Thursday, December 6, 2012

Cerita Interview dan Jumpa Blogger Awesome!

Whoaaa baru on9 beb.

Seharian tido makan tengok movie. Life is beautiful yaw!

Btw, kelmarin baru selesai interview SPP. (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). For those yang tak tau, interview ni adalah untuk semua guru yang baru posting atau akan posting. Kira interview ni untuk sahkan jawatan kami sebagai guru. Kalau tak lulus tak sah jawatan la jawabnye. Mintak jauhh fuhhhhh fuhhhhh. *sembur Ridsect*

Kalau nak kira memang aku cuak jugak la wei. Tu tanda aku masih manusia. Mula-mula relax je. Lepas dapat tau yang member2 yang kena interview sebelum aku disoal macam2, hah hambek memang tak tido malam aku dok study hamende entah. Aku ni dahla memang tak suka benda-benda fakta macam falsafah dan akta-akta semua tu. Tapi paksa diri je la untuk masa depan anak-anak. Cewahhh~

Overal aku rasa interview ni okay la. Aku antara yang terawal sampai. Tengok-tengok nama aku paling atas. First in the list. Terbaekkk. Masa menunggu ketibaan pegawai-pegawai yang akan interview kami tu, masing-masing kusyuk dok belek nota. Aku rasa aku sorang je yang tak bawak nota pape. Siap boleh rilek buat lawak bodoh lagi padahal semua muka macam baru lepas tengok hantu andartu.

Bila dipanggil masuk dalam bilik tu, ada 2 orang interview. Sorang Malay sorang Singh. Diorang start tanya soalan pengetahuan am seperti;
- Persidangan raja-raja kali ke berapa sekarang? Di mana?
- Melalui bancian yang sebelum ni, berapakah jumlah penduduk Msia?
- Berapakah budget pendidikan untuk tahun lepas?
- Siapakah timbalan perdana menteri yang ke 5?
- Siapakah Yang Dipertua Agong Kedua?
- Berapa  banyakkah syarikat kerajaan yang telah diswastakan?

and many more. Banyak sangat wes sampai aku dah lupa dah. PErgh. Wallap punyak soklan.  Kalah Who Wants To Be A Millionaire wa cakap lu.

Masa dia tanya tu aku confident gila jawab penduduk Msia semua 23 juta bla bla. Padahal awal-awal dah dah jawapan aku salah tapi saja buat muka berlagak kononnya tu jawapan betul. Pergh. Nasib baik budak sebelah aku jawab persidangan tu di adakan di Istana Negara. Hampir-hampir aku nak jawab Istana Budaya. Bijak punya pasal semua benda main tibai. Padan la muka ko Izma. Sape suruh malas baca newspaper. Kalau tanya pasal PRU 13 ke, 1881 ke confirm aku boleh bagi jawapan beserta contoh. Heh.

Selain itu diorang banyak tanya tentang hal-hal berkaitan pendidikan seperti cara mengatasi masalah sosial, cara untuk melahirkan pelajar smart dari segi akademik dan kokurikulum dan lain-lain lagi. Yang ni memang aku goreng habis ah. Benda KBKK kot. Tak susah sangat, it's just okay. Kalau korang pun aku rasa confirm boleh jawab punya. Sebelum keluar tu sorang interviewer aku yang singh tu dok tilik je IC aku. Lepas pandang IC, pandang aku. Dalam hati aku fikir mesti dia tak percaya aku Melayu ni. Mesti dia ingat aku singh macam dia.

hape tak nampak muka Melayu ke ni?

Oh ya, lagi satu yang best masa interview ni aku jumpa blogger Nick Nashram. Baik giler orangnye. Peramah, sopan, berhemah, berdisiplin, memiliki semua nilai murni yang mak mertua nak.  Haha. Nick punye interview sessi kedua, lepas aku. Kira kami tak segroup la. Sebelum balik sempat la aku kenyit mata lambai tangan kasi semangat sikit kat Nick. Pucat lesi macam hantu dah aku tengok muka dia. Hahaha. Btw, thanks Nick for this entry!

Yeah tamat sudah kisah interview. Sebelum balik rumah sempat singgah Kb Mall kejap, teman mama beli kasut. Terserempak dengan kawan lama tengah jalan-jalan dengan wife dia.

So nice and sweet.



Nak kahwin jugak.



Nak nak nak.


:'>



Like tanda Sayang

18 comments:

  1. kite paling tk suke soalan isu semasa ! haha sebab kite tk amik tahu sangat . teruk betei .

    ekhem amboi kemain ayat kedua last dia tuu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa same la kite! memang tak suka pun sebab jarang amik tau. tp skrg ari2 search isu semasa yang latest. huhu

      hep hep berangan je tu :P

      Delete
  2. wahhh ape pun Na doa yg terbaik utk Eva...Semoga berjaya..

    yang lagi best dapat jumpa blogger lain ;)
    BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT~!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Na! yep best best. bila nak jumpa na plak ni ;)

      Delete
  3. hehehe sllu yang baca banyak kalau takut lebih pun jadi lupa hbs u baik mcm u slumberr jerrr jwpn btol slh blakang cite yang penting yakin haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yang ni bukan stakat slumber je tp mmg main taram habis ah. dont try this at home! haha :p

      Delete
  4. hahaha..memang cuak giler time tu.tapi pas dgr first group asyik duk gelak je dalam tu ok r sikit gabra tu.

    rupa2nya dia tnya soklan yg sama je..yg persidangan tu saya jwb istana negara..pastu dia gtau hotel pun bole gak..kalo jwb istana budaya gelak sakan kot..huhu

    p/s :' betol ke kita dapat bonus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe group korang mesti da ok and relax sket sebab dah tau camne kan. kami yang first ni je kalut kemain aih.

      pasal bonus tu tak sure. tp ada tanya kerani jugak. dia cakap dpt. entahlah.

      p/s: gaji dari bulan 10 lagi tak masuk2. sekarang dah bulan 12. sakit jiwa ouh tunggu gaji T.T

      Delete
  5. haritu aku kata kau rasa x tenang sbb kau belum kahwin bukan main lagi kau deny. huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la aku deny. sbb skrg baru rasa nak kawen. hahaha

      Delete