Kadang-kadang
ada perkara, ada hal
yang kita mampu hadapi,
sembunyi.. atau tangani..
dengan hanya memendam dan berdiam diri
Tapi ada masa juga
kita rasa it's too much
sampai berat sangat beban yang dirasai
sehingga kita memerlukan telinga untuk mendengar
walaupun tidak mahu memberikan jawapan
atau penyelesaian
atau apa jua kata
tapi dengan hanya mendengar
akan membuat kita berasa sedikit lega
Bila ada keluarga
merekalah tempat untuk berkongsi cerita
tapi situasi aku
aku tidak mahu mengadu pada ibu bapaku
kerana ayah aku ada penyakit jantung..
kalau dia sedih, marah atau terlalu banyak berfikir
nanti dia akan sakit lagi
sampai berhari-hari, berbulan lamanya
mama aku, kalau dia bimbang
nanti dia akan berduka dan mungkin menangis dalam diam
jadi aku tidak sanggup biarkan mereka tahu penderitaanku
biarlah aku sentiasa memberitahu kegembiraanku
asalkan mereka tidak akan susah hati dan berduka..
Sepanjang masa
aku mengadu pada Tuhan
mohon tenangkan jiwa fikiran
tapi pada masa yang sama
aku minta sama Dia
pinjamkan aku seseorang
untuk aku meluahkan
sekadar pendengar pun sudah cukup
kerana itu sudah memadai
tidak mahu aku jika orang itu hanya tahu memarahi
bila aku menangis dan minta aku berhenti
tidak mahu lagi mendengar apa jua masalah
dan luahanku
terlalu manja, mungkin itu di fikirannya
walaupun hakikatnya
perempuan itu memang kuat
tapi suatu masa
dia perlu juga menangis
sebab keluarnya air mata itu
seperti keluarnya kesusahan yang dialami
walaupun mungkin bagi yang lain
perkara itu tak penting pun untuk dikongsi
tapi tidak bagi aku, mungkin ia memberi impak yang kuat
pada diri aku sendiri
tidak banyak pun yang aku minta
cuma untuk pinjamkan telinga sahaja
Bukan semua orang mampu berdiri
walaupun seteguh mana kita mencuba
tapi ada suatu masa
kita akan rasa peritnya
lagi-lagi kalau kau tak dapat luahkan segalanya
tapi suatu masa
mungkin hati kau seperti batu
sudah tidak rasa apa-apa
sehingga kau tidak merasai
perikemanusiaan dan kasih sayang
hingga kau sanggup lepaskan yang tersayang
harap-harap aku takkan sampai ke tahap itu
semoga aku tidak berganjak
masih seperti yang dulu
Bolehkah..
pinjamkan aku telinga
dan bahu kamu
walaupun hanya untuk sesaat saja?
:'(