Monday, December 31, 2012
Much Love
From Kota Bharu to Kuala Lumpur to Kota Kinabalu to Kota Belud, such a long journey, with the heavy rain and the delayed flight, no more tears to run down my cheeks, no more words to be denied, and safely arrived, I'm here now, alone in the middle of the night, waiting for new year countdown, yet astro is unavailable, no food to be eaten, but everything seems fine to me.
It's all because you have lent me your shoulder to cry on, and I know I'll always have you by my side.
Thank you.
p/s: dedicated to beloved followers and readers. Happy New Year 2013.
Like tanda Sayang
Saturday, December 29, 2012
Rezeki
Dah lewat malam. Tapi aku masih tak dapat tidur. Memang selalu macam ni kalau banyak benda bermain dalam fikiran mesti tidur aku tak akan menjadi punya. Bila luangkan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga akan membuatkan aku kerap berfikir dan muhasabah diri. Ye lah bila di tempat orang, sorang-sorang pulak tu, kadang-kadang tidak sedar kesilapan yang telah dilakukan sendiri.
takde kaitan |
Tadi selepas Isyak aku mengisi barang dalam luggage. Secara tidak sedar aku mengeluh tentang nasib aku yang tercampak nun jauh di seberang. Kelihatan seperti mempersoalkan takdir yang telah ditentukan-Nya. Kemudian mak aku cakap, ada hikmah dan ada sebab kenapa Allah jadikannya begitu. Dia mahu aku berfikir dan berhenti menyalahkan qada dan qadar.
Sambung mak aku lagi, rezeki masing-masing tidak sama. Ada yang rezekinya lebih mudah untuk dia perolehi. Ada yang susah gila sampai tahap berhempas pulas untuk jangka masa yang lama barulah dia peroleh kesenangan. Ada yang susah hingga hujung nyawa. Yang sebenarnya rezeki bukan dari segi wang dan kesenangan je. Contoh masa dulu time belajar kita pulun gila babem tiap kali exam. Then kita dapat dean list setiap sem. Itu juga rezeki namanya kerana Allah memenuhi apa yang kita mintak, kita mahu walaupun ia bukan dalam bentuk harta benda.
Ada orang selalu tidak berjaya dalam pelajaran walaupun berusaha keras, tetapi Allah bagi rezeki kepada dia melalui perniagaan yang maju. Ada orang dapat the best student dan score the highest, tetapi belum ada rezeki untuk mendapat pekerjaan yang tetap. Ada orang mempunyai rumah yang besar, berjawatan tinggi, baik rupa paras tapi hidup sebatang kara. Ada orang rezeki dia tidak semewah orang lain, tapi Allah mengurniakan jodoh yang paling sempurna untuk dia dan anak-anak yang soleh. Itu juga dikira sebahagian rezeki kurniaan-Nya.
pic taken from Google |
Tapi kenapa rezeki itu berbeza? Kenapa jalan untuk mendapatkannya tidak sama? Kenapa kadang-kadang tidak semua kita dapat rasa? Kenapa masih ada yang terkapai-kapai ditengah arus dunia?
Ada sebabnya. Bila kita dalam kemewahan dan kesenangan, semua perkara menjadi mudah, dan kita makin hanyut dengan kegembiraan yang ada. Sampai suatu masa rezeki itu akan ditarik balik. Ingat. Allah Maha Adil. Allah juga mahu kita sentiasa ingat dan bersyukur kepada-Nya. Justeru rezeki itu tidak akan datang sekelip mata. Tatkala kita susah, buangkan ego, mengadu dan kembali kepada Dia.
Mendengar kata-kata mak aku membuatkan aku terdiam seketika.
