Dulu aku memang suka tengok movie. Sanggup kumpul duit sebab nak beli video tape yang besaq kaler hitam macam beg nenek. Time tu mane ade cd lagi beb. Tapi bila masuk alam persekolahan mood nak bermovie makin kurang sebab aku ke sekolah berasrama. TV pun ada sebijik je diorang letak kat kantin. Jangankan movie, telenovela pun tak lepas tengok. Ada la jugak time prep petang aku ngan member aku, Ajah pi curi-curi tengok citer Rosalinda. Tu pun tak pernah dapat tengok lebih 5 minit sebab kena kejar dek warden kitorang, Cikgu Juka.
Ada sekali tu angin Cikgu Juka agak baik. Dia kasi permission kat budak-budak lelaki untuk tengok tayangan cerita Blok 404 dengan syarat kena tengok pada malam hujung minggu sebab takde prep. Masa tu memang femes pun cite tu sebab budak-budak yang dok kat rumah cakap best. Ape yang best pun aku tak taw. Aku la manusia paling excited bila taw pasal tayangan ni tapi aku tak puas hati sebab budak pompuan diorang tak kasi tengok. Budak lelaki je yang lepas. Aku pun apalagi. Start plan A ah. Aku ngan Ajah pegi jumpa abg Fazna dan Shahiru, ketua library kitorang yang incharge pasal tayangan ni. Setelah setengah jam pujuk rayu menangis meleleh depan diorang, baru abg-abg tu bagi kitorang join dengan syarat kitorang kena dok belakang sekali sebab kitorang je pelajar pompuan. Belakang pun belakang la bang. Asal dapat tengok.
Sebelum start tayangan tu, semua budak lelaki pandang kitorang semacam. Mcm kitorang kesah, wat derk je la. Jenis muka tak tau malu. Tapi diorang saje je nak kenakan kitorang. Budak-budak lelaki yang dok kat belakang saje je bangun dari kerusi dan tengok sambil berdiri sebab diorang tak nak bagi kitorang nampak. Jenis berlagak macam dinding plak nak halang pandangan kitorang. Dahla sorang sorang tinggi nak mampuih. Aku masa tu cinonet je, memang tak lepas ah nak tengok. Last-last aku ngan Ajah blah dari situ dengan perasaan bengang bercampur bangang.
Masa on the way nak balik hostel, kitorang kena lalu tangga hujung. Tepi tangga tu ada kabel a.k.a suis utama yang menyambungkan semua plak-plak dan wayar lampu di sekolah kitorang termasuk la plak TV yang tengah tayang cite tu. Dengan muka innocent dan idea bernas Ajah suruh aku tutup suis utama tu. Bila dah blackout tak yah mimpi ah diorang nak tengok cerita tu. Confirm meraung punye. Tiba-tiba..
Papppppppppp....
Aaaaaaaaaaaaaaaa...
Riuh suara budak-budak lelaki menjerit. Aku ngan Ajah lari pecut wo0 balik hostel sebelum diorang terserempak dengan kami. Nasib aku tak berapa baik sebab sorang budak form 4 ternampak aku pastu die menjerit bagitau kat semua orang. Ajah sempat lepas masuk hostel tapi aku kena kepung ngan semua budak aspura. Depa buat muka gangster mengalahkan taiko. Mana tak bengang. Cerita tu tinggal 15 minit lagi nak habis. Kalau 'on' suis elektrik tu balik, cd driver tu takleh rewind or forward sebab button die rosak. So nak tak nak diorang kena start tengok dari mula balik. Segala maki hamun sumpah seranah keluar dari mulut diorang. Ada senior form 5 yang bawak kayu lagi, kononnya nak gertak aku supaya takut. Aku tak nampak hape dah time tu, aku terbayang roti kismis kat bilik aku je sebab perut aku lapa gile seh. Dengan muka cute aku cakap kat diorang aku tak tau ape pun, kononnya aku baru je lalu kat situ. Haram jadah sape nak percaya statement genius aku. Dah terang-terang takde orang lain yang lalu kat kabel tu. Haha.
