Wednesday, September 26, 2012

Lembut


Sejak menjadi pendidik ni ada satu benda yang membuat aku rasa kurang selesa. Memandangkan sekolah aku sekarang menggunakan papan hitam sebagai medium untuk menyampaikan ilmu, jadi setiap hari aku akan menggunakan lebih daripada satu kapur untuk menulis. Aku dapat rasakan yang tapak tangan aku berubah menjadi semakin kasar. Tambah pula aktiviti harian seperti memasak dan membasuh pakaian menjadikan tapak tangan makin menjadi-jadi kasarnya. Bila ditilik tangan aku dah macam tangan orang tua gayanya. *sigh*




Hari tu aku ada beli Nivea & Vaseline lotion. Kononnya untuk melembutkan kembali tapak tangan. Tiap malam aku sapu lotion di seluruh tangan dan kaki. Bangun pagi-pagi rasa kulit jadi lembut kemain. Tapi bila balik dari sekolah tangan aku dah berubah jadi macam kertas pasir balik. Adess. Tak boleh jadi ni. Kelmarin aku pergi ke kedai untuk cari alat yang boleh digunakan sebagai ganti kepada kapur. Lepas tu tuan kedai tu cakap ada satu objek/benda ni yang digunakan untuk 'memegang' kapur tu. Kira macam kita akan tulis guna kapur tapi tangan kita takkan bersentuh dengan kapur tu sebab dilindungi oleh benda ni. Yang sedihnya benda tu tak ada dijual kat situ. Merata aku cari tapi tak jumpa pun kat mana-mana kedai di pekan ni. Sobsss....  T.T

Korang ada suggestion or idea tak untuk bantu aku? Ni belum kahwin lagi dah jadi macam ni. Tengok muka ok, bila pandang tangan je terus lingkup. Tak macam gaya orang muda langsung. Macam kerja kilang simen pun ada.. Kang aku celup softlan kang baru tau (-_-)















p/s: Harap-harap bila majlis kahwin nanti husband aku tak pengsan time bersalam dan sarung cincin kat aku. Semoga dia dapat terima kenyataan yang itu tangan bini dia dan bukannya dinding rumah.










Like tanda Sayang

12 comments:

  1. petua tradiasional ader la...:)
    ramas hampas santan..lagi satu kita sental tangan kita guna serbuk kopi yang dibancuh dengan air panas..selamat mencuba..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. tp izma tak minum kopi.. hehe.. yang hampas santan tu bleh try.

      thanks dear! :)

      Delete
  2. Hai cikgu! :D Hehe.

    Kalau dah sayang, tangan kasar tu belakang kira. Jangan risau.

    ReplyDelete
  3. hehe cool lah eve !
    kalau aku aku main losyen je 24 jam..pakai yg baby lotion punya..kalau boleh minum lotion tu, mesti lembut tau ! hehe


    kalau suami dh sayng tangan keras cm simen pun dia terima :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah minum mesti aku telan 3 botol sehari. Haha.. ko pun selalu pakai lotion eh? bravo :)

      time sayang mmg la terima seadanya. tapi lama-lama takut jugak kalau dia cari yang lain, yang tangan halus mulus macam baby. naya aku nanti!

      Delete
  4. "Semoga dia dapat terima kenyataan yang itu tangan bini dia dan bukannya dinding rumah."

    thiz iz lol.same case same case.harap2 macam tu jugak.HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh lynn pun cikgu jugak ek?

      sama la kita, huuuu...

      nak kena repair tangan ni T.T

      Delete
  5. huhuhu..teruk sgt ke kesan kapur tu kepada tangan?

    next time, cikgu baca, suh anak murid gilir2 tulis kat papan hitam... :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak teruk sangat. tapi mungkin akan menjadi lebih teruk.

      depends jugak, kadang-kadang ada orang ok je dgn kapur. ramai je cikgu yang takde masalah. tp tgn izma yg jadi tak berapa ok. huhu. kulit sensitif kot.

      haha kang ada anak murid yang kena pakai lotion plak :P

      Delete
  6. kalau cari2 tapi xjumpa alat pemegang kapur tu..kenalah berharap bakal suami terima seadaanya..hehe. celup softlan pun boleh...peach wangi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi tu memang wangi. tapi hancus tangan jawabnya. hahaha :P

      harap2 macam tu la ;)

      Delete