Monday, November 11, 2013

Tips & Cara Menguruskan Wang Dengan Bijak Bagi Mereka Yang Berbisnes


Setelah sekian lama, baru ada ruang sedikit untuk menulis. Huhu. Sorry for being so busy lately, too much thing to be completed and I'm running out of time. *sigh*

dah lama tak jumpa cinta hati yang ni.. rindu woo..
busy sgt sampai tak ada masa nak balik pun..huuuu T.T

Btw, hari tu aku ada pergi mini kursus untuk yang minat berbisnes dan ni ada sedikit info yang boleh aku simpulkan dan ringkaskan untuk membantu korang uruskan kewangan terutama bagi mereka yang memilih untuk berniaga sebagai pekerjaan kedua. Kalau yang makan gaji or berniaga sepenuhnya, perkongsian ini kena ubah la sikit mengikut keperluan masing-masing. Sekadar berkongsi, mana-mana yang korang rasa boleh diguna pakai tu silalah amalkan ek. *peace*

Okay straight to the point. Contoh kamu berniaga pakaian wanita seperti dress,blouse dan etc. Macam mana nak gunakan wang kamu dapat daripada bisnes tu dengan bijak? Ada '5 envelops' yang korang boleh apply ni.

1. 50% capital (modal)
2. 10% charity (kebajikan)
3. 10% savings (simpanan)
4. 15% business expense / trainings (utk seminar2 business marketing / training + minyak kereta dll)
5. 15% personal expenses (ni macam gaji untuk diri sendiri la)

So keuntungan kamu bulan-bulan lebih kurang RM 3000 la katakan. Jadi:

1. 50% capital (modal)
    50% X RM 3000 = RM 1500. 
    So RM1.5k ni akan digunakan sepenuhnya untuk modal bisnes / pusing balik modal.

2. 10% charity (kebajikan)
    10% X RM 3000 = RM 300
    RM 300 ni adalah untuk kebajikan seperti derma pada rumah anak-anak yatim, beri makan pada fakir miskin, jamuan makan bagi mereka yang kurang upaya dan sebagainya.

3. 10% savings (simpanan)
    10% X RM 3000 = RM 300
    RM 300 seterusnya untuk simpanan dalam akaun kamu. Yang ni jangan guna, walaupun amaunnya nampak sedikit dan tak seberapa, tapi kalau setiap bulan korang simpan dengan konsisten akan   membuahkan simpanan yang lumayan juga nanti untuk masa depan. Kena ada simpanan jugak walau macam mana pun, jgn dihabiskan terus setiap keuntungan kamu.

4. 15% business expense / trainings (utk seminar2 business marketing / training + minyak kereta dll)
    15% X RM 3000 = RM 450
    RM 450 untuk korang berbelanja bagi tujuan upgrading bisnes korang macam pergi training ke, seminar ke, apa-apa je yang berkaitan dengan bisnes korang. Boleh digunakan untuk spend sebagai cover duit minyak kereta, duit yang digunakan untuk berjumpa customer sana sini dan sebagainya.

5. 15% personal expenses (ni macam gaji untuk diri sendiri la)
    15% X RM 3000 = RM 450
    RM 450 yang terakhir adalah untuk gaji diri sendiri, untuk korang berbelanja bagi keperluan sendiri. Setelah penat-penat kerja kan, bagi la rewards  untuk diri sebagai tanda pernghargaan. Kalau small things pun takpe, contoh macam klip rambut je. Ia akan buat korang rasa untuk hargai diri setelah penat bekerja seharian. Ye lah dah ko kerja penat2 kan, takkan la rambut serabai baju lusuh macam hape and then nak jumpa customer. Kena la sentiasa kemas dan professional. Baru la rezeki bertambah-tambah. Hehe.


I think that's all I can share. Ada jugak yang tertanya-tanya kalau yang ada hutang kereta hutang rumah tu macam mana pulak kan? Kalau yang keuntungan lebih banyak tu mesti siap ada pekerja nak kena gaji pekerja lagi kan. Haa yang tu korang kena ubah suai '5 envelops' di atas dengan bijak dan suitable untuk keperluan korang lah. Boleh ubahsuai menjadi 6 envelops ke, 7-8 envelops ka, asalkan kamu dapat plan dengan bijak. Remember, if you fail to plan, you are actually plan to fail. So berhati-hati dengan pengurusan kewangan korang k.


Oh ya, ni ada sedikit tips (lebih kepada renungan+nasihat) untuk korang semua:


from Google
~ Learn to give although the amounts are small
Maksudnya jangan kedekut untuk memberi walaupun dalam kuantiti sedikit gile sebab you have no idea betapa besarnya ganjaran yang kamu dapat nanti. Setiap orang yang kamu beri tu akan doakan kamu dan doa itulah yang bakal menambah rezeki kamu dengan lebih banyak. Bak kata kawan, takkan miskin mereka yang bersedekah. Sebab tu ada dalam list di atas untuk charity (kebajikan) supaya korang tak lupa setiap yang korang dapat tu adalah pinjaman dari-Nya semata-mata dan bukan untuk dirasai kita seorang. Ada faham? Hihi.


from Google
~ Profit are better than wages (Keuntungan lebih baik daripada gaji)
Maksudnya begini. Kalau korang makan gaji, setiap bulan sama je kan untuk tempoh masa yang lama. Jujurnya kalau golongan middle class macam kita ni tak berapa nak cukup gaji yang sedia ada dengan kegawatan ekonomi yang melanda. Tambah pula harga barang yang semakin naik menyebabkan kesempitan hidup makin terasa. Sebab itu digalakkan untuk berniaga. Sabda Nabi s.a.w., 9 per 10 rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya 1 per 10 sahaja rezeki daripada makan gaji. Itu sebabnya orang berniaga ni lebih senang untuk hidup senang dan hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya mengikut syarak.


from Google
~ Don't get into debt and if you have, get out!
Sebagai dewasa kebanyakan kita ni memang pasti ada yang berhutang. Hutang rumah, kereta, PTPTN dan sebagainya. Tak jatuh hukum berdosa kalau berhutang tapi sila langsaikannya secepat mungkin dan sila keluar dari hutang korang! Orang yang berhutang ni takkan tenang hidup. Huhu. Percayalah. Aku pun rasa perasaan yang sama. Tiap bulan kena fikir nak bayar hutang tu hutang ni. Boleh sakit jiwa kadang-kadang. Itu pun aku dah tetap sepanjang hidup ni kalau aku ada hutang pun biarlah kereta dan rumah je. Taknak ada hutang lain. Bila dah langsai segala bagai hutang tu, baru kita dapat rasa betapa nikmatnya hidup ini lebih-lebih lagi kita dapat aplikasikan 5 envelops yang saya share di atas sepenuhnya! Syiokk kannnn. Apa lagi yang korang mahu? Kehkehkeh.


That's all. Lastly, sedikit info berguna tentang cara peniaga mendapat keredhaan Allah. Sila klik link ini untuk membaca. Credit to owner page tersebut. Thank you!

Barakallallahu fikum. Fi amanillah..




Like tanda Sayang