Monday, April 29, 2013

Blast From The Past #Part 2


Sejak 2-3 hari ni kalau aku bosan aku rajin pulak belek gambar2 lama.
Macam seronok tengok gambar dan ingat balik masa dulu.
Kenangan.
Sentimental la pulak. Kehkehkeh.
Lagi-lagi kalau gambar zaman kecik. 
Tapi aku tak puas hati betul.
Ku sangkakan panas sepanjang masa tapi hujan batu di petang hari.
Rupanya baru ku sedar ada lagi yang lagi cute dari aku.
Potong line betul. Memang tak aci.
Tak aci tak aci!
Haha.


































Anak sapa ni?
Budak mana ni?
Ce teka.

Sape betul dapat hadiah.
Hep hep hep ^^


*
*
*

















soul






Like tanda Sayang

Saturday, April 27, 2013

Blast From The Past


Since 25 years ago until today.

Thanks Allah, for everything :)















the left one










Walaupun dah besar tapi saya tetap rasa saya cute.

Hahahaha~

Like tanda Sayang

Tuesday, April 23, 2013

Monolog




Dear blog,

Minggu yang hectic.
Dan agak sedih aku kira.
Petang ahad aku dikejutkan dengan berita atuk aku accident.
Parah. Tulang dada retak. Lebih 10 jahitan di jari.
Kaki pun teruk cederanya.
Kesan bila menaiki motor dan dilanggar orang.
Tidak tahu berapa lama baru dia pulih.
Masih dalam keadaan tak berapa sedar.
Since ayah aku memang sedia ada suffer penyakit jantung,
jadi bila dia dapat tahu tentang apa yang terjadi,
dia turut sama sakit.
Ulang-alik ke hospital juga gayanya.
Mama pun asyik tanya bila aku mau pulang.

Bila aku mohon cuti,
guru besar macam tak mahu lepas.
Seolah mahu mengelak sahaja.
Sebab sebelum ni aku dah mintak 2 hari cuti.
Kalau aku cuti tiada yang mahu menggantikan kelas aku
sebab credit hours aku yang paling banyak antara semua
tambah pula semua english class, sape yang mahu nak ganti
Jadi chance untuk aku balik tu sangatlah sedikit.
Mana aku tak tension.
Lepas tu dapat tau next week mengundi
So aku plan nak balik awal.
Tiket flight mahal gaban.
Dengar kata ada tiket sponsor,
rupanya sponsor sampai kl je. Dari kl ke klntn dia bg tiket bus.
Klu kira perjalanan kl to kb tu dlm 8 jam.
Campur ngn semua org nak balik mengundi, mau jadi 12 jam.
Aku balik weekend semata-mata, dua hari dah burn sebab atas bus,
wajarkah begitu?

Betullah orang cakap.
Akan ada satu masa,
bila Allah tarik balik nikmat untuk kita/
dan waktu tu semua di sekeliling kita,
makin hilang tiada di sisi,
terutama orang-orang yang rapat dan kita sayang.
Kawan, cinta, segalanya diragut sekelip mata.
Ku kira ada hikmah di sebaliknya.
Mungkin Allah mahu aku sedar,
aku bukan seorang,
Dia sentiasa ada bersama,
walaupun satu dunia memalingkan muka.
Sekurangnya ada juga blog ini,
tidaklah aku rasa begitu sunyi.

Biarlah orang bilang aku manja,
tak tahan dugaan,
tidak tahu bersyukur dan sebagainya.
Aku hanya ada seorang atuk,
dan seorang ayah.

Please don't take them away...










Dah lama tak menangis.. 
Kenapa air mata tidak mahu berhenti..? :'(







Like tanda Sayang

Sunday, April 21, 2013

Death


Some people have died while singing songs.
While others have died while reciting Qur'an..
Some people have faced death when a cinema hall catched fire.
While others faced death in a stampede during Hajj..

- Different people.
- Different Actions.
-Different ways of Dying.

"A person dies the way he lives and will be resurrected the way he died."

