak-budak lagi, mana pernah ada expose or pergi study kat oversea. Dapat dengar diorang sebut sepatah English word pun aku rasa nak bersorak kuat-kuat dah. Asalkan diorang dah ada improvement aku akan tetap menyokong! Hoyeah!~  *terlebih semangat*


anak muridku yang rajin
dan comel macam teacher dia
:'>

Lagi satu, blog juga adalah antara salah satu cara yang korang boleh guna untuk meng'improve'kan English korang iaitu melalui penulisan entry in English. Dah kalau segan nak bertutur dalam Bahasa Inggeris, why don't you try to practice it through your writing? Jangan runsing or takut kalau orang tak nak baca entry kau lagi sebab sebenarnya bila kau menulis dalam English seluruh dunia dapat baca dan faham kandungan entry kau. Contohnya before ni aku pun banyak 'up' entry dalam English dan bila aku check entry aku tentang high heels mempunyai ramai readers luar dari Malaysia. Mungkin sebab entry aku yang ini adalah tentang sesuatu yang common bagi orang perempuan, satu pengetahuan am yang perlu diketahui umum. Jadi secara tak langsung blog korang akan ada readers baru dari another country. Isn't that great? ^_^

That's all for tonight. It's just my 2 cents. Btw, what do you think? Feel free to share your idea/comment/critic, okay?

Good night :)



p/s: Hujung bulan lepas adik aku, si Fikri yang form 5 tu balik dari asrama. Dia bawa balik sekali exam result yang sebelum ni. Dapat straight A dan 1B. Yang B tu English subject.

Ok. ENGLISH.

Seharian dia lari keliling rumah, aku kejar dengan batang penyapu.

...............

Like tanda Sayang

Monday, September 17, 2012

Feel







Bila kau terlalu mengharapkan dan mengimpikan sesuatu,
sampai suatu masa kau sedar ianya sudah tidak bermakna apa-apa,
sudah cukup waktu untuk kau melangkah pergi sahaja.



Aku rasa sesuatu sudah hilang dari aku.







Feel.



Aku.. dah tak ada feel lagi..










..untuk convo.



Malas pegi, boleh?




mood: rolling eyes @_@





Like tanda Sayang

Sunday, September 16, 2012

Setia



6 tahun yang lepas.


Dan masih setia bersama aku 
hingga sekarang.



;)

Like tanda Sayang

Friday, September 14, 2012

Rindu




Tahu apa itu rindu?

Itu aku,
bila tiada kamu...






Like tanda Sayang

Thursday, September 13, 2012

Save the Date

Pagi tadi surat convo dah sampai. Alhamdulillah. My convocation will be on 7th October. Selepas bertahun-tahun berhempas pulas belajar akhirnya dapat jugak menggenggam segulung ijazah (belum genggam lagi). Huuu best!

Tapi tadi baru perasan bila classmate bagitau yang kena pakai attire mengikut dress code uia yang dah ditetapkan. Dress code? So godek2 tengok website terjumpa la pasal dress code yang telah ditetapkan untuk kami semua.

IIUM DRESS CODE (FEMALE)


- all graduands must observe FULLY the following dress code and GRADUANDS WHO DO NOT COMPLY TO THE BELOW REQUIREMENTS WILL NOT BE ALLOWED TO JOIN THE CEREMONY.

- Dress : National dress (baju kurung) or formal dress which covers the aurah

-Headcover: CREAM coloured tudung/shawl

-SHOES : Black or dark brown shoes

- Items Not Allowed during the convocation ceremony:
1. purdah
2. turbans
3. skirts with slits
4. sportwear and sandals
5. Striking coloured shoes
6. High Heels and Slippery Shoes


Fuuuuuu~
Tak menahan. Skema kemain. Tak boleh pakai high heels, kena pakai kasut hitam or brown. Tudung wajib pakai tudung kaler cream je. Cream is not my colour. Seriously aku memang tak ada baju kaler cream dan tudung/shawl kaler tu.  I thought I will only wear the cream/white colour on my wedding. That will be the first and the last. Convo pun sama ke? Huuuu. Redha je la  T.T

