Tuesday, November 23, 2010

Tooth Fairy comes to me!

Korang pernah tengok tak cite tooth fairy? Boleh tahan la kelakar, sesuai untuk kanak-kanak macam aku. Bab-bab gigi ni issue sensitive sket. Aku rasa aku jarang kot senyum or sengih sampai nampak gigi. Kalau korang perasan, dalam gambar-gambar photoshoot aku lebih banyak ekspresi muka yang serius, sedih, mengharap atau senyum yang biasa je. Memang susah sangat nak jumpa part yang aku sengih sampai nampak abis semua gigi. Kalau ade pun kompem senyum tak ikhlas. Nak tau sebabnya? Sila tengok gambar di bawah:
 
Lepas aku lahir hingga umur 7 tahun, family aku stay kat Sarawak sebab parents aku kena mengajar kat sana. Selepas tu parents aku ditukarkan mengajar kat Kelantan. Minggu pertama di sekolah baru aku dah dapat gelaran - si taring Iban. Diorang cakap aku ade gigi tu sebab aku makan dan hisap darah orang. Pada fikiran diorang, sarawak tu tempat orang asli je, macam dalam movie. Orang asli yang tinggal kat rumah panjang, pakai cawat dari daun-daun kayu, tinggal dalam hutan, kawan dengan rimau and etc. Biasalah budak-budak, pemikiran masih kolot dan terbatas. Baru je sebulan aku kat sana satu sekolah dah ejek aku dengan nama tu. Diorang ejek la aku macam mane pun aku buat derk je. Sebab aku budak baik ye. *Perasan* Walhal sepatah haram diorang ejek pun aku tak paham, sebab time tu aku tak paham loghat Kelate! Serious tak paham, aku reti cakap loghat Sarawak je. Nasib baik nenek dan cousins aku ade. Diorang la yang ajar aku sampai aku fasih macam sekarang.

Aku masih ingat masa aku form 2, ade van dari hospital datang ke sekolah kami untuk check gigi dan bagi rawatan kepada students. Doktor gigi tu cakap dia hantar surat kat parents aku, mintak kebenaran untuk aku pakai bracest. Oleh sebab aku stay kat hostel, so aku dapat jumpa parents aku dua minggu selepas treatment tu. Mama cakap dia memang nak aku pakai je bracest tu, nanti bila dah besar confirm gigi mesti tersusun lawa. Tapi nenek aku tak kasi. Nenek cakap gigi berlapis ni pemanis muka, kalau dah takde nanti hilang la seri wajah aku. Ntah betul ke tak, macam vampire je aku rasa.Haish. But at last mama ikut cakap nenek. So aku selamat daripada diseksa dengan dawai besi itu. Hoyeah~ Tak sanggup beb nak dapat gelaran baru si gigi besi. *sigh*

Gambar sebelah kiri telah diedit oleh kawan aku sempena birthday aku :


Itu kisah zaman sekolah dan remaja. Sekarang orang nak ejek ape pun aku dah tak kisah. Aku dah belajar menghargai diri dan bersyukur dengan kurniaan Ilahi. At least aku dilahirkan sempurna, cukup anggota. Alhamdulillah. Walaupun gigi aku maju ke depan tetapi aku ade followers dan readers yang tersayang. Terima kasih sebab sudi menjenguk ke blog yang tak seberapa ni. You know how much I love you all. I really appreciate it. Thank you so much! *hugs* <3

Sebagai penghargaan nah aku kasik gigi aku kt korang. Cheers! =D
 *
 *
 *


 


Like tanda Sayang

5 comments:

  1. x macam fairy pown. sweet je @_@

    ReplyDelete
  2. betOi la ckp nenek..
    kwn ore pun ade sore,
    come je,ggi berlapis..
    xyah tgk ggi, tgk muke..manis!

    p/s : oyes, dh buleh komen!

    ReplyDelete
  3. haa ni dia cucu nenek dah dtg.
    wuargh mkn budak~

    takot tak? =P

    ReplyDelete
  4. hehe..org kate gigi taring tu pemanis..huhu..cantik..daya tarikan tu..hehe

    ReplyDelete