Thursday, July 17, 2014

Take My Hand To Jannah - Solemnization Story

Fuhhh.. It's weekend! Baru ada kesempatan nak selesaikan entry tertunggak. InshaAllah akan kerap update lepas ni. Doakan la ye. Haha..

Sebelum mulakan cerita pasal majlis akad nikah aku yang lepas, marilah kita sama-sama baca doa ini dulu.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Aminnn aminnn ya rabb alaminnn...

#prayforGaza

Berbalik kepada title entry tadi. Majlis akad nikah aku ni memang sangat simple je. 2 hari sebelumnya bridal yang kami tempah datang pasang pelamin, bilik dan meja pengantin. Hantaran pun buat sendiri je, so dapat siapkan 2-3 hari lebih awal. Canopy pun siap kena pasang ngam2 sehari sebelum majlis. Walaupun ada masalah sedikit sepanjang pemasangan canopy dan pelamin semua tu tapi syukur alhamdulillah last-last siap jugak dengan jayanya. Aku pun puas hatilah dengan hasil kerja mereka. Thumbs up!

Sebulan. Seminggu. Sehari. Eh eh hari nak kahwin sudah! Macam sekejap je masa berlalu. Majlis akad nikah tu malam. Petang tu masih lagi tak rasa apa-apa. Kawan-kawan sibuk msg tanya wei ko tak berdebar ke. Aku langsung tak rasa apa-apa. Haha. Pelik betul. Memang slumber la. Siap boleh bergurau senda lagi dengan family. Pihak lelaki dijangka tiba lepas isyak. Petang tu aku dok kalut di dapur lagi siapkan juadah untuk majlis malam tu. Then nenek bising suh pi mandi dan dok diam-diam. Hilang seri katanya. Heh. Lepas solat maghrib, mak andam pun datang nak make up. Pergh dia make up memang cepat la. Tak sampai sejam dah siap. Lagipun aku minta dia makeup nipis je, biar nampak natural. No no bulu mata palsu, cukur kening sebab encik husband tak bagi masa tu. Lain rupa aku lepas kena make up. Haha. Tak tau nak cakap ape. Janji dalam gambar biar nampak lawa. Muahahaha. Lepas siap make up tu kalut semua la aunty2, sepupu sepapak nak bergambak. Selfie sampai ke sudah. Dah rasa feeling2 artis gittew. Fuuuuhhh~



Tengah syok bergambar tu suddently sepupu yang kecik datang masuk bilik sambil cakap; " Kak Iza, pengantin lelaki sapa dohhh! Semak nyo!!"
(translate ; Kak Iza pengantin lelaki dah sampai. Hensemnya!)

Perghhhh.. Masa tu dah rasa nervous sikit. Nervous pun sebab kecoh betul dah rumah kami. Bunyi bising dok sambut pihak lelaki..kecoh kat dapur..pendek kata semua la dok kalut siap sedia ni. Paling takleh blah kecoh sebab pakat dok mengintai Naim. Ye lah family aku tak pernah tengok dia live. Masa tunang haritu pun dia tak balik. Sebelum ni pun mana pernah dia datang rumah sorang2 or time semua family ada. Perahsia betul kami ni. Eheh. Makcik aku plak balik-balik dok intai, sambil ternganga cakap, "fuyyo tinggi molep Naim ni. dohla putih melepok. Comey anok mu seksok Iza." Adess..

Tok imam pun elok-elok je sampai beberapa minit lepas tu. Katanya datang rumah kami first, lepas ni kena pergi 2 rumah lagi untuk majlis sama jugak. So dia xleh stay lama2 la. Aku dok terperuk je dalam bilik tunggu kena panggil. Lepas tu, makcik datang bawa aku keluar dan duduk di tempat pengantin perempuan yang dah disediakan. Masa duduk tu la baru aku curi-curi pandang husband aku. Kusyuk gile dia dengar apa yang tok kadi tu sampaikan, siap tutup mata lg, duduk tegak tak pandang sape-sape dah. Hihi. Aku seperti biasalah nampak blur, dalam video pun sebelum akad tu dah nampak muka cam blur. Normal lah tu. Muka aku memang macam tu. Masa tok imam bacakan pesanan tu, tetiba rasa sayu..kurang beberapa minit lagi nak jadi bini orang dah wei. Huuuu...

Then bermulalah saat yang dinanti.

Zapp.. tok imam tu cakap test dulu dik. Dia nak permudahkan lafaz tu, jadi dia cakap tak payah sebut nama penuh aku, terus je sekian sekian.. tapi Naim dah nervous kot, mungkin yang dia practice lain. So tok imam tu cakap, tak apa, awak jawab je ikut yang macam dah belajar sebelum ni.

Jeng..jeng..jeng..

"Ya ________________________, aku nikahkan dikau dengan ___________________ dengan mas kahwinnya sebanyak __________ tunai."

"Saya terima nikahnya ______________ dengan mas kahwinnya sebanyak yang tersebut."


Whoaaaaaaa... hilang nafas aku seketika. Memang tak bernafas rasa. Tok imam pandang kiri kanan tanya sah? sah? Semua angguk cakap sah, saksi pun cakap sah, berehhh doh tuuu.. Jadi, secara rasminya dengan sekali lafaz aku sudah ada suami! Yay!

