Monday, September 3, 2012

Satu. Hanya Satu

Lepas solat Isyak, aku tersedar yang rantai emas putih (white gold) yang selalu tergantung di leher sudah tiada. Kosong. Hilang. Kelam kabut aku mencari. Habis satu rumah aku geledah, semua tempat aku teliti. Namun rantai berserta diamond locket itu tidak kelihatan..

sumber gambar : Google

Mungkin pada orang lain harga seutas rantai halus itu lebih daripada mampu. Buat apa perlu bersedih? Tetapi bagi aku rantai itulah antara salah satu benda yang aku paling sayang. Sewaktu hari lahir yang ke-18, aku menerima satu bungkusan. (Waktu tu aku masih dalam foundation year, sebelum melangkah ke uia). Bila dibuka, seutas rantai jatuh ke tapak tangan beserta satu kad kecil bertulis "Selamat hari lahir yang ke-18. Love you always, my daughter." Sumpah terharu. First time kot. Sebab selama 18 tahun aku hidup tidak pernah dengar ayah aku bagitahu yang dia sayangkan aku eventhough I know he did. Mungkin seorang lelaki dan juga seorang ayah sukar nak mengungkapkan kasih sayang melalui kata-kata. Lebih banyak ditunjukkan melalui perilaku.

Itulah satu-satunya rantai yang aku ada. Rantai itu tak pernah aku tanggalkan dari jasad bermula tahun 2006 sehinggalah hari ini apabila ianya terlucut, hilang dari pandangan. Patutlah hari ni rasa tak sedap hati je.. Tambahan lagi birthday aku semakin hampir. Adakah ini satu petanda buruk?  Tiada hadiah paling bermakna daripada hadiah itu yang aku terima hampir tujuh tahun yang lalu.. Tidak akan sama..

Seriously tak boleh tido. Mata tak nak lelap. Susah hati. Bantal basah dek air mata.. Hanya mampu menunggu detik siang untuk meneruskan pencarian..


Nak rantai tu balik...Tolonglah...


Huuu.. sedihnya... :'(





lepas satu persatu datang... masih adakah ruang untuk aku tersenyum lagi? 

*tears*



Like tanda Sayang

11 comments:

  1. Saya pula takut kehilangan ayahanda tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :'(

      tiada siapa yang berani terima kehilangan yang tercinta. saya sangat takut kehilangan ayah kerana saya tahu hilangnya tak mungkin dapat diganti. perginya hanya sekali, tetapi kembalinya tiada lagi. tiada yang baru. hanya satu.

      p/s: semoga kedua ibu bapa kita semua sentiasa sihat dan dirahmati-Nya..

      Delete
    2. Moga-moga. Doakan sahaja mereka panjang umur dan sihat sejahtera. :)

      Delete
  2. Uit... kemoning... herm.. hopefully apa yang dicari djumpai..
    amin...
    dan kalau ia hilang... jangan la sedih.ade hikmah disebalik setiap apa yang terjadi rite.
    keep calm... and think +ve

    ReplyDelete
  3. sedihnya.mmg tak tenang rasanya kalau hilang benda yang kita sayang.huhu.hope you'll find it asap.aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear.. i do hope so... sobssss T.T

      Delete
  4. Awww~~

    Jangan sedih.. nanti adelah tu jumpa balik. Sekadar peringatan agaknya supaya jangan mudah terlupa tentang sesuatu yang sepatutnya kita hargai.

    *cabut bahu*

    Nah! Nanti dah abes pakai pulang balik. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak bahu. nak rantai. huuuuuuuuu T.T

      Delete