Eh eh dalam masa yang sama kawan aku, Ain bagitau yang wedding dia nanti (bulan Nov) dia nak aku pakai baju kaler cream sebab aku kena jadi pengapit dia. Demi Nonet yang tercinta akanku turut jua kemahuannya. Tehee~ Nampak gayanya kena beli jugak la baju dan shawl kaler cream.

bakal pengantin


p/s: Korang tau tak mana-mana website/ fb page yang jual baju or shawl/tudung cream coloured? Nak yang lawa-lawa okeh! =P  Kalau ade tolong tinggalkan link kat ruangan komen di bawah. Plz plz plz -99x  Kalau takde jugak esok jom teman aku pusing Kota Bharu cari benda alah ni sume~


mood: malas nak keluar  -_-





Like tanda Sayang

Wednesday, September 12, 2012

Sepi




Ya Tuhan,
pinjamkan mereka lebih lama,
sampai aku menutup mata,
hingga aku di hujung nyawa...










Like tanda Sayang

Tuesday, September 11, 2012

Wordless Wednesday




I've made it during weekend of last semester. I was so bored at that time. Then I tried to play with poster colours, straw and brush. So it turned out to be like this.

I still don't have any name/title for it. Do you have any idea?





Like tanda Sayang

Realiti Media Malaysia




Terjumpa media spinning ni kat facebook. Ramai yang dok share.

Seriously ini kelakar. Hahaha. Tapi memang betul pun. Kan?

:)


Like tanda Sayang

Monday, September 10, 2012

Her Joyful Day #Part 2

sambungan daripada entry #Part 1

Malaih nak taip entry panjang2. Layan gambar je la ye.









Official photographer : MeghaaMoment Studio


Eh eh takkan gambar pengantin je? Bridesmaid pun kena join sekali ;)

malam akad nikah







yang sebelah kanan tu junior aku kat sek dulu. baru umo 18.
tapi nampak mcm  sama baya kan?
*perasan muda*

Gambar dari official photographer kemain lawa. Yang aku punye kemain hancus. Standard ah camera cikai je. Tapi tak kisahlah, asalkan ada gambar. Ye dak?

Kepala pusing. Rutin tido tak berapa stabil semenjak dua menjak ni.

Okay nak sambung buat kerja.

Have a nice day, friends!

Like tanda Sayang

Saturday, September 8, 2012

Kiddo


Children are the gift from God. The most precious gift for parents in life. They were born with the pure and sincere heart, the bless from the Almighty. Yet they are the colour of our live. Without them there will be no laugh, no tears, and no fun at all. Sometimes they make us laugh to death, sometimes they make us cry to hell. Besides, they love to ask a lots of questions as they want to know everything in their world. They just can't stop thinking until they get the answers which can satisfy them the most. Hence, they tend to keep asking and repeating the same questions even though we already gave them the exact answers.


Yesterday I watched the news and it was about the child abuse. I wonder why people are so damned cruel as they hurt those innocent children for their own sakes. What's wrong with them? Don't they feel the pain and the tears? Don't they know how to treat children well? Are they a human or a cold-heart mutant? And why? I don't understand why those people are still exist in this world. Urgh I really hate them. They ruin the life of the children! When they abuse them, the pain will remain for the rest of their life. Thus, they destroys their development and  emotions as well. As a result, most of them lost their hopes and happiness. For some cases, they were being abused until their last breathe. What the hell! How could they do that! Pffttt.

I still remember one of my lecturer had mentioned that we should give the children the best childhood time.  At the young age, they don't know how to differentiate between the good and the bad. So let them discover and learn by their mistakes. Childhood time is one the memory which they will never forget until they die. Thus, we as the adult should educate them, spread love to them so that they will know how to love people around them and appreciate what they have. Teach them what they should and shouldn't do. Don't you ever hurt them because you might tore their heart out. Talk slowly with them, tell them why it is wrong. Remember they are the one who will pray for you until the end of their life. Love them as well as you love yourselves. Let us pray for their safety. Insha Allah God will bless them always..
Children are adorable right? Don't you think so?

muchies love =D
Oh this boy is going to break a lot of hearts!