HOW WOULD WE LIKE TO FACED DEATH?

While dancing in a disco OR while sujud in a masjid?

While singing songs OR reciting Qur'an?


Let's Wake up before we Never Wake up!






p/s: Kalau bisa diberi pilihan dan peluang, semoga Allah ketemukan ajalku ketika aku berada di pangkuan suamiku, sambil mendengar dan menyebut bacaan kalimah Qur'an suci bersama dia, di kelilingi oleh anak-anak serta ahli keluarga yang tidak putus bertasbih kepada-Nya.

Semoga iman dan anugerah (keluarga soleh) ini kekal hingga hujung nafasku..







Like tanda Sayang

Wednesday, April 17, 2013

25 years later


Tengahari tadi aku ke ppd, kena jumpa pegawai untuk update data.
First time jumpa pegawai ni.
Orang semenanjung rupanya, belah Johor.
Lepas tu dia macam tengok dan perhatikan aku, lama je.
Dia cakap; "Rasa macam pernah nampak kamu ni."

Senyap.

"Aik.. Tapi saya baru je di Sabah ni.. Macam mana bleh encik cam saya? Huhu?"

"Kamu ada iras-iras kawan saya. Mama kamu cikgu?"

"Yep."

"Di mana dia sekarang? Ada di sabah?"

"Eh tidaklah.. Di Kelantan. Dulu memang mama saya first posting kat sini. Lepas tu tukar balik semenanjung."

"Oh.. siapa nama mama kamu? Tahun 80-an eh dia posting?"

"Yes. 80-an. Nama ******. Encik kenal?" (sambil tunjuk gambar passport mama).

"Kawan saya dulu ni. Kamu sulung eh? Dah besar rupanya. Seiras muka kamu dengan mama kamu. Patutlah saya rasa macam familiar."





30 tahun akan datang. Macam ni lah rupa aku.





Like tanda Sayang

Tuesday, April 16, 2013

Dark Side

Semua lelaki ada.

Kenapa aku baru tau ni?

Anyone can explain to me in details plz?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Like tanda Sayang

Monday, April 15, 2013

Habit

Dari dulu lg aku ada satu habit.
Yang baru aku sedar ianya habit.

Aku jenis yg tidur tak terlalu awal.
Tapi aku mudah bangun/ tersedar.

Itu normal.

Yang kurang normal tiap kali aku tido, aku akan tersedar balik.
Biasanya dalam kol 2-4 pg.
Tidaklah setiap hari,
tapi dalam satu minggu tu agak kerap.
Bila aku tersedar, aku dah tak boleh tidur.
Then aku akan mula menulis.

Bukan menulis hal-hal akademik.
Aku menulis dr pelbagai sudut pandangan.
English, BM, keduanya.
Boleh dikatakan poem, puisi
Mungkin ada yg anggap seperti lyric lagu.
Entah.
Aku cuma tau menulis je,
tanpa henti.

Apa yang aku tulis waktu itu
Adalah diri aku yang sebenar,
Tiada penipuan dan hanya wujud kejujuran
Kalau aku menulis tentang orang yang aku suka,
Maknanya semua yang aku tulis itu lahir dari hati
Kalau apa yang aku tulis berlandaskan kesedihan
Maknanya masa tu aku betul2 sedih

Tapi aku tak pernah publish
Or share mana2
kecuali satu,
Yang ini.
Belum sampai masa mungkin
Atau terlalu peribadi

Mungkin bila sampai masa itu
Bila dah sah di sisi agama
Aku akan kongsikan juga segala nukilan
Kerna takdir,
Separuh aku, dia.

