Thursday, September 12, 2013

Malam Puisi Riong, Malam Penuh Makna



Beberapa hari lepas aku dapat sms dari Pak Sani yang mengatakan dia dan kawan-kawan akan turun ke UMS untuk malam puisi anjuran berita harian. Bila dapat tahu je tentang event tu, terus aku semangat nak pergi. Sebenarnya aku memang minat pun puisi-puisi serta dunia seni ni walaupun hakikatnya luaran nampak macam rock ganas semacam. Tapi jiwa legend beb. Haha. Kena pulak Pak Sani bagitau nanti dia datang dengan AGI dan Wak (Khalid Salleh). Terus aku cakap kuat2 nak ikuttt jugakkkkk!! Hahaha. Semangat kemain!

Pak Sani (kopratasa)
AGI
Khalid Salleh (Wak)

Mula-mula plan ajak roomate dan kawan-kawan yang terdekat join sekali. Tup tup last minit diorang tak dapat join sebab kena jaga exam UPSR sampai petang. Malam Puisi punya event tu akan diadakan start kol 8 malam. Jadi kawan-kawan pun penat, esoknya kena jaga exam balik. Takut balik lambat nanti tak terjaga pulak. Last2 aku nekad buat keputusan nak drive sorang2. Bukan selalu ada event macam ni, lagipun dah janji dengan Pak Sani nak jumpa dia nanti. Dah la aku siap request lagi ngan Pak Sani mintak dia nyanyi lagu 'Ke Pintu Kasihmu' sebab aku minat gile lagu tu dan he's the original composer of that song. Lagu tu pernah didendangkan oleh arwah Shamrin kumpulan Fotograf dulu. Huhu. Dah bertahun kot kami tak jumpa, dan aku pun dah lama tak ikut mana-mana program macam ni. Bukan dekat wooo dari Kota Belud ke UMS, Kota kinabalu tu. Mau dekat 2 jam jugak drive. Aku gagahkan diri drive semata-mata tak nak miss the moment. Memang berani mati ambil risiko sebab habis event tengah malam, drive balik sensorang lagi. Aku memang tawakkal habis ah.

Sekali on the way nak ke sana, hujan lebat pulak. Nasiblah tengahari lagi aku dah gerak, so takde runsing sangat nak drive kan. Elok-elok je sampai sana Pak Sani kol bagitau yang diorang ada minum2 di restoran berdekatan selepas selesai practice kat dewan. Teruja gile sebab dapat jumpa Pak Sani (Kopratasa), Fuad dan Wak (Khalid Salleh), penulis buku Melayu Hilang Di Dunia. Fyi, Khalid Salleh ni adalah Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-43 melalui filem Jogho. Fuu hebat betul kan. Anugerah itu sebelum ni pernah dirangkul oleh Seniman P. Ramlee. Setelah sekian lama, Wak berjaya merangkul balik anugerah tu untuk negara. Pak Fuad pulak sangat pensyarah UMS dalam fakulti seni, sangat expert Bahasa Arab tu. Boleh translate on the spot plus berbakat dalam bidang puisi jugak. Rasa excited lagi bila bersama mereka ni sebab kebolehan mereka yang serba boleh sebagai pelakon, penerbit, pelukis, penulis puisi, pencipta lagu dan lain-lain. Memang purely orang seni. Jiwa seni. Semua berkaitan seni. *tepuk tangan*

dari kiri, Wak, Evagurl, Pak Sani, Pak Fuad

Lepas tu semua nak balik rehat kat hotel dan get ready untuk persembahan malam nanti. Nasib la hotel diorang sebelah 1 Borneo Mall tu je, lepas hantar Pak Sani aku sempat jalan-jalan kat dalam mall sambil tunggu diorang siap-siap. Lepas tu Pak Sani kol bagitau yang dia dah siap. Terus keluar gerak pegi UMS. Wak ngan Pak Fuad follow next trip. Sampai kat UMS, urusetia sambut kami dan bawa masuk ke tempat makan vip. Mula2 aku tak mo ikut, aku bagitau Pak Sani aku tunggu kat tempat audience dalam dewan sebab segan aih.. Semua seniman dan vip yang berkumpul kat dining room tu. Tapi Pak Sani dan Wak berkeras nak bawa aku makan dengan diorang sekali. So aku pun ikut je la sambil tutup muka. Kehkehkeh. Mana tak segan ouh. Dah ada press media lg kat situ dok klikk klikk amik gambar. Nak makan pun habis control aku ni. Kang ada masuk gambar yang mulut tengah ternganga melahap takde yang nak buat menantu nanti. Hukhukhuk. Untung nasib badan dapat makan semeja dengan penyair2 terkemuka, AGI, Awang Karim Kadir, Ampuan Awang dan Datu Ruslan Sulai. Semua sporting habis. Walaupun aku ni kira orang biasa je, tapi diorang layan macam dah kenal berkurun lama. Huu terharu saya..Sobss sobsss Srotttttt (lap hingus)

mereka yang happening

AGI paling lawak sebab dia asyik panggil aku 'beautiful' je walhal dah bagitau nama aku. Haha. Kejap kejap beautiful. Perasan la kejap walaupun takde la nak beautiful sangat. Wakaka. Bila request nak amik gambar pun dia siap cakap, "Are you sure nak ambil gambar with me? Because you are so beautiful, nak banding dengan I." Ades. Bleh plak cakap camtu. Hahaha. Dahla masa nak balik tu dia lambai sambil cakap "Babai beautiful". Mau nak pengsan tergolek kat situ. Hihi. Fyi, nampak je AGI versatile macam orang muda kan. Ce teka bape umo die? Hehe. Dia lahir taun 1940-an, sblm merdeka lagi. Semua menteri kita, start dari Tunku Abdul Rahman sampai Najib dia dah ada pengalaman di bawah pemerintahan mereka. Sejarah semua dia tau. Dari zaman penjajah sampai sekarang  dia dah rasa. Hebat kan.

