Wednesday, April 17, 2013

25 years later


Tengahari tadi aku ke ppd, kena jumpa pegawai untuk update data.
First time jumpa pegawai ni.
Orang semenanjung rupanya, belah Johor.
Lepas tu dia macam tengok dan perhatikan aku, lama je.
Dia cakap; "Rasa macam pernah nampak kamu ni."

Senyap.

"Aik.. Tapi saya baru je di Sabah ni.. Macam mana bleh encik cam saya? Huhu?"

"Kamu ada iras-iras kawan saya. Mama kamu cikgu?"

"Yep."

"Di mana dia sekarang? Ada di sabah?"

"Eh tidaklah.. Di Kelantan. Dulu memang mama saya first posting kat sini. Lepas tu tukar balik semenanjung."

"Oh.. siapa nama mama kamu? Tahun 80-an eh dia posting?"

"Yes. 80-an. Nama ******. Encik kenal?" (sambil tunjuk gambar passport mama).

"Kawan saya dulu ni. Kamu sulung eh? Dah besar rupanya. Seiras muka kamu dengan mama kamu. Patutlah saya rasa macam familiar."





30 tahun akan datang. Macam ni lah rupa aku.





Like tanda Sayang

2 comments:

  1. wahhhh... 30 tahun akan datang kau dah tahu muka kau. =)

    ReplyDelete