Wednesday, December 26, 2012

Mental Disaster




Salah satu perkara yang aku tak puas hati tentang masyarakat sekeliling aku adalah daya pemikiran bernas mereka yang tidak dapat di kawal.

Kadang-kadang agak menyakitkan hati dan menyedihkan hati pada masa yang sama.

Sebagai contoh:


#1

Status fb seorang kawan:
" Ya Allah kuatkan hati hamba ini.. agar aku dapat teruskan apa yang telah dimulakan di sini. Walaupun serba kekurangan akan aku cuba yang terbaik. Miss my family and home so much!"

Comment:
Ala sabah je pun. Still dalam Malaysia lagi. Orang lain pergi oversea boleh je hidup. Lagi jauh kotttt.


Kat oversea ada yang kena naik 4wheel 8 jam dan bot seharian ke? Ada yang kena tadah air hujan untuk mandi dan minum ke? Ada yang bergelap tiap malam sebab takde bekalan elektrik ke? Kalau dok oversea yang jaraknya 27 tahun pun tapi hidup ko senang macam la orang kisah.

Bangang.


#2

" Takkan yang ada rupa macam ko tak ade boyfriend? Tipulah. Tu lah jual mahal sangat. Orang perempuan ni jangan dok jual mahal sangat. Kang tak laku nanti baru terhegeh-hegeh nak cari."


Bro, kalau nak yang murah-murah pergi cari kat Golok la. Tak yah dok bising kat sini.



#3

Lelaki A: 
" Aku nak cari perempuan yang lawa, tak pernah ambil gambar dengan lelaki, yang tak ada facebook, solehah, berpelajaran tinggi, pandai masak dan lembut pekertinya. Biar dia perfect pada mata aku."

Lelaki B: 
"Eleh macam la ko tu baik sangat. Dah berapa pompuan ko 'rasa' sebelum ni bro? Jangan mimpilah nak dapat muslimah sejati macam tu. Cermin la diri tu sket der."

Lelaki A:
" Aku dah cuci tangan dah wei. Tobat aku tak nak jadi macam dulu lagi. Sudah-sudah la."
Lelaki B:
"Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik. Bukan untuk yang macam kita ni. Mati hidup semula pun belum tentu ko dapat. Heh. "


Yang ni aku malas nak komen banyak. Kasanova boleh dijumpai di mana-mana. Tapi kalau kawan ko nak berubah jadi baik dan insaf, tolong jangan 'down' kan dia lagi boleh dak? Tak pasal-pasal patah semangat dia jasa mulut ko. Buruk mana pun dia dulu, teruk mana pun dia pada masa silam, tak semestinya dia akan jadi orang yang sama pada masa hadapan. Dan tak semestinya tak ada perempuan baik yang sudi sehidup semati dengan dia. Allah knows better. Mungkin doa dia dimakbulkan.

Jodoh dengan yang baik atau sebaliknya, would you be able to know?



#4

" I kalau boleh tak nak kahwin ngan orang Kelantan. Kolot. Dahla assabiah. Kampung pulak tu. Ishk mintak jauhhh laaaa. Mak I pun tak suka. "


Hello babeh. Ai tak kisahlah yu nak cakap Kelantanese assabiyah ke, typical ke, kampung ke, yang penting I'm proud  to be Kelantanese. I was born here, grown up here, and this is the place where my heart belongs to. And 1 more thing, ai like and respect Kedahan, Johorian, and peole from other states. We're Malaysian. Ai okay je kawan ngan sesape, tak kisah pun kalau jodoh ai nanti dengan orang luar. You know why? Because I'm not like you. And I will never be like you.

Lagi satu, dah kalau tak nak pompuan Kelantan apsal dok terhegeh-hegeh ngorat ai? Ingat ai nak sangat kat yu? Dah lah tak hensem. Perasan pulak tu.

Puiiiii.

Macam la ada orang Kelantan nak kat yu.