Bila diingat kembali, selama ini Allah sentiasa murahkan rezeki aku. Dari kecik aku dibesarkan dalam keadaan sederhana dan masih dapat merasa hidup senang, lepas upsr dapat masuk sekolah asrama sampai abis spm, then dapat offer utk masuk ipg, result pun ok, dapat scholarship penuh sampai tamat pengajian untuk ijazah, keluar universiti terus confirm dapat kerja jadi cikgu, confirm kerja under government dengan gaji yang ok untuk survive. Jadi jalan hidup aku telah dipermudahkan oleh Allah sebaik mungkin. Tapi aku tidak berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang ada. Allah mahu aku sedar, mungkin sebab itu satu demi satu kesusahan aku rasa sekarang. Kalau tak aku takkan sedar sampai bila-bila.
Dan Allah juga mahu aku belajar bersabar, menghargai, menyayangi dan menerima kelemahan serta kekurangan orang lain. Mungkin sebab itu jalan rezeki untuk jodoh itu agak berliku dan amat sukar bagi aku. Supaya suatu masa betapa aku akan berterima kasih dan bersyukur di atas zauj pilihan Dia bagi melengkapi hidupku. Supaya aku merasai betapa indahnya segala pengorbanan dan kesukaran yang ditempuhi selama ini.
Kenapa selama ni aku tak terfikir semua ni ek?
Hmm... a wake up call.
Ape-ape pun, aku harap semua urusan dipermudahkan oleh Allah dan semoga hidup ini menjadi lebih berkat. Secebis doa untuk diri dan kamu semua juga.
p/s: Tak suka perasaan ini. Kecelaruan dan kesedihan yang melampau... :(
Like tanda Sayang
Akhirnya
Sambungan dari entry ini.
Kelmarin dapat panggilan daripada Jabatan Pendaftaran Kota Bharu. Hari tu aku ada pergi sana untuk 'upgrade' mykad aku memandangkan aku tak lepas naik flight dan beberapa borang aku seperti borang kursus kahwin direject sebab salinan IC aku terutama bahagian muka memang tak nampak terus. Gelap sangat. Jadi aku diarahkan untuk buat mykad yang baru bagi menggantikan mykad tersebut.
Taraaaa dah siap dah!
Saja buat2 happy.
Padahal rasa serabut serabai pathetic gile.
Tinggal sehari lagi sebelum berangkat pulang.
*sigh*
Oh last one, I just want to share something, got it from facebook from Sis Arina.
"When you show love, love will come back to you." - Sheikh Abdul Rahman Chao
So my dear beloved brothers and sisters,
We'll get what we give. U hate people, you'll get the hate back. So,start to love. Start to say good things in order to get the love back, to get the good things back.
Enough dirty talking, enough bashing people, enough looking down others and enough saying harsh things.
STOP.
Just keep giving your love. It means, you love yourself. Do it for the sake of Allah and you'll get the essence of true happiness. Insha Allah.
Wallahualam.
Like tanda Sayang
Friday, December 28, 2012
Persoalan
Satu persoalan yang sentiasa bermain di minda aku dan masih tak terjawab hingga sekarang.
Situasi yang sama berulang kali berlaku. Situasi apabila aku keluar bersama ex-bf aku ataupun kenalan lelaki yang rapat.
Bila naik kereta menuju ke sesuatu tempat, sepanjang perjalanan tu mesti aku potpet-potpet cerita pasal praktikal la, sekolah la, bola la, dslr la, gadget2 la and bermacam bagai. Tapi respon yang selalu aku terima ialah "ooo", "Ye ek?", "Umm", *gelak heh heh* dan segala respon yang bermula dengan satu patah perkataan je.
Perkara sama berlaku bila di shopping complex or mall atau keluar dating dan jalan-jalan. Contoh bila lalu depan butik Zara, aku cakap tentang latest runaway diorang untuk summer edition dan new arrival diorang beserta trend/fashion terkini yang sesuai. Tambah pula dengan segala macam style lagi yang aku merapu sensorang. Respon yang diberi hanya "awak tlg pilih la untuk saya." Takpun "ambil je la yang mana-mana", " Nanti-nantilah beli.", "Izma u have a great taste, u tlg decide la utk i." Paling tidak pun hanya senyum dan angguk je tiap kali aku cakap. Pastu amik barang, pergi kaunter, bayar. Then balik.