Too cute to be hurt!


 Sweet apple, come to mummy ;)

*Re-post Entry*
Pictures from here. 
Let us spread the love =)



p/s: Nak baby satu.

Nak.

Nak.


Boleh?


:'>

Like tanda Sayang

Thursday, September 6, 2012

The last




You are the boy
who wanders into hearts
without knocking
or wiping your feet

I am the girl
who says goodbye
but never really
lets go

We are the aimless
the hopeless
the broken
the last.


-EC-


p/s: Loneliness, I never ask you to come. Please.. go away...


Like tanda Sayang

Hair Cut

Sejak kecil aku memang tak pernah simpan rambut panjang. Kalau tengok gambar-gambar lama aku mesti orang ingat dalam gambar tu budak lelaki sebab pesen style rambut macam lelaki. Sebijik.

Bila aku dah mula melangkah ke universiti, aku mula berubah jadi feminin. Pengaruh rakan sekeliling mungkin. Dan aku mula simpan rambut panjang. Seingat aku last aku potong rambut aku ialah 2 tahun lepas. Jadi sekarang hampir mencecah pinggang panjangnya. Memandangkan aku berhijab, jadi aku memerlukan penjagaan yang rapi supaya rambut aku tak rosak. Seharian rambut terperap dalam tudung menyebabkan rambut aku kurang bermaya.


Rambut sekarang. Lebih kurang macam ni.

So now I need a hair cut. Rasa seperti mahu kembali kepada diri yang dulu. Oh ya, yang aku tahu hair style ni bergantung kepada bentuk muka kita jugak. Ada bentuk heart shape, ada yang bujur sireh, ada yang bulat dan lain-lain lagi. Kalau jenis muka kecik, bujur macam aku ni agak susah jugak la nak jumpa hair style yang sesuai.

ni jenis bentuk muka ape entah 


Hmm... tengah fikir short hairstyle yang mana lebih sesuai. Adakah seperti yang ini;

I think this hairstyle is suitable with my face shape (almost similar to me )


yang ni pun ok. 
asymmetrical layered haircuts and funky toasled hairstyles 

atau yang ini


mungkin yang ini




Yang ni pun okay. Pixie Hairstyle. Look young and funky


Setelah mengGoogle beberapa contoh, aku rasa yang ni kot paling sesuai.



Korang rasa? Any idea? Tell me, I want to hear from you :)


Sumber gambar : Google


p/s: Petang esok bersiap sedia untuk serang mana-mana hair saloon yang available.


Like tanda Sayang

Wednesday, September 5, 2012

Identiti


Alkisah seorang gadis ini
mencari cinta di laman sosial masa kini
tetapi ber identiti misteri
sehingga suatu hari
si lelaki mohon pengenalan diri
untuk meneruskan hubungan lagi

Jadi
si empunya diri
menunjukkan identiti
tetapi
mengguna gambar temannya sendiri
yang tengah menaip entry ini
tanpa aku ketahui

Saat ini
si lelaki benar-benar jatuh hati
kerana si gadis pandai menambat hati
tutur kata sopan berseri
"senyumanmu manis", bicara si lelaki

Si gadis sangat suka hati
hingga lupa diri
tidak menyedari
wajah yang hadir dalam mimpi
si lelaki sehingga kini
bukan wajah si gadis penyeri

Kini si gadis mula menyesali
mahu melepaskan si lelaki, tidak sampai hati
mahu berkata benar, tidak berani
hanya mengharap dimaafi
oleh si lelaki
dan juga pemilik wajah yakni tuan hakiki
tersepit tidak dapat melepasi
kerana salahnya sendiri

Aku ingin kau ketahui
walaupun kau telah mencemari
persahabatan indah ini
kau telah aku maafi
pintaku setulus hati
tolong jangan ulanginya lagi
nasib baik aku lembut hati
kalau tak tahulah kamu nanti
mau kau berdating tanpa gigi

Jelaskan pada si lelaki
siapa kita berdua ini
aku tidak mahu berada di dalam fantasi
lelaki yang tidak pernah aku cintai
pergilah kamu jelasi
perbaiki
segala yang terjadi
semoga cinta kalian berdua abadi
hingga ke jinjang pelamin akhir nanti.