Puiiiiii lagi sekali.






p/s: Berkata-kata bila hanya perlu. Kalau kau rasa bila kau buka mulut tidak akan membantu apa-apa, lebih baik diam je. Sekurang-kurangnya tiada hati yang akan terluka.



Tapi kalau kau jenis yang tak reti bahasa, lantak kau lah.






Like tanda Sayang

28 comments:

  1. hahaha..jap nak komen based pada isi..

    #1
    yang ni biasanya dalam kategori pengkomen sinis..means, dia komen tapi bendaa tu macam kita tak tau nak respon apa..:D

    #2
    org ppuan memang patut jual mahal..sebab biasanya lelaki lebih suka pada ppuan yg jual mahal..

    #3
    yup..jodoh tu ketentuan Allah..setiap orang ada sisi baik and buruk masing2..so yg 'baik' tu tak semestinya baik and yg 'jahat' tu tak semestinya jahat..:D

    #4
    yg ni mentaliti tipikal org kat malaysia..xtau la kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. totally agreed. encik H jgn mcm ni jugak ok? kalau dak lempang laju2 satgi :P

      Delete
  2. sabar je lah awk...jgn dlyn org yg cam tu...huhuh buat skt hati je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. buat penat je klu lyn kan.

      ignorance is bliss~

      Delete
  3. terbaik la :D
    kadang2 diorang tak fkir dulu apa yg diorang nak cakap , sekali cakap rasa nak lempang2 ni hah...

    ReplyDelete
  4. yeah.. setuju. Haha. Selalu je alami ni.Memang kadang3 me-downkan.. huhu.

    #Aku pun proud to be Kelatanese. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. lepas down sekali pastu mesti rasa bersemangat gile kn? macam aku skrg. hahaha

      Delete
  5. puii.. hehe..
    tapi kesian kat kazen2 i. Bapak2 mereka takkan pergi mereka menikah kalau mereka menikah dengan bukan org kelantan.. jodohkan tentuan Allah. Biarlah dgn org mana sekalipun asalkan dia org yg beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. tak best nye klu parents tak kasi.. tapi kalau dah suka sama suka and jodoh diorang, mungkin ayah diorang akan lembut hati kasi jugak. who know right? :)

      Delete
  6. Replies
    1. hoi hidup lg hang. lama menghilang. mana pi?

      Delete
  7. geram sakan nampak :)
    lantak la pe orang nak kata pe pun.
    aritu alia de gtau pasal tmpat posting tu.
    memang sama cam izma gtau.
    ngan takde letrik dan air.
    saya dengar pun takleh bayang camne.
    pe pun korang hebat.
    yg mana duk kata keje cikgu senang cuba try sekali...tak banyak.sekali je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh alia ada cite jgk ek?
      huu kesian dia.
      jauh kot. pedalaman 3.
      dpt elaun byk pn macam x best je. sbb semua susah.
      huhu.
      sapa cakap jd cikgu senang mai sini nak lepuk sebijik

      Delete
  8. kata2 org ni yang ckp baik kita jadikan rujukan yang ckp buruk biar jadi kan sempadan hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3. mana yang tak patut biarkan saja :)

      Delete
  9. org yg x suka ngn org kelantan, adalah org yg x kaji lagi org kelantan ni mcmana. tipu kalau aku kata semua bnda pasal org kelantan. tp just nk ckp, klu rezeki, insyaalah, aku nak setel down kt kelantan one day. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan *tipu kalau aku kata aku suka semua bnda pasal org kelantan*.
      tak lah.

      Delete
  10. penat laa melayan org bangang camtu..

    kak izma wat gapo cuti sekolah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tido mkn tgk tv baca buku pastu mengumpat kat blog. haha

      Delete
  11. sabar ja ko...

    mau cakap byk.. komen di atas sudah byk mewakili apa yg akak mo cakap :)

    ReplyDelete
  12. izma,apa yg awk rasa semua ni,jwpn dlm otak sy sama mcm awk!!!!

    ReplyDelete