Saturday, September 29, 2012
Ketentuan
Minggu yang penuh dari Ahad sampai sekarang.
Balik dari sekolah berkejar ke hospital.
Rumah dan hospital agak jauh.
Tambah dengan traffic jam.
Sejam pun kadang-kadang belum sampai.
Lagipun sekarang dah mengajar dekat satu sekolah yang lagi jauh dari rumah.
Maknanya lagi jauh dari hospital.
Tapi demi ayah tercinta sanggup berkorban masa.
Walaupun makan minum tak terjaga entah ke mana.
Kadang-kadang bungkus mee/meehun dan hanya sempat makan waktu kereta berhenti di traffic light.
Kemudian sambung drive balik bila lampu hijau.
Lepas tu singgah mana-mana surau atau masjid sebab takut tak sempat solat, zohor dah nak habis waktu.
Kelas pula penuh dari pagi hingga tengahari.
Rasanya boleh kira berapa kali je makan di kantin.
Selebihnya malam nanti baru jumpa makanan.
Qada makan untuk sehari.
Tu pun kalau ada selera untuk makan.
Selebihnya lebih banyak tidur kerana penat yang teramat.
Berstatus anak sulung bermakna hampir semua benda terletak di atas kepala.
Lagi-lagi bila ayah sakit dan memerlukan penjagaan rapi.
Nasib baik adik-adik berada di asrama penuh.
Ringan sedikit beban seorang kakak.
Keluarga, adik beradik ayah, sanak saudara lain hampir semua tinggal jauh-jauh.
Mengambil masa yang lama untuk sampai ke sini.
Mereka juga bekerja, tidak boleh tinggal di sini lama-lama.
Hanya mampu bertanya khabar melalui panggilan telefon dan berdoa.
Ya, agak letih. Penat. Tertanya-tanya.
Kenapa mesti aku yang harus menerima semua? Kenapa takdir ini untuk kami?
Tapi bila diingatkan tentang penat lelah ayah, jasa ayah, susah payah dia
dalam membesarkan dan memberi kesenangan kepada kami semua,
hilang segala penat lelah.
Yang tinggal hanya kasih sayang dan harapan seorang anak.
Minggu depan hari konvo.
Tiket flight awal hari tu lagi dah tempah.
Nampak gayanya ayah tak dapat pergi kerana kesihatan masih belum ok.
Mama mesti tak dapat turut bersama.
Keseorangan pada hari konvo.
Hanya ditemani teman-teman seperjuangan.
Dan masing-masing ditemani oleh keluarga.
Kecuali aku.
Pagi tadi berlangsungnya majlis pertunangan sepupu yang paling rapat.
Tapi pagi tadi ayah sakit lagi. Sakitnya makin menjadi-jadi.
Aku buat keputusan tak mahu hadir ke majlis kerana mahu bersama ayah.
Namun terpaksa pergi juga kerana desakan mama.
Sampai di sana terasa jiwa kosong.
Tak bermaya.
Memandangkan sepupu yang bertunang lebih muda, jadi terdengar bisikan-bisikan sanak-saudara.
Kenapa aku masih belum ada apa-apa.
Sepatutnya giliran aku yang seterusnya, sebelum dia yang bertunang ini.
Makcik-makcik bising bertanya.
Dahla bertanya depan-depan orang ramai.
"Iza masih tak ada boyfriend?"
"Belum makcik."
"Iza ni bila nak bertunang/kahwin?"
"Nanti dulu.. belum sampai masanya lagi." Jawab aku.
"Dahtu kamu tu mahu tunggu sampai bila?"
"Entahla. Ingat kalau boleh nak sambung master dulu. Mungkin 2 tahun lagi ke."
"Uh.. Kalau belajar tinggi-tinggi pun tak ada orang yang nak takde guna jugak." Balas makcik.
Aku terdiam. Kelu tanpa kata-kata.
Ayahku sedang terlantar sakit dan aku perlu fikirkan pasal jodoh?
Apa salahkah aku kalau jodoh aku bukan sekarang?
Salahkah aku kerana masih belum berpunya?
Berdosakah kalau kahwin lambat?
Usia 24 terlalu tua kah?
Suasana majlis agak sibuk.
Sedikit kelam kabut.
Aku ke hulu ke hilir membantu untuk menyempurnakan majlis.
Walaupun ramai yang ada.
Ada yang hanya memandang dan tidak menolong.
Hanya tahu mengarah sahaja.
Mungkin kerana aku yang masih muda dan masing-masing yang kelam kabut.
Nasib baik ada sepupu-sepupu tercinta.
Boleh juga bergurau senda sambil membuat kerja.
Tapi banyak kali aku kena marah dan kena tengking bila tugas yang disuruh tak dapat dilaksanakan semua.
Aku hanya punyai dua tangan.
Mana mampu aku siapkan semua dalam satu masa.
Akhirnya aku meninggalkan majlis tanpa kata.
Terus turun pergi, tak sempat menjamah sedikit nasi pun.
Kerana terlalu terasa dan kecewa.
Dalam kereta asyik mengalir air mata.
Adakah aku kini semakin sensitif?
Atau keadaan yang memaksa aku menjadi emotional?