Suasana makin tegang bile sorang senior form 4 ni nak tampar aku tapi budak laki kelas aku sempat halang. Nasib baik abg Fazna dan abg Shahiru datang menteteramkan keadaan. Pastu diorang yang lepaskan aku pegi. Sampai kat hostel semua kawan pompuan aku dok tunggu dalam bilik. Ni mesti keje si Ajah bagitau kat diorang. Muka diorang 99x lagi cuak daripada aku. Walaweh. Aku slumber je masuk bilik minum Milo makan roti dan tido dengan tenang. Haha. Haha lagi -_-
Keesokannya aku kena panggil ke bilik Pengetua sebab hal semalam. Cikgu Juka pun ada sama dok tunggu dalam bilik Pengetua. Warden aku yang sorang ni memang dah lama suspek aku dalam kes naik aspura (
klik utk rujuk entry naik aspura) tapi aku tak dapat dikenakan tindakan pape sebab takde bukti. Bila naik kes ni, dia la orang first pegi report kat Pengetua. Diorang contact parents aku suruh datang sekolah. Actually dah banyak kali Pengetua (kitorang panggil dia Abuya) kol parents aku sebab aku memang agak nakal kat sekolah. Kali ni ayah aku nekad nak datang dan tukarkan aku ke sekolah lain. Abuya tak kasi sebab Abuya memang baik ngan aku. Abuya cakap selagi aku tak lepas PMR, dia takkan bagi aku pindah sekolah, lagi satu dia cakap dia yakin aku akan score dlm PMR. Then dia bagitau kat semua kalau result PMR aku cemerlang dia akan buat jamuan besar-besaran untuk semua cikgu. Macam bernazar pulak. Wuhuu~
Dekat nak exam PMR tu aku kurangkan kenakalan aku dan struggle gile babem sebab aku dah janji ngan Abuya nak buktikan aku boleh. Nasib aku baik sebab aku dapat straight A kecuali subjek Bahasa Arab sebab ustazah tu garang. Haha memandai je. Ayah aku orang paling happy kot time tu. Mane tak nye. 3 tahun aku kat asrama, aku tak taw la berapa juta kali cikgu-cikgu kol mengadu pasal aku. Lepas tu ayah aku isi borang pertukaran aku ke sekolah lain. Abuya tak nak lepas aku, berulang kali dia pujuk ayah aku tak nak kasi aku pegi sekolah lain. Tapi ayah aku nekad, dia tak kasi dah aku stay jauh2. Dia nak aku sekolah kat area Kota Bharu, dekat sket dengan rumah aku.
Aku ingat aku dah free sebab lepas keluar dari penjara tu tapi rupa-rupanya hujan di tengah jalan. Mati-mati aku ingat ayah aku tukarkan aku ke sekolah harian biasa, so dah takde subjek B. Arab dah pasni. Rupanya aku kena masuk SMKA jugak, tapi girl school. No no boys anymore. Nak tak nak dengan berat hati aku pegi la jugak sekolah tu. Dah la kena dok hostel jugak. Alahai..
Lepas keluar sekolah lama seriously aku rindu gile sekolah tu. Dulu masa kat sana memberontak macam harem, bila dah keluar baru taw betapa bestnye kat situ. Sekolah baru best jugak, tapi tak sebest sekolah lama sebab takde aspura nak kena panjat. Haha. Yang paling takleh blah dulu aku rasa semua budak lelaki sekolah lama aku tak suka aku. Hari-hari kot dok kutuk aku. Tapi masa aku ngan Ajah nak pindah sekolah banyak la pulak dapat surat request nak jadi abg angkat kitorang. Perghhh perghhhh pergghhhh.
|
ni rakan-rakan sekolah baru |
|
Siapa berjaya teka mane satu aku, dia bijak macam Farady. Eheh ;-)
clue : yang paling sopan. awwww |
Sekian sahaja. Aku rasa penulisan entry kali ni agak skema, macam bukan aku. Mungkin kerana hormon untuk menjadi seorang guru semakin bertambah. Atau mungkin aku terkena sumpahan cikgu aku dulu supaya menjadi seorang skema. Wahaa~ Lantak pi la.
p/s: Zaman remaja adalah zaman paling memberontak dan paling banyak buat silap. That's normal. Tak semestinya remaja yang dulunya teruk akan selamanya menjadi teruk. People changed. Mungkin dulu kau yang paling nakal, paling dibenci tapi mungkin in future kau yang paling dihormati dan disayangi. Satu masa nanti kau akan tergelak sendiri bila teringat kisah silam kau. At least you have those memories which others don't have, as it's also means that you are the lucky one. Just be who you are =)
Hoyeah, hidup mesti skema bhai! ( tak pasal2 ) -_-