Haaaa sama la jugak kalau dalam telefon. Punyalah panjang aku hurai satu-satu setiap benda dari A sampai Z bercampur dengan segala soalan yang aku rasa aku patut tanya. Tapi jawapan satu je, "Ok." Takpun "Thanks."
Lelaki memang macam ni eh?
Kenapa eh?
Like tanda Sayang
Wednesday, December 26, 2012
Mental Disaster
Salah satu perkara yang aku tak puas hati tentang masyarakat sekeliling aku adalah daya pemikiran bernas mereka yang tidak dapat di kawal.
Kadang-kadang agak menyakitkan hati dan menyedihkan hati pada masa yang sama.
Sebagai contoh:
#1
Status fb seorang kawan:
" Ya Allah kuatkan hati hamba ini.. agar aku dapat teruskan apa yang telah dimulakan di sini. Walaupun serba kekurangan akan aku cuba yang terbaik. Miss my family and home so much!"
Comment:
Ala sabah je pun. Still dalam Malaysia lagi. Orang lain pergi oversea boleh je hidup. Lagi jauh kotttt.
Kat oversea ada yang kena naik 4wheel 8 jam dan bot seharian ke? Ada yang kena tadah air hujan untuk mandi dan minum ke? Ada yang bergelap tiap malam sebab takde bekalan elektrik ke? Kalau dok oversea yang jaraknya 27 tahun pun tapi hidup ko senang macam la orang kisah.
Bangang.
#2
" Takkan yang ada rupa macam ko tak ade boyfriend? Tipulah. Tu lah jual mahal sangat. Orang perempuan ni jangan dok jual mahal sangat. Kang tak laku nanti baru terhegeh-hegeh nak cari."
Bro, kalau nak yang murah-murah pergi cari kat Golok la. Tak yah dok bising kat sini.
#3
Lelaki A:
" Aku nak cari perempuan yang lawa, tak pernah ambil gambar dengan lelaki, yang tak ada facebook, solehah, berpelajaran tinggi, pandai masak dan lembut pekertinya. Biar dia perfect pada mata aku."
Lelaki B:
"Eleh macam la ko tu baik sangat. Dah berapa pompuan ko 'rasa' sebelum ni bro? Jangan mimpilah nak dapat muslimah sejati macam tu. Cermin la diri tu sket der."
Lelaki A:
" Aku dah cuci tangan dah wei. Tobat aku tak nak jadi macam dulu lagi. Sudah-sudah la."
Lelaki B:
"Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik. Bukan untuk yang macam kita ni. Mati hidup semula pun belum tentu ko dapat. Heh. "
Yang ni aku malas nak komen banyak. Kasanova boleh dijumpai di mana-mana. Tapi kalau kawan ko nak berubah jadi baik dan insaf, tolong jangan 'down' kan dia lagi boleh dak? Tak pasal-pasal patah semangat dia jasa mulut ko. Buruk mana pun dia dulu, teruk mana pun dia pada masa silam, tak semestinya dia akan jadi orang yang sama pada masa hadapan. Dan tak semestinya tak ada perempuan baik yang sudi sehidup semati dengan dia. Allah knows better. Mungkin doa dia dimakbulkan.
Jodoh dengan yang baik atau sebaliknya, would you be able to know?
#4
" I kalau boleh tak nak kahwin ngan orang Kelantan. Kolot. Dahla assabiah. Kampung pulak tu. Ishk mintak jauhhh laaaa. Mak I pun tak suka. "
Hello babeh. Ai tak kisahlah yu nak cakap Kelantanese assabiyah ke, typical ke, kampung ke, yang penting I'm proud to be Kelantanese. I was born here, grown up here, and this is the place where my heart belongs to. And 1 more thing, ai like and respect Kedahan, Johorian, and peole from other states. We're Malaysian. Ai okay je kawan ngan sesape, tak kisah pun kalau jodoh ai nanti dengan orang luar. You know why? Because I'm not like you. And I will never be like you.
Lagi satu, dah kalau tak nak pompuan Kelantan apsal dok terhegeh-hegeh ngorat ai? Ingat ai nak sangat kat yu? Dah lah tak hensem. Perasan pulak tu.