Maaf,
aku bukan menyesal.. mahupun mengeluh..
tidak sekali mencemuh atas takdir aku..
Aku terima dengan rela.
Namun..
Setelah aku terlalu pendamkan semua untuk sekian lama,
sampai suatu masa kesabaran aku mencecah hadnya.
Bila aku mencoret segala di sini,
itu bermakna aku sudah tidak dapat tahan lagi.
Aku bukan jenis bercerita,
mengungkap kata-kata kepada mereka yang lain.
Aku hanya tahu menaip untuk melegakan jiwa.
Meluahkan yang tersimpan.
Entahlah.
Aku pun dah tak tahu nak cakap apa.
Mungkin sekarang aku tak berapa kuat untuk hadapi semuanya,
but I know I will.
Aku takkan putus-putus berdoa.
Dan aku tahu Dia di atas sana mendengar rintihanku.
Semoga aku bisa bertahan untuk jangka masa yang akan datang.
Kepada readers dan followers,
maaf kerana dah lama tak mengikuti perkembangan dan cerita kamu,
masa yang aku ada tidak mencukupi,
saat yang dimiliki tidak mengizinkan untuk aku meluangkannya,
janjiku selepas segalanya berjalan lancar,
aku akan kembali temui kamu.
p/s: Kalaulah ada yang datang menepuk bahu,
dan memelukku sambil berkata 'Everything's going to be okay",
aku akan berasa lebih selesa dan sedikit gembira.
:'(
Like tanda Sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau lah sye ade kat situ,a big hug for u...
ReplyDeletemesej2 laaaa nanti konvo..mne tau sye buleh tlg temankan..kesiannya akak..
semoga ayah akak cepat sembuh..
I wish u r here too.. :-(
DeleteCan i have ur phone no? I'll contact u when im in uia soon :-)
Everything's going to be okay sis. InsyaAllah. :)
ReplyDeleteThanks dear.. I hope so.. :')
Deletekesian Izma.
ReplyDeleteHarap kesihatan ayah izma makin elok!!.
biasalah glongan makcik makcik nih.
suka ambik kisah pasal anak orang.
Jangan dok layan sangat soalan gitu deh.
sabar deh.
:)
Thanks for ur support wan..
DeleteIzma malas dah nak amik tau orang cakap ape. Kalau tak makin sedih ada la.. Huhu.. Banyak lagi benda nak kena pikir kot..
Btw, mcm mana dgn probs students tu? Dah ok ke?
Dah dapat handle@ settle semua?
If there's anything do tell me ok! :)
bawalah hati itu dan pergilahh
ReplyDeletekau akan kuat aku tahu
kutip kekuatan itu dan bangunlah
bagaimana kalau kekuatan itu jatuh dari genggaman aku?
Deletebagaimana kalau hati itu rapuh berkecai tiada sembuh?
bagaimana kalau kuat itu bukan aku?
:'(
terima kasih teman..
kerana masih berada di sini
membuat aku tersenyum dan terharu dengan nukilan kamu..
much appreciate it :')
Aku juga anak sulung...aku tahu apa yang kau rasakan...aku sudah laluinya...
ReplyDeletesemua ini ada sebabnya dan jangan sesekali kau persoalkan...tenang dan berlapang dada!
24 tahun...masih muda lagi jangan dihiraukan sangat dgn org sekeliling ...mereka tahu apa?
Luahkan segalanya disini ...sekurang2nya kau tidak bersendirian...
senyum sikit...hehe!
aku bisa bertenang..
Deletetetapi hanya di hadapan orang..
bila aku sendirian aku kalah dengan pantulan sendiri..
sedikit kecewa dengan persepsi mereka di sekeliling..
kalaulah aku mampu ubah minda mereka..
terima kasih kerana memahami..
dan aku sangat menghargai..
walaupun hanya mampu ucapkan melalui blog ini..
tapi aku pasti akan sentiasa mengingati..
thanks ya! :')
anytime u...
Deletesemoga ayah akak cepat sembuh deh...banyakkan bersabar...
ReplyDeleteHarap harap begitulah.. Doakan kami ek..
Deleteizma~nak je sy pegi dkat awak & peluk sambil ckp " sabar izma...awak anak yg baik...Allah mendengar setiap doa n rintihan awk"... sy pun sama umr dgn awk...kalo org tny soal jodoh, snyp je...jwpn spatotny, "akan kwin bila jodoh sampai"...huhuhu
ReplyDeleteHuu saya sbnrnye tak nak fikir pn lg psl kahwin..sbb byk benda lg sy nk kena settle.. Nanti sampai masanya adalah tu.. Allah dah aturkan. Hanya masa yang tentukan. Sy doakan awk bertemu jodoh yg terbaik. Ameennnnn
DeleteAwk thanks tau! :')
Apa pun, senyum. :) Kau pasti kuat hadapi semuanya.
ReplyDeleteThanks ya Fel.. Much appreciated :-)
Deleteizma..be strong..sabar n cool..
ReplyDeleteye menaip memang senang tp awk yg lalui nye sorang..
all is well awk ;))
Thanks for ur support dear.. Semoga Jna pun cpt sembuh jugak..
Delete