"Kamu percaya pada jodoh, Fahri?"
"Ya, setiap orang memiliki..."
"... jodohnya masing-masing. Itu yang sering kamu bilang"
"Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh, senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit"
"Bukan dari langit, Maria, tapi dari hati, dekat sekali"
(Ayat-ayat cinta, 2007)
Kalau dulu masa kecil bila ditanya tentang citarasa lelaki pilihan, confirm jawab nak yang kaya, pandai, handsome, and bla3. Pendek kate semua nak perfect. Berangan nak yang macam ala-ala fairy tales. Kononnya putera idaman akan datang dengan kuda, then buat grand wedding kat disneyland. A dream which may not come true.
Kalau ditanya aku sekarang, jawapanku pasti berbeza dengan angan-angan yang lepas. Bila dah besar, dah boleh fikir dengan sempurna, aku sedar kunci kebahagiaan itu bukan terletak pada rupa atau harta. Tidak dinafikan memang kita perlukan wang untuk teruskan hidup di dunia materialistik ini. Namun ada perkara yang lebih utama, yang perlu dinilai sebelum harta itu menjadi persoalan seterusnya. Iman - a word which can touch your heart, even make you cry. Persoalannya adakah aku layak untuk mendapat seperti yang ku impikan?
Semalam aku berdiskusi dengan seorang hamba Allah, the designer of
iluvislam.com, banyak pendapat dan pengetahuan yang dapat dikongsi. Hamba Allah ini menyatakan kebahagiaan rumahtangga, baik buruk sesebuah keluarga bermula dengan iman yang dimiliki. Seandainya dua insan yang mempunyai asas agama yang teguh dan bertemunya mereka kerana Allah, insha Allah bahagialah keluarga mereka hingga ke nafas terakhir. Bila difikirkan kembali, nasihat itu ada betulnya. Sebagai seorang gadis, semestinya kita mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga. Aku tahu aku tidak cukup baik untuk mendapatkan yang terbaik, aku hanya beriman taqlid, iman yang mudah rapuh dimamah usia. Aku tidaklah sehebat Saidatina-saidatina pejuang pencinta kebenaran zaman Rasulullah.. Siapalah aku untuk memohon melebihi batasku.
Namun ustazku selalu berkata, tidak salah jika kita meminta kepada-Nya, kerna kita punyai hak di sisi-Nya. Ustazku juga berkata, berdoalah kamu setiap kali fajar menyinsing dan antara 2/3 malam. Sujudlah kepada-Nya agar dipertemukan untuk kamu jodoh yang baik, jodoh yang cintanya kerana Ilahi. Walaupun kamu rasakan diri kamu mungkin tidak layak untuk dia, tetapi percayalah ketentuan Allah itu tiada keraguannya. Doa kamu akan membawa kamu kepada jodoh itu, dengan syarat doa itu haruslah berterusan, tiada henti mahupun halangannya dan disertakan dengan niat yang ikhlas.
Di bumi barakah ini, setiap insan punyai masa silamnya yang tersendiri. Aku juga pernah melalui detik kegelapan (dark ages), yang menyimpangkan aku dari realiti, hakikat hidup yang sebenar. Di saat aku mencari annur yang hilang, alhamdulillah Allah memberi ku peluang untuk bangkit berjuang demi diriku yang sebenar. Walaupun aku banyak kekurangan, namun aku masih punyai harapan untuk terus berjuang, untuk terus memperbaiki diri untuk masa hadapan dan meninggalkan segala coretan silam.
Dari segi logiknya, aku punyai peluang untuk menerima seseorang yang punyai harta, rupa dan darjatnya, yang sudah berada dekat di hadapanku. Namun untuk jangka masa yang panjang, aku mungkin tidak dapat bertahan. Aku perlukan iman itu. Aku mahu seseorang yang boleh mengimamkan solatku, menjadi rujukan untuk persoalan agamaku dan pembimbing anak-anakku. Sekiranya aku pergi dahulu, aku tahu aku punyai suami dan anak-anak yang soleh/solehah yang akan mendoakan kesejahteraanku. Aku tahu pemergianku akan diiringi dengan lafaz Al-Quran, bukan sekadar tangisan. Bukankah ianya termasuk dalam 3 perkara yang akan dibawa sehingga hari pembalasan?
Kepada dia yang telah ditentukan oleh Allah untukku,
walaupun aku tidak mengetahui siapa kamu,
aku mungkin bukan yang terbaik untuk kamu,
imanku mungkin tidak setanding kamu,
kekuranganku mungkin mengatasi kesabaranmu,
kejahilanku mungkin membangkitkan kemarahanmu,
namun aku hanya mahu kau tahu,
izinkan aku perbaiki segalanya dengan bimbinganmu,
izinkan aku menjadi yang terbaik dan terakhir buatmu,
izinkan aku mencari sedikit masa untuk melengkapi diriku dan dirimu,
izinkan aku menjadi idaman yang ingin kau miliki sepanjang hayatmu.
Ku susun jariku,
ku memohon untuk semua nawaituku,
dengan harapan apabila kita bertemu,
aku dan kamu sudah bersedia untuk lafaz ikatan sah itu,
pimpinlah tanganku menuju ke Al-Jannah dengan kesucian jiwamu,
dan aku berjanji akan setia padamu sepanjang nafasku..
Cerita lain di sebalik entry :
- 27 November 2010 = My aunt's wedding (aunty yg bongsu).
- 18 December 2010 = My cousin, abg Azhar's wedding.
- 25 December 2010 = My cousin, Sarah's wedding.
- 01 Januari 2011 = My cousin, kak Ain's engagement day.