Puiiiii.
Macam la ada orang Kelantan nak kat yu.
Puiiiiii lagi sekali.
p/s: Berkata-kata bila hanya perlu. Kalau kau rasa bila kau buka mulut tidak akan membantu apa-apa, lebih baik diam je. Sekurang-kurangnya tiada hati yang akan terluka.
Tapi kalau kau jenis yang tak reti bahasa, lantak kau lah.
Like tanda Sayang
Tuesday, December 25, 2012
Sunday, December 23, 2012
Big Bag Wolf!
Whoaaaaaa I'm back!
Rasa macam dah lama tinggalkan blog walaupun baru berapa hari je pun.
Last week lepas majlis tunang fiqa terus turun KL dari Perak. Mood nak berjalan masih belum habis. Lagipun ada Big Bad Wolf Bookfair kat the Mines! Wajib pergi yo!
Nasib baik kawan aku dari Melaka, Diyana dan Aya ajak join diorang sekali. Lagi best bila pergi dengan member. Fuhhh masa kat sana memang naik gila ah tengok buku2. Aku rasa macam nak borong je 3 million books bawak balik rumah. Tapi sedih jugak sebab banyak buku yang aku nak macam set of Diary of Wimpy Kids and Shopaholic compilation dah sold out. Out of stock. Buku2 John Grisham and Sophie Kinsella pun mostly dah banyak sold. Kalau tak mesti lagi banyak aku borong. Hantu shopping betul walhal gaji sesen pun belum masuk lagi. Haihhhhhhh
entrance |
semua busy pilih buku |
Setelah berjam-jam kat sana akhirnya kitorang decide nak jalan-jalan kat tempat lain pulak. Aku beli tak banyak pun. Ada la beberapa set buku photography dan english novels. Tu pun cukup2 je nak bayar semua. Tekanan betul bila menunggu gaji ni. Har har har..
some photography books |
half of the novels. yang selebihnya cousin2 aku dah pinjam nak baca |
Malam tu lepas balik dari round KL terus naik bas balik Kelantan. Kat sini hujan tak berhenti kot. Sampai ke hari ni asyik hujan je. Memang berkurung terperap dalam rumah je la keje aku. Aisehmem...
Hujan ni buat aku rasa mengantuk je 24 jam. Nak tido dulu la. Good night!
zzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzz
Like tanda Sayang
Monday, December 17, 2012
From Perak With Love
Minggu lepas dapat panggilan dari ex roomate a.k.a ex classmate a.k.a segala ex yang ada, si fiqa. Piqa ajak aku ke majlis tunang dia on 15/12. Dari kelantan ke perak demi rakan tercinta. Hoyeah~
Like tanda Sayang
Saturday, December 15, 2012
Wednesday, December 12, 2012
Satu Janji
6 tahun lepas.
Dalam keadaan sedar dan waras aku pernah bagitau seseorang;
"Kalau aku masih single sampai umur 24, nanti aku nak kahwin dengan ko."
Like tanda Sayang
Monday, December 10, 2012
Frustrated
Kalau aku jadi menteri perkara pertama yang aku akan lakukan ialah menukar semua kamera (yang digunakan untuk tangkap gambar IC) di semua jabatan pendaftaran dengan kamera berkuasa tinggi D90 ataupun D3200.
Dari dulu sampai sekarang tak taulah kenapa gambar ic aku macam.... harem.
Kali pertama bertukar dari ic lama kepada mycard 6 tahun lepas. Seperti nenek kebayan yang makan jamu mak dara. Walhal pakai make up pun aku tak reti masa ni. Pffft... Bijak punya lighting.
Kali kedua menukar ic kepada yang baru sebab tak ada keje masa cuti dan bersiap sedia untuk pru 13 yang tak tahu bila.
Memang bila aku dapat tu aku sendiri tak cam dalam gambar tu aku. Kalau ko cakap tu bangla pun aku percaya, Gelap dan hitam gila. Terus aku patah balik dan tanya pegawai dekat kaunter. Diorang cakap kamera rosak. Memang semua gambar jadi gelap. Bukan aku sorang je yang complain. Semua pakat complain.