............................



Nahhh. Aku bagi gambar free.
Sesape yang nak sangat sembunyi rupa sendiri
hambiklah kau guna gambar ini.
Percayalah mana-mana lelaki 
yang tengok rupa kau yang ini
tak akan lena tido sampai ke pagi


Confirm.













Like tanda Sayang

Tuesday, September 4, 2012

Be Original, Be Natural (entry khas untuk para gadis)

Semalam ada seorang gadis inbox aku di fb. Mempunyai masalah kurang keyakinan diri kerana merasai rupa paras kurang menarik, si gadis tersebut meminta pertolongan tentang cara bermake-up dan sedikit nasihat daripada aku. Agak terkejut jugaklah sebab aku bukannya fashionista yang layak memberi komen atau nasihat tentang hal ini. Macam salah orang je dik. Huhu.. Tapi aku tak nak hampakan permintaannya. Jadi aku rasa lebih baik aku kongsikan bersama dengan teman blogger juga walaupun aku ni bukanlah reti sangat bab-bab ni. But lets give it a try, dan aku harap si gadis tersebut bertambah okay selepas membaca apa yang ingin aku bebel dan kongsi di sini ya.

Perempuan. Kecantikan. Dua perkara yang saling bergantung satu sama lain. Memang dah lumrah, perempuan sukakan kecantikan tak kira dari segi rupa paras atau harta benda. Tak salah kalau sukakan kecantikan. Malah cantik itu subjektif. Lain orang lain citarasanya. Sesetengah orang cakap Rozita Che Wan antara artis paling cantik. Tapi aku cakap Maya Karin lagi cantik sebab aku pernah tengok dia live, tanpa mekap. Memang natural beauty dibandingkan dengan artis lain yang mekap tebal 4 inci. Hewhewhew  =P

Dah start melalut dah. Okay back to the topic. Seperti biasa, para gadis yang sedang melangkah ke dunia remaja atau dewasa lebih mementingkan penampilan dan suka untuk kelihatan cantik. Masa inilah mereka mula berjinak dengan make up, alat-alat make up, fashion style dan sebagainya. That's normal. Nothing to be worried about. Tetapi ada segelintir daripada mereka yang kurang keyakinan terhadap diri sendiri kerana merasakan diri tidak cukup lawa, muka bermasalah serta berjerawat, bentuk badan kurang menarik dan lain-lain lagi. Ada pula yang terlebih melawa, dengan erti kata lain terlebih bersolek atau berfesyen sehingga menjadikan diri sendiri nampak pelik dan aneh.

So, dengar sini aku nak bebel ye. Memang aku akui, bermake-up boleh mengubah seseorang untuk menjadi seorang yang 'wow'. Maksud aku kuasa make up ni boleh mengubah rupa seseorang. Macam daripada rupa Melayu tulen tu kamu boleh bertukar jadi wajah nampak macam ala-ala gadis Arab ke, Korea ke, Minah salleh ke, and bla bla bla. Aku pernah tengok kot macam mana make up artist 'mengubah' dan menconteng wajah model-model daripada rupa biasa nampak seperti lawa gile beb!

ini gambar contoh
kiri: muka original aku (without make up)
kanan: muka aku yang tak berapa nak ori (with make up)

Aku faham macam mana perasaan untuk melawa dan menjadikan diri outstanding. Aku faham bagaimana rasa bila dipuji dan disukai ramai apabila rupa paras menjadi daya tarikan. Don't say that I know nothing, because I was in your shoes before. Aku tahu bagaimana perasaan bila gambar dan posing kamu menjadi idola bagi sesetengah pihak. Aku tahu. Dahulu aku pun seperti kamu. Tapi bila aku dah sedar, sedikit sebanyak aku berubah. Aku lebih selesa dengan penampilan yang simple.

