Wednesday, November 24, 2010

Putus cinta!

A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face
A thousand lies have made me colder
And I don't think I can look at this the same
But all the miles that separate
Disappear now when I'm dreaming of your face

(Here without you, 3 doors down)

Sob3.. T.T Kesat air mata sat.
Oh lagi-lagi issue cinta. Mesti korang boring kan. Tak kisahla aku nak publish jugak entry ni. Hahahaha gelak sial~ Oh berbalik kepada topic utama iaitu putus cinta. Omputeh cakap break up or broken heart. Aku tulis entry ni sebab nak bagi support kepada kawan-kawan aku yg tengah frust sekarang. Berkaple and break up ni mcm ade musim la pulak. Time clash, semua pakat clash. Tak paham aku. Haish. Rilek beb. Tak mati pun kalau takde boyfriend. Cheer up y0!

Umm aku pun pernah alami hal yang sama, bezanya perkara ni dah lama berlalu. Yes, it's really hurt sebab aku pernah suka kat orang skali je, kira mcm first love la. Tiba-tiba tak jadi, hancus berkecai. For sure la frust sikit. Well you don't have to feel bad because perkara ni adalah normal bagi kehidupan seorang remaja or dewasa. Tak perlu malu kalau anda pernah sukakan seseorang.. Loving someone doesn't mean that you are weak because it always give signs that you are still alive.

Selalunya cinta akan bertahan lama melainkan salah seorang atau both yang buat hal. Kadang-kadang campur tangan pihak ketiga pun boleh memberi kesan hebat kepada hubungan tersebut. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, masing-masing kena selalu bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain Mungkin korang terlampau busy, tak sempat nak bahagikan masa untuk diri sendiri dan orang lain plus emosi yang beremosional terlebih. Asal weekend je photoshoot, fashion show, sport practices, hang out, assignments, birthday party and bla3. Weekdays pulak kelas sampai petang, malam nak kena siapkan kerja + group discussion. Sumpah penat kan. Tapi korang kena redha je la, that's a normal life for student. I'm sure you all feel the same way.

Haa tengok dah start nak emotional dah. Ok stop talking about that. Let we move on to next chapter.
Bila korang putus cinta, perkara pertama yang korang kena pikir ialah YOURSELF. Don't think about him/her anymore. Move on guys. You can't hate him/her because you just can't. Sesusah mana pun nk suka kat orang, lagi susah nak benci orang. Trust me. Kalau sampai tahap korang dah tak boleh tahan, menangislah as it can make you feel better. Jangan pendam dalam hati, bab kata pepatah Melayu kerana air mata setitik tidak akan rosak air sebelanga. Eh ade ke pepatah tu? Oh lagi satu korang boleh buat blog, pastu suka hati korang la nak mengadu apa kat situ, but make sure private okay. Nanti bila korang dah rasa okay, dah boleh terima/handle kenyataan, masa tu tentu korang dah cukup kuat untuk delete blog tu. Lupakan kenangan silam, pandanglah ke hadapan.

Ni sapa punya keje ni. Rase macam nak dislike 99x
@_@

Untuk kaum hawa, aku faham kalau bab putus cinta ni korang mesti rasa down gila babem. Kalau korang yang buat silap, korang yang buat perangai, korang anggap ianya sebagai pengajaran dan jadikan panduan untuk masa depan korang. At least in future korang takkan ulangi kesilapan yang sama. Mungkin korang rasa korang tak cukup lawa, tak cukup perfect nak dibandingkan dengan si lelaki. Hey wake up. First thing you should do is gain you confident level! Believe in youself, yakin bahawa korang dah cukup lawa dan berisiko untuk mendapatkan pengganti baru okay! Mwahaha macam ajaran sesat la pulak. Actually semua ciptaan Allah ada kelebihan dan kecantikannya tersendiri. Penampilan dan style akan membantu perwatakan korang dan juga impression orang lain terhadap korang.

Apa yang aku nak katakan di sini, korang boleh ubah penampilan or style korang untuk menjadi lebih baik. Tak salah pun asalkan korang mempunyai daya keyakinan yang tinggi. So teruskan hidup korang dan prepare untuk cabaran yang akan datang. Eh macam lari topic la pulak. Haish.. Korang semua dah besar kan, tentu dah boleh fikir baik buruknya. Thus, korang fikir dan decide apa yang terbaik untuk diri sendiri. Jangan sedih kalau putus cinta + si dia tinggalkan korang bila jumpa yang lebih baik daripada korang sebab nanti bila that girl/guy dah tua kulit dia kompem sama berkedut macam orang lain jugak. Luaran itu tak akan kekal, hanya dalaman (jiwa) yang mungkin kekal sampai bila-bila. Oh before I forget, ni tips special untuk mereka yang putus cinta dipetik dari sini.


Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita,  supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu….. :)

Like tanda Sayang

8 comments:

  1. babe, i pun penah putus cinta. putus cinta sbb dipermainkan. boso punye lelaki. haha.

    wau! serious speaking, u mmg bnyak berubah dari dulu. u cun babe. :)

    ReplyDelete
  2. Dulu comot sekarang momot. Hahaha.

    Thanks, semua kerana bantuan make up and adobe photoshop =P

    ReplyDelete
  3. best entri nih
    eh, i know la u bolox dulu, opss..
    but skg meletop sakan!,
    ehehe, sory deh pasal esok ;P

    ReplyDelete
  4. seday sgt putus cinta but but happy sgt jmpe yg lebey baek dari yg dulu.

    xnak putus cinta da hee

    ReplyDelete
  5. emiey : ok
    asilah: jage si die lek lok ye ;)

    ReplyDelete
  6. lepas putus tunang dolu, sume2nye berubah..tukar imej br dan tak suka dah ngan imej lama...

    ReplyDelete