Macam mana aku nak guna ic ni. Tak nampak rupa aku langsung. Dahla aku selalu naik turun flight dan banyak kena pergi kursus. Kalau kat airport diorang check, memang diorang tak percaya dalam ic tu adalah aku. Lain benor rupanya. Yang salinan (photocopy) memang siot ah. Terus hitam tak nampak hape.
Agaknya bila dah jumpa bakal suami dan nak register kawen mesti dia ingat aku wat plastic surgery sebab kat luar cerah. Dalam ic kalah negro.
in real |
Frust ah aku.
Tak nak dok Malaysia dah camni.
Kalau keluar berita pasni ada seorang gadis jadi psycho bila tengok muka sendiri tak ada orang lain dah.
Akulah tu.
Frust frust frust.
Paham dak?
Like tanda Sayang
Thursday, December 6, 2012
Cerita Interview dan Jumpa Blogger Awesome!
Whoaaa baru on9 beb.
Seharian tido makan tengok movie. Life is beautiful yaw!
Btw, kelmarin baru selesai interview SPP. (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). For those yang tak tau, interview ni adalah untuk semua guru yang baru posting atau akan posting. Kira interview ni untuk sahkan jawatan kami sebagai guru. Kalau tak lulus tak sah jawatan la jawabnye. Mintak jauhh fuhhhhh fuhhhhh. *sembur Ridsect*
Kalau nak kira memang aku cuak jugak la wei. Tu tanda aku masih manusia. Mula-mula relax je. Lepas dapat tau yang member2 yang kena interview sebelum aku disoal macam2, hah hambek memang tak tido malam aku dok study hamende entah. Aku ni dahla memang tak suka benda-benda fakta macam falsafah dan akta-akta semua tu. Tapi paksa diri je la untuk masa depan anak-anak. Cewahhh~
Overal aku rasa interview ni okay la. Aku antara yang terawal sampai. Tengok-tengok nama aku paling atas. First in the list. Terbaekkk. Masa menunggu ketibaan pegawai-pegawai yang akan interview kami tu, masing-masing kusyuk dok belek nota. Aku rasa aku sorang je yang tak bawak nota pape. Siap boleh rilek buat lawak bodoh lagi padahal semua muka macam baru lepas tengok hantu andartu.
Bila dipanggil masuk dalam bilik tu, ada 2 orang interview. Sorang Malay sorang Singh. Diorang start tanya soalan pengetahuan am seperti;
- Persidangan raja-raja kali ke berapa sekarang? Di mana?
- Melalui bancian yang sebelum ni, berapakah jumlah penduduk Msia?
- Berapakah budget pendidikan untuk tahun lepas?
- Siapakah timbalan perdana menteri yang ke 5?
- Siapakah Yang Dipertua Agong Kedua?
- Berapa banyakkah syarikat kerajaan yang telah diswastakan?
and many more. Banyak sangat wes sampai aku dah lupa dah. PErgh. Wallap punyak soklan. Kalah Who Wants To Be A Millionaire wa cakap lu.
Masa dia tanya tu aku confident gila jawab penduduk Msia semua 23 juta bla bla. Padahal awal-awal dah dah jawapan aku salah tapi saja buat muka berlagak kononnya tu jawapan betul. Pergh. Nasib baik budak sebelah aku jawab persidangan tu di adakan di Istana Negara. Hampir-hampir aku nak jawab Istana Budaya. Bijak punya pasal semua benda main tibai. Padan la muka ko Izma. Sape suruh malas baca newspaper. Kalau tanya pasal PRU 13 ke, 1881 ke confirm aku boleh bagi jawapan beserta contoh. Heh.
