Wednesday, January 23, 2013
Sembunyi
Kadang-kadang
ada perkara, ada hal
yang kita mampu hadapi,
sembunyi.. atau tangani..
dengan hanya memendam dan berdiam diri
Tapi ada masa juga
kita rasa it's too much
sampai berat sangat beban yang dirasai
sehingga kita memerlukan telinga untuk mendengar
walaupun tidak mahu memberikan jawapan
atau penyelesaian
atau apa jua kata
tapi dengan hanya mendengar
akan membuat kita berasa sedikit lega
Bila ada keluarga
merekalah tempat untuk berkongsi cerita
tapi situasi aku
aku tidak mahu mengadu pada ibu bapaku
kerana ayah aku ada penyakit jantung..
kalau dia sedih, marah atau terlalu banyak berfikir
nanti dia akan sakit lagi
sampai berhari-hari, berbulan lamanya
mama aku, kalau dia bimbang
nanti dia akan berduka dan mungkin menangis dalam diam
jadi aku tidak sanggup biarkan mereka tahu penderitaanku
biarlah aku sentiasa memberitahu kegembiraanku
asalkan mereka tidak akan susah hati dan berduka..
Sepanjang masa
aku mengadu pada Tuhan
mohon tenangkan jiwa fikiran
tapi pada masa yang sama
aku minta sama Dia
pinjamkan aku seseorang
untuk aku meluahkan
sekadar pendengar pun sudah cukup
kerana itu sudah memadai
tidak mahu aku jika orang itu hanya tahu memarahi
bila aku menangis dan minta aku berhenti
tidak mahu lagi mendengar apa jua masalah
dan luahanku
terlalu manja, mungkin itu di fikirannya
walaupun hakikatnya
perempuan itu memang kuat
tapi suatu masa
dia perlu juga menangis
sebab keluarnya air mata itu
seperti keluarnya kesusahan yang dialami
walaupun mungkin bagi yang lain
perkara itu tak penting pun untuk dikongsi
tapi tidak bagi aku, mungkin ia memberi impak yang kuat
pada diri aku sendiri
tidak banyak pun yang aku minta
cuma untuk pinjamkan telinga sahaja
Bukan semua orang mampu berdiri
walaupun seteguh mana kita mencuba
tapi ada suatu masa
kita akan rasa peritnya
lagi-lagi kalau kau tak dapat luahkan segalanya
tapi suatu masa
mungkin hati kau seperti batu
sudah tidak rasa apa-apa
sehingga kau tidak merasai
perikemanusiaan dan kasih sayang
hingga kau sanggup lepaskan yang tersayang
harap-harap aku takkan sampai ke tahap itu
semoga aku tidak berganjak
masih seperti yang dulu
Bolehkah..
pinjamkan aku telinga
dan bahu kamu
walaupun hanya untuk sesaat saja?
:'(
Like tanda Sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kite punnn bile dah rasa tak tahan sangat , kite akan menangis . 1% hanyalah air semata dan selebihnya perasaann yg terpendam . lepas dh nangis tu rasa senang sikit hati . hihi
ReplyDeleteitu normal, tanda kamu masih perempuan :)
Deletekalau dh tak da tempat ngadu , kadang2 sy pun nangis... lepas tu insyaALLAH rasa la lega cikit... kalau cite kat kawan2 , kadang2 diorang pun ada masalah , so macam membebankan kalau nak cite..
ReplyDeletehuu itulah.. kena tgk jugak kwn yg mcm mana..klu senasib dgn kita masing2 semua bersedih dgn mslh sendiri.. huhu
DeletePerempuan, mari.
ReplyDelete*hug
:)
sroottt srottttt *lap hingus kat bahu ko*
Deletep/s: thanks.. :')
nagis sepuas2 hati itu buat Na akn rasa tenang =)
ReplyDeleteexactly :)
Deletegaji dah dapat rm6k haritu.
ReplyDeletetapi nak habis da..huhu
tggu gaji bulan 1 pulak.
one thing i was told that by ppd people interim tchers will stay at their current schools.
meaning to say, kalo sek tu kurang cikgu, tu la sek tmpt posting..kekal kt situ.
dislike.
Deletenick takpela. johor ok what? kitorg ni..
x aci.
baca entry kau ni, buat aku rasa macam baca kisah sendiri..sebab aku pun camtu..aku takleh nak cerita apa2 masalah aku pada family, sebab taknak diorang risau pasal aku..lagi sanggup kot aku hadap sendiri..lalui sendiri..selesaikan sendiri..
ReplyDeletenak cerita, depends pada siapa yg aku boleh percaya..aku rasa tak semua org boleh dengar semua cerita..A mungkin boleh dengar cerita yang ni..B mungkin boleh dengar cerita yg tu..
lagipun, tak semua org boleh jadi pendengar yg baik..lebih2 lagi untuk cerita yg pada diorang adalah suatu perkara yg biasa..:)
kan.. tak semua orang memahami keadaan sebenar.. because they are not in our shoes. sometimes it's better to keep everything by ourselves rather than telling to those who won't care at all and pretend like they are care enough..
Deleteke sini juga eva.
ReplyDeletebahu sy sedia utk dilabuhkan kepala awk. jgn sedih2..setiap perkara, ada hikmah tersembunyi dan DIA tahu, awk mampu hadapinya.. take care di sana..semoga jodoh awk cepat dgn semenanjung, amin.
thanks dear... much appreciate it.. pinjam bahu lama2 sket bleh? ;')
Deletesembunyi itu suci...
ReplyDeletesuci seperti?
Deleteaku mohon,
ReplyDeletejangan biar hati itu jadi batu.
aku mohon,
biar semua di-pundak mu itu di luah kan.
*nah, sedekah bahu dan telinga. mahu?
thanks...
Deleteaku mahu.. bukan untuk kali ini sahaja..
boleh?
boleh sayang,
Deletemari...
p/s: bak email. *sambil siul2
alright. fiona_girl88@yahoo.com
Deleteaku dapat.
Delete:)