Berfikir panjang aku untuk menaip entry ni..
Tulis sikit, padam balik.. Pastu sambung tulis, delete balik..
Haih.. Macam-macam perasaan yang datang. Memikirkan pandangan mereka yang membaca. Memikirkan patutkah aku publish.. Atau simpan sahaja.
Tapi aku teruskan menulis jugak. Aku kira niat aku hanya mahu berkongsi, mendengar pandangan serta komen positif.. yang boleh membina dan membantu diri aku di samping mendengar juga daripada teman yang lain yang mungkin mengalami situasi yang sama.. juga berniat untuk menjadi teladan kepada mereka di luar sana.. walaupun aku tidaklah selayak mana..
taken from Google |
Umm.. sekarang aku mengalami satu fasa yang berlainan.. Fasa yang baru.. Kalau dulu aku ni kira jenis tak tahu malu jugak, suka buat hal sendiri dan tidak pedulikan orang lain mahupun pandangan atau perspektif dari yang lain. Lagi-lagi dari segi penampilan luaran. Terus terang aku cakap, walaupun aku berhijab tetapi masih tidak menepati ciri-ciri menutup aurat yang sempurna. Tidak labuh dan menutup apa yang perlu. Walaupun aku sudah tahu, sejak kecil penuh didikan yang diberi oleh ibu-bapaku, tapi aku mula membelakangkan segala ilmu yang ada hanya untuk mengejar dunia.
Seringkali aku teringat zaman remaja dulu, waktu aku excited dengan pelbagai jenis cara memakai shawl, siap wat tutorial untuk kawan-kawan lagi tu..lengkap dengan video aku upload kat youtube... Aku jadi malu pada diri sendiri. Rasa macam bodoh pun ada jugak. Kenapalah aku boleh terpengaruh sampai demikian rupa. Waktu itu aku rasa cantik sekali bila tau belit-belit shawl ni, macam-macam pesen aku dok try. Tapi bila aku tengok balik gambar-gambar aku yang lepas, rasa macam loser gile kot. Buruk aihhhhh. Macam sotong pun ada. Pembalut nangka pun ada. Adess.. *sigh*
Itu belum campur lagi dengan make up dan segala jenis fashion or baju-baju yang aku pakai. Haram jadah memang tak lawa langsung pun aku tengok sekarang. Macam style la tu konon masa tu. Paling sedih bila aku bukak wardrobe aku dan cari baju-baju untuk dibawa ke sini, tak ada satu pun yang aku rasa macam senonoh.. Seriously hampir nak menitis air mata.. Habis aku selongkar untuk dapatkan baju dan dress yang betul-betul sopan serta loose, tak mengikut bentuk badan.. Last-last aku bawak jubah je semua.. Begitu jahilnya aku rasa diri ni.. Betapa sedikitnya keperluan asas (pakaian) yang mengikut syariat yang aku ada...
Lama jugak aku ambil masa untuk reflect diri aku sendiri.. Bermuhasabah..Ingat balik segala masa silam aku.. Segala penampilan luaran aku dan perlakuan serta dalaman aku sendiri.. Baru aku sedar. Bila susah aku cari Dia, bila senang aku mudah lupa Dia.. Aku selalu meminta pada-Nya, tapi aku tidak melakukan apa yang disuruh oleh-Nya.. Aku mohon pada Dia untuk jaga diri aku, tapi aku sendiri tidak berusaha menjaga diri aku.. Aku biarkan diri aku menjadi tontonan, hanya untuk mendapat secebis pujian. Aku biarkan bisikan syaitan mengaburi peribadi sebagai wanita muslimah sejati.. Aku lalai, aku lupa betapa Allah jadikan kecantikan dan segala kurniaan fizikal hanya untuk bakal suamiku.. Aku kasihankan ayahku, kerana aku dia turut menanggung dosa. Walhal dia berusaha menegur dan membetulkan aku, cuma aku yang degil dan bersuka ria di belakangnya.
Setiap detik berlalu.. membuat aku rasa semakin takut.. Semakin hari jarak aku semakin hampir dengan kematian. Mungkin 30 tahun lagi. Mungkin 20 tahun lagi. Mungkin seminggu. Mungkin esok lusa. Siapa yang tahu. Apakah cukup waktu yang aku ada untuk menebus segala dosa dan lara? Apakah cukup waktu untuk aku menggantikan segala ketidaksempurnaan aku selama 25 tahun aku hidup?
Tak sanggup aku untuk menghadapi segala kemungkinan itu.. Biarlah aku meneruskan niat aku.. untuk berubah ke arah yang lebih baik.. walaupun pada awalnya begitu perit aku rasa, untuk meninggalkan apa yang sudah menjadi kebiasaan. Walaupun ada pelbagai cemuhan dan pandangan serong yang aku dapat. Tapi aku yakin Allah lebih memahami. Aku harap segala dosa dan kekurangan aku akan diampuni. Aku berdoa selepas ini aku akan menjadi seorang anak perempuan yang menjadi kebanggaan kedua ibu bapaku dan menjadi isteri solehah impian suamiku..
from Facebook |
Kepada dia yang telah ditentukan oleh Allah untuk menjadi imamku, aku mahu kamu tahu, aku bukanlah seorang yang seperti kamu sentiasa doakan pada masa yang lalu.. Masa silam aku tidak akan membanggakanmu.. Tapi aku juga mahu kamu tahu.. Aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buatmu, dengan didikan dan ajaran agama darimu.. Mungkin ada waktu di mana kelakuan atau kata-kata aku akan melukakanmu.. mungkin karma itu akan datang dan menghukumku sewaktu aku ada bersamamu.. namun aku harap kau akan mengerti dan dapat menerima segalanya dengan ikhlas.. bersabar dengan apa sahaja yang akan melanda kita.. Aku juga berdoa agar kau tidak akan jemu untuk menegurku dan menerimaku seadanya. Walaupun aku bukanlah perempuan mulia pada masa silam tapi izinkan aku menjadi peneman setia hingga akhir nyawa kamu. Insha Allah.