Selain itu diorang banyak tanya tentang hal-hal berkaitan pendidikan seperti cara mengatasi masalah sosial, cara untuk melahirkan pelajar smart dari segi akademik dan kokurikulum dan lain-lain lagi. Yang ni memang aku goreng habis ah. Benda KBKK kot. Tak susah sangat, it's just okay. Kalau korang pun aku rasa confirm boleh jawab punya. Sebelum keluar tu sorang interviewer aku yang singh tu dok tilik je IC aku. Lepas pandang IC, pandang aku. Dalam hati aku fikir mesti dia tak percaya aku Melayu ni. Mesti dia ingat aku singh macam dia.
Oh ya, lagi satu yang best masa interview ni aku jumpa blogger Nick Nashram. Baik giler orangnye. Peramah, sopan, berhemah, berdisiplin, memiliki semua nilai murni yang mak mertua nak. Haha. Nick punye interview sessi kedua, lepas aku. Kira kami tak segroup la. Sebelum balik sempat la aku kenyit mata lambai tangan kasi semangat sikit kat Nick. Pucat lesi macam hantu dah aku tengok muka dia. Hahaha. Btw, thanks Nick for this entry!
Yeah tamat sudah kisah interview. Sebelum balik rumah sempat singgah Kb Mall kejap, teman mama beli kasut. Terserempak dengan kawan lama tengah jalan-jalan dengan wife dia.
So nice and sweet.
Nak kahwin jugak.
Nak nak nak.
:'>
Seharian tido makan tengok movie. Life is beautiful yaw!
Btw, kelmarin baru selesai interview SPP. (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). For those yang tak tau, interview ni adalah untuk semua guru yang baru posting atau akan posting. Kira interview ni untuk sahkan jawatan kami sebagai guru. Kalau tak lulus tak sah jawatan la jawabnye. Mintak jauhh fuhhhhh fuhhhhh. *sembur Ridsect*
Kalau nak kira memang aku cuak jugak la wei. Tu tanda aku masih manusia. Mula-mula relax je. Lepas dapat tau yang member2 yang kena interview sebelum aku disoal macam2, hah hambek memang tak tido malam aku dok study hamende entah. Aku ni dahla memang tak suka benda-benda fakta macam falsafah dan akta-akta semua tu. Tapi paksa diri je la untuk masa depan anak-anak. Cewahhh~
Overal aku rasa interview ni okay la. Aku antara yang terawal sampai. Tengok-tengok nama aku paling atas. First in the list. Terbaekkk. Masa menunggu ketibaan pegawai-pegawai yang akan interview kami tu, masing-masing kusyuk dok belek nota. Aku rasa aku sorang je yang tak bawak nota pape. Siap boleh rilek buat lawak bodoh lagi padahal semua muka macam baru lepas tengok hantu andartu.
Bila dipanggil masuk dalam bilik tu, ada 2 orang interview. Sorang Malay sorang Singh. Diorang start tanya soalan pengetahuan am seperti;
- Persidangan raja-raja kali ke berapa sekarang? Di mana?
- Melalui bancian yang sebelum ni, berapakah jumlah penduduk Msia?
- Berapakah budget pendidikan untuk tahun lepas?
- Siapakah timbalan perdana menteri yang ke 5?
- Siapakah Yang Dipertua Agong Kedua?
- Berapa banyakkah syarikat kerajaan yang telah diswastakan?
and many more. Banyak sangat wes sampai aku dah lupa dah. PErgh. Wallap punyak soklan. Kalah Who Wants To Be A Millionaire wa cakap lu.
Masa dia tanya tu aku confident gila jawab penduduk Msia semua 23 juta bla bla. Padahal awal-awal dah dah jawapan aku salah tapi saja buat muka berlagak kononnya tu jawapan betul. Pergh. Nasib baik budak sebelah aku jawab persidangan tu di adakan di Istana Negara. Hampir-hampir aku nak jawab Istana Budaya. Bijak punya pasal semua benda main tibai. Padan la muka ko Izma. Sape suruh malas baca newspaper. Kalau tanya pasal PRU 13 ke, 1881 ke confirm aku boleh bagi jawapan beserta contoh. Heh.