Adik-adik sekalian, ketahuilah kamu semua itu hanya sementara. Takkan sampai ke tua nak hidup with your fake face. Get your own identity girls. So, be original, be natural. Memanglah kita akan rasa kita lebih cantik dengan make up, but the truth is kita lebih cantik TANPA make up. Natural beauty is the pure beauty. Kalau lelaki pun, diorang lebih suka tengok perempuan tanpa make up. Perempuan natural. Trust me. Kalau tak percaya try tanya para lelaki di luar sana. Sama la macam diorang nak pilih kasut sukan. Mesti la nak beli yang original, brand ADIDAS. Takkan nak beli yang ADIBAS. Memang dah sah-sah yang original lebih tahan lama dan berkualiti, lebih puas hati kan.

Jadi, walaupun muka kita ada jerawat, parut, cacat cela, tetapi ia tetap cantik kerana Allah menjadikan makhluknya sebaik-baik kejadian. Jangan rasa rendah diri untuk melangkah keluar disebabkan kekurangan kamu kerana sedarilah kamu tetap cantik walau bagaimanapun rupa kamu dijadikan.Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki sekarang. Bersederhanalah dalam segala hal. Nescaya kamu akan ketemu bahagia. Jangan terlalu bimbang tentang masalah jerawat yang menghantui wajah kamu kerana lambat laun ia akan hilang juga. Biasalah tu perubahan hormon. Amalkan makan makanan sihat serta buah-buahan dan gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kamu.

Sekiranya ada function atau event penting seperti majlis kahwin tidak ada salahnya untuk kamu calitkan sedikit make up untuk menaikkan seri wajah kamu. Tetapi pastikan ia tidak terlalu melampau dan tabarruj. Dalam Islam pun ada hukum dalam bersolek seperti hukum memakai bulu mata palsu, maskara, lipstick dan sebagainya. Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini kerana air yang digunakan untuk berwudhuk haruslah rata  ke anggota wudhuk. (Sumber : Myibrah.com) Sila lihat penjelasan Ustaz Azhar Idrus lebih lanjut tentang hal ni. Klik sini. 

Emm aku rasa cukuplah untuk kali ini. Maaf andainya ada sesiapa yang terguris atau tidak setuju dengan aku. Niat aku hanya untuk membantu. No offence, please. Peace yaw! XD

Oh ya, kepada si gadis fb itu, ketahuilah sebenarnya aku bukan sesempurna yang kamu sangkakan. Kalau nak tahu dahulu aku sering di ejek di sekolah kerana gigi taring aku maju ke hadapan seperti yang kamu dapat lihat dalam gambar di bawah.

tayang gigi sat
Kalau perasan dulu aku tidak akan senyum hingga nampak gigi dalam mana-mana gambar pun sebab aku malu dengan kekurangan tersebut. Tetapi sekarang aku dah tak kisah dah. Walaupun ada yang tunjuk reaksi pelik bila tengok muka aku masa aku gelak, ada aku kesah? I'm proud to be myself, because I know I have my own uniqueness. Same as you. We are all unique, and beautiful as well!

Have a nice day para gadis rupawan  :)




p/s: If following a trend makes you a different person that is not a better one, just revert back to what you always are. There's only one person that can be you, which is YOU!