^^ insya Allah...
ReplyDeletethanks :)
DeleteinsyaALLAH , setiap orang berhak berubah.. jangan pernah rasa takut , sebab ALLAH sentiasa berada dgn orang2 yg beriman :)
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat diberi.. semoga sentiasa dilindungi-Nya :)
DeleteDengar tak?
ReplyDeletedengar apa?
Deletebunyi mcm org ketawa? dengar tak..? halus je bunyi dia kt hujung telinga.. kadang2 bunyi ketawa tu masuk dlm jantung goncang2 hati.. dengar tak?
Deletedulu selalu dengar. skrg tak lagi, sebab aku dah tutup telinga dan pasang alunan al-quran kuat2.. hati lebih bergoncang bila ingat tuhan..
Deletetak dengar langsung? pandai kau menipu.
Deleteaku dengar bisikan ko plg kuat di sini
Deleteok ini jujur.
Deletemcm entri yg kita mula2 tulis..
ReplyDeletetime kita tulis tu macam best je.
tapi cuba baca balik entri dulu2.
rasa macam nak delete jer kan..huhu
mcm tu jugak la kalo kita reflect balik cara kita berpakaian masa dulu2.
pada masa tu kita rasa cantik jer.
tapi skng kalo tengok balik mesti rasa semacam je kan.
alhamdulillah kalo kita sedar.
takpa,berubah untuk jadi lebih baik.
huu i consider it as a support from u nick..
Deleteitulah klu tgk entry2 lama rasa mcm nk stop blogging pn ada..
tp tetap teruskn jugak..
sama mcm menilai diri sendiri sekarang..
perlahan-lahan akan merubah ke arah yg diinginkan..
Insha Allah..
semua org boleh berubah kak izma sape lagi yg nak ubah diri kite klu bukan diri kite sendiri :) insyaAllah akak boleh !
ReplyDeleteyeah temkiu for ur support! meh la kita pakat berubah :)
DeleteinsyaAllah....nothing is impossible dear....berserah kepada Allah
ReplyDeletei hope so.. tq darl :)
DeleteIn Shaa Allah…
ReplyDeleteperubahan itu harus dilakukan secara perlahan2. in shaa Allah ,doakn yg terbaik for u ye dear
ReplyDeletetq babe! berdoa utk kamu juga! :)
DeleteDonno why aku rasa kagum dengan pengakuan ini. Erk.. pengakuan kah? Ehehehe. It's good to know our fault. Memang la jika diimbu segala kisah3 lalu, kita akan rasa loser, tapi sekurang4nya kita sedar kesalahan kita bukan?
ReplyDeleteI agree with you sis. And wish the best for u. Good luck dengan azam baru. =)
thanks dear! kira macam pengakuan la jugak kan.. hehe.. being a loser is not cool at all, but i might be cool enough if we can walk away in a peace after that :)
Deletekagum ngn Eva..In shaa Allah perubahan yg baik akn jumpa jln yg mudah..Na harap Na akan berubah jugak..
ReplyDeleteanwy NIce entry Eva..
thanks na.. jom kita sama-sama berubah :)
Deleteaku tak ada apa2 nak komen..sebab aku nampak kehendak, keinginan untuk berubah jedi lebih baik drpd masa lalu..at least niat tu ada..insyaAllah, niat yang baik akan dipermudah olehNya..:)
ReplyDeletethanks encik h. doakan aku cepat dapat beli kereta. eh?
Delete:P
:)
ReplyDeleteKita mudah lalai.. kita mudah sukakan duniawi.. tapi dari apa yg saya baca di atas.. entah kenapa rasa sungguh terkesan (lalu pandang diri dan mula nilai diri sendiri)
hai sis..
Deleteduniawi sebenarnya mmg part of our life. jd bila kita tenggelam dalamnya, itu seperti sudah menjadi kebiasaan bagi semua orang. yang membezakannya ialah siapa yang berjaya keluar dan siapa yang masih berada di dalamnya. tidak kiralah bila kita mampu keluar, tapi asalkan kita boleh keluar walau dengan apa cara sekalipun. kadang-kadang kita tidak mampu keluar, tapi ada tangan lain yang bisa menarik kita keluar. jadi sama-samalah kita berdoa agar kita tidak akan tenggelam selamanya :)
kau baik kakak,
ReplyDeletekau dh cukup baik..
cerita semalam kalau kau rasa kau jahat,
orang mcm aku,rasa mahu benam muka dalam tanah,
yelah,
dengar bahasa si tua "ukur baju di badan sendiri",
kau dh sampai seru-NYa,
berubah ke jalan yg lagi diredhai,
dan aku iri..
doakan aku, kakak.
itu saja yg aku perlu..
"doa yg tak diberitahukan"- pencerita
hey hey aku biasa saja,
Deletemungkin hakikatnya kamu lebih baik dari aku.
hanya Allah yang tahu.
aku doakan kita semua selamat dan diberikan hidayah sebenar.
jom sama-sama berubah.
:)