with AGI ^_^

Event Malam Puisi ni memang best ah. Bila seniman2 ni mendeklamasikan puisi masing-masing, penuh syahdu dan penghayatan. Sampai naik bulu roma mendengarnya. Huhu. Semua ada kelebihan dan bakat masing-masing. Suara depa mantap woo. Memang vokal power, susah ko nak jumpa kat luar. Sangat unik. Mula-mula aku duduk sekali dengan performers, then aku move pergi duduk depan dengan audience sebab tak nampak performance diorang secara dekat nanti. Paling sentap bila Pak Sani naik stage kemudian nyanyi lagu yang aku request. Okeh terharu buat kali kedua. (T.T)  Sempat jugak aku record walaupun orang kat belakang bising btul dok bercakap. Dapat record melalui screen je sebab nak record live dari stage kualiti hp tak ok dan cahaya lampu mengganggu video. Huhu.



Di hujung majlis, Pak Sani dan Wak kol suruh keluar. Ingatkan kenapa. Rupanya diorang tak bagi aku gerak balik rumah terus sebab hujan lebat dan dah lewat malam. Dah kol 11 lebih masa tu. Aku cakap la aku singgah tido umah kawan kat Tuaran (dalam 20 min perjalanan), nanti pagi esok aku pergi sekolah terus. Sekali Pak Sani dan Wak tak bagi jugak sebab bahaya katanya, kami tak izinkan. Pak Sani suruh aku tido kat hotel diorang. Bilik diorang ni asing-asing semua. Jadi Pak Sani ambil semua barang dia dan tidur dengan Wak, nanti aku yang guna bilik Pak Sani. Rehat kat sana. Last2 aku pun setuju memikirkan risiko tinggi keselamatan kalau aku rush balik jugak. Huhu. Selepas majlis kami pergi makan kejap. Masa dok lepak makan tu aku tanya Pak Sani, lagu Ke Pintu Kasihmu tu lagu berunsur ketuhanan ke? Dia tanya balik, 'Kamu rasa?" Aku jawab; "Saya ingat tu macam lebih kepada ketuhanan tapi bila saya tengok video klip fotograf tu macam pasal cinta kat perempuan je." Terus Pak Sani gelak. Dia cakap memang lah, tu kan video klip, mengaburi kamu. Hanya pencipta lagu je yang tahu. Betullah tu apa yang kamu cakap. Kita ni, setiap apa yang kita buat, apa yang kita ilham, takkan terputus hubungan dengan Allah. Samalah dengan seni. Sebab tu wujudnya penghayatan tu." Cehss. Tak sangka betul aku teka. Dah boleh jadi seniman jugak aku lepas ni. Wahaa~

Lepas tu, masing-masing bergerak balik hotel. Ingatkan bilik hotel biasa je diorang ni ditaja, rupanya high class punya bilik. Makk aihh mula2 masuk bilik tu terkejut beruk aku. Bapak ah besar. Toilet siap ada dua. 2 biji tv. Punyalah besar bilik macam apartment. Lengkap semua. Agaknya semalaman rent tu harga dia lebih rm400. Padahal duduk sorang je. Memang vip habis ah aku malam ni. Haha. Tido mati tak sedar ape sampai ke pagi. 

Dalam kol 5 aku bangun dan bersiap nak direct pergi sekolah. Lepas inform diorang, terus aku gerak balik. What a nice memory that I have. Walaupun penat sket tapi rasa enjoy sebab ada moment yang sangat priceless. Kenangan seumur hidup. Dan kenangan nyata yang aku dapat adalah yang ini:

cenderahati Malam Puisi Anjuran Berita Harian

Kenapa paling bermakna? Sebab hanya seniman yang dapat cenderahati ni tapi kawan-kawan seniman yang baik hati ni kasi untuk aku satu, sebagai kenangan paling berharga untuk kamu, katanya. Terbang kejap bila dapat ni. Wuuuuu~ Paling takleh blah Pak Sani cakap nanti lepas ni bila ada lagi event camni dia nak suh aku pulak yang deklamasikan puisi kat depan. Biasa aku tau tulis je kan. Mau tersembur air aku minum. Tak pernah2 lagi aku deklamasikan puisi in front of audience sebelum ni. Kang ada yang pengsan mabuk keracunan nanti. Haha. Dahla suara macam katak. Hancus nanti. Ekekeke.

Thank you Allah, untuk segala anugerah Mu yang tak terhingga, dan untuk persahabatan yang dibina ini.

Moga mereka semua sentiasa dilindungi-Nya dalam meneruskan seni tanah air kita.

Ameennnnnnn...












Like tanda Sayang

6 comments:

  1. wow...seronoknya..saya pun minat jgk puisi dan suka lagu kopratasa..awak sangat2 bertuah, dear.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. Awak pn minat jgk? Nanti bleh la join sekali next time. Alhamdulillah :)

      Delete
    2. Oh.. Awak pn minat jgk? Nanti bleh la join sekali next time. Alhamdulillah :)

      Delete
  2. saya pon ad ikot jgk event tu!!!
    1 of the students ums y pkai bju korporat itam putih..
    kite bukn org seni jd x tahu nk hrgai sgt puisi2 ni..
    tp agak dissapointed and malu sbb ad audience dr kalangan wrga ums y bising n x hormat majlis..
    n way event tu still hebat.dlu x knal ahli2 seni slaen penyanyi moden tp skang dh kenal =)

    ReplyDelete