Selain itu diorang banyak tanya tentang hal-hal berkaitan pendidikan seperti cara mengatasi masalah sosial, cara untuk melahirkan pelajar smart dari segi akademik dan kokurikulum dan lain-lain lagi. Yang ni memang aku goreng habis ah. Benda KBKK kot. Tak susah sangat, it's just okay. Kalau korang pun aku rasa confirm boleh jawab punya. Sebelum keluar tu sorang interviewer aku yang singh tu dok tilik je IC aku. Lepas pandang IC, pandang aku. Dalam hati aku fikir mesti dia tak percaya aku Melayu ni. Mesti dia ingat aku singh macam dia.
hape tak nampak muka Melayu ke ni? |
Oh ya, lagi satu yang best masa interview ni aku jumpa blogger Nick Nashram. Baik giler orangnye. Peramah, sopan, berhemah, berdisiplin, memiliki semua nilai murni yang mak mertua nak. Haha. Nick punye interview sessi kedua, lepas aku. Kira kami tak segroup la. Sebelum balik sempat la aku kenyit mata lambai tangan kasi semangat sikit kat Nick. Pucat lesi macam hantu dah aku tengok muka dia. Hahaha. Btw, thanks Nick for this entry!
Yeah tamat sudah kisah interview. Sebelum balik rumah sempat singgah Kb Mall kejap, teman mama beli kasut. Terserempak dengan kawan lama tengah jalan-jalan dengan wife dia.
So nice and sweet.
Nak kahwin jugak.
Nak nak nak.
:'>
Like tanda Sayang
Wednesday, December 5, 2012
Done!
Selesai interview SPP.
Fuh fuh fuh fuuuuuuuuu tarik nafas lega.
Kegembiraan diluangkan sepenuhnya hari ini dengan mencuci semua toilet di rumah dan mengelap mangkuk tandas sambil menyanyikan lagu hindustan gaya gangnam.
Oh sorry baru dapat on9.
Berukband aku ni memang kena baling dulu 99x baru boleh connect.
Laa dah pukul 2.10 pg.
Right now notebook atas riba, tangan kanan pegang ice cream, tangan kiri tekan keyboard, kaki kanan tekan remote astro cari channel yang best, kaki kiri garu belakang.
Jadi paham-pahamlah.
Pasal interview tu nanti aku story mory later.
Maaf belum sempat reply komen, blog walking, komen entry dan follow blog korang.
Esok lah ye.
Good night!
p/s: Ko tau tak Harpic tu lagi wangi dari Tommy Hillfiger Summer Cologne?
Like tanda Sayang
Tuesday, December 4, 2012
Gila
Aku ada satu perangai.
Perangai gila-gila.
Bila aku study, aku pulun gila-gila.
Bila aku kusyuk, aku fokus gila-gila.
Bila aku kerja, aku workaholic gila-gila.
Bila aku mahu, aku usaha gila-gila.
Bila aku nekad, aku tegar gila-gila.
Bila aku dah suka, aku sayang gila-gila.
Sampai aku rasa nak gila.
Memang gila.
Apa aku mengarut ni?
Gila.
p/s: Esok interview kol 7.30 pg. I'm totally exhausted and abnormal.
Doakan aku lulus. Maceh.
Like tanda Sayang
Monday, December 3, 2012
Ketenangan
Kerjaya kini di tangan.
Makan minum makin senang.
Tapi hidup seperti kehilangan.
Sesuatu yang telah jauh terbenam.
Ketenangan.
Adakah ini tanda aku semakin jauh dari-Nya?
Like tanda Sayang
Saturday, December 1, 2012
Muslimah dan Tudung
Kelmarin aku ke Rantau Panjang mencari barang-barang kiriman guru-guru kat sekolah aku. Kebanyakannya mintak aku tolong beli tudung sebab diorang kata tudung kat sini lagi murah. Daripada order yang aku dapat, ada 2 orang cikgu ni mintak tolong aku beli tudung bawal bidang 60 (jenis yang besar dan lebar). Puas aku masuk setiap kedai tudung tetapi tak jumpa juga jenis tudung seperti yang dikehendaki.
