Monday, January 7, 2013

Perubahan


Sepanjang aku di sini aku perasan ada satu dua benda yang berubah.

Seperti yang sudah maklum, housemate aku 2 orang. Dua2 guru pendidikan islam. Kakak A berumur dalam 30 lebih. Kakak B dalam lingkungan 26 - 27 camtu.

Aku kalau kat umah di Kelantan memang aku kaki tv. Remote tu wajib ada dalam tangan sepanjang masa. Tapi bila kat sini aku jarang sangat tengok tv. Rasa macam mood tu dah hilang. Housemates aku je yang suka tonton tv siang malam. Si Kakak A ni suka tonton cerita-cerita Melayu. Semua cerita Melayu termasuk cerekarama, samarinda dia tengok. Si Kakak B ni pun sama jugak. Aku kalau cerita melayu aku kurang sket sebab jalan cerita sama dan kadang-kadang berlebih sampai aku naik muak. Channel Diva, 132 dan AXN tu je channel favourite aku. Jadi kalau kakak2 tu tak tengok tv or buat kerja dalam bilik, aku tukar la channel yang aku nak tengok.

Tapi sejak aku duduk ngan diorang beberapa bulan ni, aku perhatikan diorang dah mula mengikut rentak aku, siap set reminder lagi cerita-cerita best termasuk cerita omputeh kat Diva or Astro Citra. Diorang pulak yang remind kan aku bila Gossip Girl dan Jane By Design dah start. Pergh. Ajaib.





Paling tak leh blah bila aku tengok bola tiba-tiba kakak A datang sebelah dan bersorak sama bila masuk gol. Siap komen-komen lagi bila pemain dapat kad kuning. Biasanya aku sorang je yang melalak tengah malam buta dok bersorak pasukan favourite aku. Aku bermimpi ke? Huuiii.

Ada lagi. Selalunya aku suka survey website dan facebook yang menjual barang on9 macam baju dan sebagainya. Salah satu favourite aku ialah thepoplook. Haritu aku bukak website poplook tu depan diorang sambil dok bercakap sorang-sorang akibat teruja tengok baju lawa-lawa. Diorang tengok macam tu je sebab aku tau taste dan citarasa fashion kami jauh berbeza. Keesokan malamnya aku ternampak kakak A tengah search website poplook jugak. The next week ada parcel sampai di rumah dari poplook. Huyyo.. Pantas dan eficien betul mereka ni.

Jadi terbukti selama ini aku ada kuasa ajaib di mana aku boleh mempengaruhi orang dalam senyap tanpa sedar dan mengikut jejak rentak aku. Lepas ini bolehlah aku menggunakan bakat yang aku ada untuk mengpsychokan lagi mereka-mereka yang tertentu. Tiba-tiba aku rasa aku ni orang penting dan begitu berharga. Wallaweh~.


p/s: Aku harap kuasa ajaib aku tak tersebar untuk pengaruhi diorang supaya turut berkaraoke dalam jamban dan beryoga tiap kali sebelum tido. Hew hew~



Like tanda Sayang

22 comments:

  1. Wah! Dasat tuh! Ade follower tegar la ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha, comell je tengok jane by design :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. jane tu awesomely cute kot ;)

      Delete
  3. hehe hebat hebat....... boleh jual brg izma ni. kalau org yang pandai pengaruh org elok la berniaga nanti senang pelanggan tertarik nak beli :) hehe kalau dah berjaya pengaruh dorg berkaroke jgn lupa share kejayaaan tuh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh iiima telah memberi idea utk izma join mlm pasni. boleh jugak join main facebook dapat untung sejuta. pastu promote kat semua termasuk korang dlm blog jugak. kehkeh

      Delete
  4. tahniah, anda berjaya mempengaruhi mereka

    ReplyDelete
  5. hahah..best tol kak intan baca entry izma nih...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tengok kak intan pun dah terpengaruh dengan izma. kuasa ajaib semakin meluas sekarang ^_^

      Delete
  6. wahh klau mcm tu bolehhh buat mcm2 ni kalau org yg pandai menpengaruhi ni hihihi anywy tahniah Eva..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas yo! na pun nak blajar kuasa psychic dgn izma jugak? hehe

      Delete
  7. jyeahhhh !

    hebat kakakku ini !!! :D

    ReplyDelete
  8. aku pernah baca benda ni..ada sesetengah org yg seakan punya aura untuk menarik org sekeliling..contoh kalau 1 kedai tu biasanya kosong, then bila ada sorang masuk, tak lama lepas tu ramai pulak yg masuk..as if org tu punya aura utk tarik org lain dekat dgn dia..

    kalau dalam kes kau ni, aku rasa kau pun ada aura semulajadi tau..macam ada karisma la kot..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. i consider it as pujian. thanks encik h. aku ada aura eh? aku pun tak tau. hahaha

      tp ko pun ada aura jugak. aura utk menarik readers ke blog ko setiap kali on9. termasuk aku :)

      Delete
  9. Hahahhah comel jer bila dah ekot rentak awak..

    ReplyDelete
  10. Kite selalu pengaruh org tgk Running Man ! Haha

    ReplyDelete