Sekurang-kurangnya bila aku menutup mata
Dia akan tetap rasa aku ada
wujud dalam setiap karya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Like tanda Sayang

Sunday, April 14, 2013

Capaian Pertama


Minggu lepas karnival bahasa peringkat zon timur kota belud.
Berminggu-minggu jugak kami (guru BM dan BI) berhempas pulas dok train budak-budak untuk action songs, public speaking, story telling, pertandingan bercerita, pidato dan lain-lain lagi.
Habis diorang kena 'brain wash' dengan aku.
Mana tak nya. Dah beberapa hari lagi tinggal nak bertanding masih main-main.
Kena marah, denda tu perkara biasa dah.
Tapi berbaloi la penat lelah usaha kami guru dan murid, dapat jugak award walaupun tak semua kategori menang.
Paling aku terharu murid aku dapat naib johan public speaking, dan teks public speaking tu aku buat sendiri, tak ada cilok dari internet atau buku pun. Walaupun tak dapat johan sebab johan dimenangi oleh johan tahun lepas yang masih memaintainkan kedudukan dia, tapi aku tetap bangga dengan anak murid aku.
Yelah daripada pelat sebut perkataan bahasa inggeris, kena train sampai betul-betul dapat speaking pung pang pung pang kat depan, cikgu mana tak touching. Kehkeh.

Haa lagi satu, sekolah yang menjadi tuan rumah pertandingan kali ni punyalah jauh. Dekat 2 jam jugak dari sekolah kami, padahal masih dalam zon dan daerah yang sama. Siap jalan raya tak bertar lagi, macam amazing race pulak aku rasa. Asyik terhantuk kepala kat cermin kereta je sepanjang perjalanan, tu pun naik Hilux. Kalau naik viva mau kereta tu mati tengah jalan. Mesti tak lepas naik bukit punya. Dah la kena lepas 2-3 jambatan gantung. Siap lalu atas air terjun lagi. Seriau jugak bulu roma, takut jatuh ke bawah. Nasib baiklah selamat pergi dan balik.

Nah layan gambar la pulak. Tak banyak pun snap. Tak sempat nak ambil gambar masa persembahan sebab aku kena jadi ketua hakim untuk bercerita. Habis kira markah, semua persembahan untuk action songs dan bahagian lain pun tamat jugak. Sobsss sobss T.T
Tak apalah tahun depan ada lagi. Itupun kalau aku lama kat sini. (gaya macam nak balik semenanjung awal-awal)


teachers behind the scene


before starting public speaking


Undilah teacher, teacher ada sijil dan bakul epal. Eh. *tetiba*
p/s: Di belakang tu gunung kinabalu diselubungi kabus



proud teachers 


para pemenang





Like tanda Sayang

Wednesday, April 10, 2013

Truth Hurts.


Sometimes the best thing for someone that you love the most is to let them go.

Sometimes being cold-heartless is the best thing that you need the most.



Tidak apa.



Allah sentiasa ada.

Dia takkan sesekali tinggalkan kamu.




Chill out.

Like tanda Sayang

Saturday, April 6, 2013

Fever. Fever. Fever


Just got it.

My weekend,
has gone.



Doc gave me this.
I didn't take any
Not yet
because I'm so scared.

The truth is
I'm anti-medicine.

Perhaps if there's someone
who'll sit beside me
and persuade me
to take
and swallow it
maybe I will.



Huuuuu....


Can I go home, plz?




:'(

Like tanda Sayang

Friday, April 5, 2013

Melangkah

Kata orang
Bila melangkah pergi
Jangan sesekali berpusing kembali

Tapi kenapa aku
Walau beribu kali susun langkah
Tapi aku tetap berpaling dan kembali
Tidak pernah mahu teruskan pergi

Terlalu lembut hati

Tapi sekarang
Hati bagai kosong sepi
Tiada perasaan lagi
Dan nekadku mengatur langkah itu lagi
Tidak mahu kembali

Mungkin Tuhan juga mahu aku pergi
Kerna tidak dilembutkan hatiku
Seperti dulu lagi

Sudah berakhir kali
Perjalanan di lorong ini

Sampai masa
Aku pilih lorong kedua
Walaupun tidak nampak apa di depannya
Tapi aku tahu Allah sentiasa ada.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Like tanda Sayang

Thursday, April 4, 2013

Uits..


Macam mana nak pujuk lelaki yang merajuk / terasa hati / kecik hati dengan kita?



Huuuu....

Like tanda Sayang