Bila aku tanya tuan kedai, dia cakap sekarang dia dah tak ambil tudung jenis bidang besar tu sebab tak laku. Lagipun sekarang ramai gadis dan makcik suka pakai shawl atau tudung instant yang ada awning tu. Dia cakap lagi kalau aku nak boleh, kena tempah la dan kosnya agak mahal la aku rasa. Setakat shawl dan tudung awning or tudung bawal biasa ko boleh dapat harga bawah 20 hengget tapi tudung Muslimah macam tu at least ko kena spend rm50 sehelai. Berkali ganda harganya dari tudung biasa. (tudung Muslimah here means tudung jenis bidang yang besar dari saiz tudung biasa)
contoh tudung muslimah (bidang besar) |
contoh tudung biasa |
Kemudian aku berfikir. Sepanjang aku hidup ni aku perasan yang susah aku nak jumpa tudung Muslimah yang betul-betul cantik. Selalu kita tengok tudung Muslimah yang ada memang sangat simple dan colournya pun dull, kategori biasa-biasa aje. Kalau nak compare dengan tudung biasa tu memang jauh beza. Kadang-kadang ada la jugak terjumpa tudung Muslimah yang cun tapi jarang sangat-sangat la. Kadang-kadang kualiti dan material yang diguna pun jenis yang keras dan tidak selesa. Kalau pakai pun nampak macam tidak kemas a.k.a serabai je. Kenapa tidak dijual tudung Muslimah yang berfashion sket? Berfashion di sini maksud aku bukanlah yang melanggar syarak ke hape. Cuma kan lebih menarik kalau tudung itu ada pelbagai corak, kaedah memakainya dan pelbagai pilihan seperti tudung-tudung biasa yang lain. That will be great as long as ianya masih mengikuti landasan dan hukum menutup aurat yang betul.
Maka disebabkan itu, now I want to do a survey.
Jadi aku perlukan pertolongan dari korang. Means that ada beberapa soalan yang aku nak korang jawab sejujurnya. You are free to share or comment or giving any idea regarding to the matters that we'll discuss here.
Okay?
Bagi korang dan kawan-kawan atau ahli keluarga korang yang sukakan tudung muslimah atau ingin memakai tudung muslimah ataupun ada banyak idea yang nak dikongsi tentang tudung Muslimah, soalan-soalannya berbunyi begini;
1 - Di mana korang selalu beli tudung Muslimah?
Kalau ada link website yang korang selalu order, feel free to share. Nama kedai atau tempat juga dialu-alukan untuk dikongsi di sini.
2 - Materials jenis macam mana yang menjadi pilihan? Chiffon? Cotton? Bawal? or etc?
3 - Kalau diberi pilihan, tudung Muslimah bagaimana yang korang mahu?
Contoh: Jenis corak terkini seperti polkadot or leopard dgn ropol-ropol ditepi beserta sulam atas kepala. Ni contoh je ok.
4- Sekiranya ada tudung Muslimah yang berkualiti, selesa dan memuaskan hati korang, sanggupkah korang beli walaupun harganya agak mahal berbanding tudung biasa yang lain?
5- Tudung Muslimah manakah yang lebih menjadi pilihan - bercorak ataupun plain?
6 - Cadangan/Harapan/Komen anda?
Segala komen, perkongsian, cadangan dan kutukan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Kaum lelaki juga dibenarkah untuk menjawab soalan selagi jawapan korang itu logik dan boleh diterima akal. Sebelum tido aku nak clarify something. Tujuan entry ni bukan untuk condemn tudung-tudung yang sedia ada termasuk tudung biasa. Semua tudung okay je asalkan cara memakainya adalah betul dan menutup aurat dengan sempurna. Tak kisahlah shawl ke, tudung labuh ke. It depends on how you 'style' it, okay? Ada paham? Alang-alang aku dok pot-pet pasal tudung muslimah, jadi tak salah kalau aku minta pendapat korang kan? Hehe =P
Hep hep hep.. 1st time ni wei. *blush* |
Together, let us create better Muslimah.
Insha Allah.
^_^
Like tanda Sayang
Subscribe to:
Posts (Atom)