Lepas tu lah baru suami aku pandang aku dan senyum. Baru nampak gamaknya aku kat situ. Haha. Nervous sangat lettew. Aku pun masa tu je baru sengih. Sebelum tu punyalah berkerut muka takde senyum langsung ni. Serius kemain. Mama aku menitis air mata. Huu..maklumlah first daughter got married kan. Hati ibu mana tak tersentuh. Perasaan masa lafaz dan sesudah lafaz tu tak boleh nak ungkap. Memang lain. Sape yang dah kahwin mesti paham apa yang dilalui waktu tu. Waktu aku pandang suami masa tu, rasa sayu je.. penuh kasih sayang.. macam bercahaya bersinar betul wajah suami aku. Menusuk ke kalbu. Padahal sebelum ni pernah je tengok muka dia, tapi entah kenapa kali ni nampak hensem betul. Betul-betul buat aku jatuh cinta macam kali pertama. Acecece.. Tak boleh nak cakap lebih-lebih nanti suami aku baca dia perasan lebih plak. Eheh.

Bila selesai lafaz sakinah tu, tok imam bacakan beberapa pesanan untuk kami. Setiap yang dia lafaz, Naim angguk dan hayati dengan betul. Paling aku rasa bertambah sayu bila kena ucap tentang "janganlah engkau menyakiti isterimu..bla.bla..bla...ada diterangkan pasal bermadu (yang ni biasa pompuan mesti highlight lebih). Kehkehkeh..  Lepas selesai semua, mulalah upacara sarung cincin. Kami ni jadi pemalu betul, sumpah rasa kekok gile masa dia pegang tangan aku untuk sarung cincin. Naim pun terketar kot tangan dia masa nak sarung tu. Samalah dengan aku. Hahaha. Family ni pulak dok usik-usik bagai. Bertambah la lagi perasaan malu yang menebal. Macam stranger meet stranger. Kihkih. Bila diorang suruh bergambar, dok rapat-rapat pun kami berdua rasa segan gile. Photographer pulak dok suruh wat macam-macam. Cium tangan suami pun kemain lama. Nak snap best picture punya pasal. Nasib tak tertidur aku kat situ. Biasalah baru nak bercinta betul-betul lepas kahwin kan.. mestilah malu tu masih tebal. Sebelum ni bukan bercinta bagai nak rak, jadi yang manis-manis tu simpan untuk lepas kahwin. Peace!

masih belum biasa + kekok lagi..huhu

Lepas tu, kami turun bawah untuk jumpa family dan makan-makan. Nenek saudara aku masak memang kebabom la sedap. Dah family kami kan pakistan mariii, nasi beriyani tu pun dia punya kuah kaw2 punya. Huk3. Ramai puji sedap. Aku makan sikit je. Masih tak berselera sangat. Samalah ngan suami aku. Paling takleh blah still kami bahasakan diri 'saya' 'awak'. Siap aku tersilap panggil nama dia kuat2 lagi depan orang ramai. Terus aunty2 aku pandang dan celik mata kat aku. "Hoi dah kahwin mana bleh panggil laki macam tu." Hahahahahahampeh.

After makan, kami bergambar lagi dengan kedua-dua family. Then diorang pun nak berangkat pulang sebab esok ada lagi majlis besar kan. Kena datang lagi. Masa family nak balik tu aku berdiri je kat tangga, siap lambai-lambai lagi. Sekali suami aku datang balik, lepas tu hulur tangan. Laa lupa dah jadi suami, so kena cium tangan la sebelum suami keluar. Ish...ish..ish.. Takpe awal-awal lagi kan. Practice make perfect! Hep hep hep.

Setakat tu je la cerita malam akad nikah tu. Tak boleh cerita lebih-lebih. Bahaya. Hahaha. Nanti next entry aku sambung pasal majlis resepsi a.k.a reception di rumah aku tu. Ok?

For more picture of solemnization, klik HERE. 

Ni video solemnization by Iwan Da Salwa. Sorry video ni terganggu sket, ada tersekat-sekat. Aku pun tak paham kenapa bila aku upload dia jadi macam tu. Kalau play kat cd tu okay je. Tenet aku yang ngeng, asyik disconnect je masa tgh upload. Tu la pasal video pun jd ngeng. Tapi takpelah. Asal nampak rupa sket pun ok la tu kira. Malas dah aku nak re-upload balik.

Solemnization Naim & Izma - 6/6/2014 from Evagurl Izma on Vimeo.








Like tanda Sayang

Tuesday, July 8, 2014

Take My Hand To Jannah - Solemnization


Some pieces from solemnization.

Let pictures define everything   ;)
p/s: Most pictures are original copy, no editing yet.

Official Photographers: Iwan da Salwa & Setiawan Paijo Ronaldo


1st brother


2nd brother


3 out of 7

sisters







mom

mom's siblings



dad's sisters



a bit nervous, waiting for future husband to come

dad

him

me

with one lafaz, I became a wife to Wan Mohd Naim

see that smile? it's a warning actually. lol

my hand was shaking at this time

I forgot to wear my 4-inch- heels

duhh.. not good with this kind of pose


gopro! gopro! they said


Alhamdulillah. The only word came out from my mouth for the whole night. Huhu.
It's a month already. Quite late to share right? Sorry about that! 

Btw, the reception pictures will come out later. Just wait mmkay! 

Night night. Love ya.


Like tanda Sayang