Monday, April 15, 2013

Habit

Dari dulu lg aku ada satu habit.
Yang baru aku sedar ianya habit.

Aku jenis yg tidur tak terlalu awal.
Tapi aku mudah bangun/ tersedar.

Itu normal.

Yang kurang normal tiap kali aku tido, aku akan tersedar balik.
Biasanya dalam kol 2-4 pg.
Tidaklah setiap hari,
tapi dalam satu minggu tu agak kerap.
Bila aku tersedar, aku dah tak boleh tidur.
Then aku akan mula menulis.

Bukan menulis hal-hal akademik.
Aku menulis dr pelbagai sudut pandangan.
English, BM, keduanya.
Boleh dikatakan poem, puisi
Mungkin ada yg anggap seperti lyric lagu.
Entah.
Aku cuma tau menulis je,
tanpa henti.

Apa yang aku tulis waktu itu
Adalah diri aku yang sebenar,
Tiada penipuan dan hanya wujud kejujuran
Kalau aku menulis tentang orang yang aku suka,
Maknanya semua yang aku tulis itu lahir dari hati
Kalau apa yang aku tulis berlandaskan kesedihan
Maknanya masa tu aku betul2 sedih

Tapi aku tak pernah publish
Or share mana2
kecuali satu,
Yang ini.
Belum sampai masa mungkin
Atau terlalu peribadi

Mungkin bila sampai masa itu
Bila dah sah di sisi agama
Aku akan kongsikan juga segala nukilan
Kerna takdir,
Separuh aku, dia.

Sekurang-kurangnya bila aku menutup mata
Dia akan tetap rasa aku ada
wujud dalam setiap karya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Like tanda Sayang

No comments:

Post a Comment