Friday, April 5, 2013

Melangkah

Kata orang
Bila melangkah pergi
Jangan sesekali berpusing kembali

Tapi kenapa aku
Walau beribu kali susun langkah
Tapi aku tetap berpaling dan kembali
Tidak pernah mahu teruskan pergi

Terlalu lembut hati

Tapi sekarang
Hati bagai kosong sepi
Tiada perasaan lagi
Dan nekadku mengatur langkah itu lagi
Tidak mahu kembali

Mungkin Tuhan juga mahu aku pergi
Kerna tidak dilembutkan hatiku
Seperti dulu lagi

Sudah berakhir kali
Perjalanan di lorong ini

Sampai masa
Aku pilih lorong kedua
Walaupun tidak nampak apa di depannya
Tapi aku tahu Allah sentiasa ada.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Like tanda Sayang

4 comments:

  1. Aku sedang alami situasi seperti ini. Kali ini aku nekad. Mudahan DIA menunjukkan jalan yang benar untuk kita. =)

    ReplyDelete