Like tanda Sayang

Monday, September 3, 2012

Satu. Hanya Satu

Lepas solat Isyak, aku tersedar yang rantai emas putih (white gold) yang selalu tergantung di leher sudah tiada. Kosong. Hilang. Kelam kabut aku mencari. Habis satu rumah aku geledah, semua tempat aku teliti. Namun rantai berserta diamond locket itu tidak kelihatan..

sumber gambar : Google

Mungkin pada orang lain harga seutas rantai halus itu lebih daripada mampu. Buat apa perlu bersedih? Tetapi bagi aku rantai itulah antara salah satu benda yang aku paling sayang. Sewaktu hari lahir yang ke-18, aku menerima satu bungkusan. (Waktu tu aku masih dalam foundation year, sebelum melangkah ke uia). Bila dibuka, seutas rantai jatuh ke tapak tangan beserta satu kad kecil bertulis "Selamat hari lahir yang ke-18. Love you always, my daughter." Sumpah terharu. First time kot. Sebab selama 18 tahun aku hidup tidak pernah dengar ayah aku bagitahu yang dia sayangkan aku eventhough I know he did. Mungkin seorang lelaki dan juga seorang ayah sukar nak mengungkapkan kasih sayang melalui kata-kata. Lebih banyak ditunjukkan melalui perilaku.

Itulah satu-satunya rantai yang aku ada. Rantai itu tak pernah aku tanggalkan dari jasad bermula tahun 2006 sehinggalah hari ini apabila ianya terlucut, hilang dari pandangan. Patutlah hari ni rasa tak sedap hati je.. Tambahan lagi birthday aku semakin hampir. Adakah ini satu petanda buruk?  Tiada hadiah paling bermakna daripada hadiah itu yang aku terima hampir tujuh tahun yang lalu.. Tidak akan sama..

Seriously tak boleh tido. Mata tak nak lelap. Susah hati. Bantal basah dek air mata.. Hanya mampu menunggu detik siang untuk meneruskan pencarian..


Nak rantai tu balik...Tolonglah...


Huuu.. sedihnya... :'(





lepas satu persatu datang... masih adakah ruang untuk aku tersenyum lagi? 

*tears*



Like tanda Sayang

Sunday, September 2, 2012

Mungkin




Tadi kami satu family berkumpul sebab uncle invite untuk majlis makan-makan kt rumah dia. Bila dah ramai biasalah confirm kecoh semua nak cerita macam-macam hal. Lepas tu aunty aku sebut pasal cousin aku yang bakal berkahwin bulan februari akan datang. Cousin-cousin aku mostly semua dah besar-besar dan yang lebih tua daripada aku semua dah berkahwin. So dalam erti kata lain the next turn will be me. Tapi nampak gayanya jodoh cousin aku, Wawa sampai lebih awal. Wawa lagi muda daripada aku but she will get married soon. Dipendekkan cerita aunty aku bising dok soal siasat aku macam-macam. Kenapa aku tak nak kahwin lagi? Kan Wawa dah langkah bendul. Nak tunggu sampai bila? Takkan takde yang special? Bla bla bla bla. Macam CSI soal siasat terrorist. Haihhhhhhhh...

Aku banyak diam diri masa kena soal dengan aunty-aunty dan uncle-uncle aku. Tak terjawab dan tak tahu nak jawab ape. Oh lupa aku nak cakap. Cousin2 aku semua kahwin dengan orang luar kecuali sorang je yang kahwin dengan orang senegeri (Kelantan). Nenek aku bising dok suruh aku kahwin dengan orang Kelantan jugak. Biasalah nenek kan. Tak berapa nak terima kalau aku dok jauh-jauh nanti. Tapi makcik aku dok bising suruh cari orang jauh-jauh. Nak berjalan ke tempat orang sambil hantar menantu nanti katanya. Family aku memang suka berjalan. Tiap-tiap tahun ade je tempat yang kitorg konvoi pegi ramai-ramai.

Then tetiba aunty Yah cakap " Tengok-tengok nanti si Iza ni kahwin dengan mat salleh. So tak payah nak berangan la nak hantar menantu ke ape, buat majlis satu tu kat Pasir Mas je la jawabnya."



Aku terdiam.


Air oren yang ditelan terasa pahit.

.................................


Like tanda Sayang