Sebenarnya dah lama aku nak tegur pasal benda ni. Tapi tak kesampaian sebab kekangan masa. Dalam kesibukan tu pun aku sempat la juga memerhatikan apa yang aku 'wondering' dekat facebook, blog dan sebagainya.
Sekarang aku tengok adik-adik ni terutama yang masih belajar di kolej / universiti ni agak mewah dari segi kewangan dan berbelanja. Kalau memang yang sedia ada berasal dari keluarga yang kaya raya tu lain cerita. Tapi yang biasa aku jumpa atau tengok, hanya dari golongan sederhana dan yang berpendapatan rendah. In other words, 'middle class people and lower class people'. Jadi aku rasa agak pelik dengan situasi sekeliling yang dah lama aku perhatikan tu. Adik-adik ni kebanyakannya masih mengharap duit belanja daripada ibu-bapa ataupun duit biasiswa atau PTPTN. Lagaknya bila berbelanja mengalahkan orang yang dah bekerja lama. Dari segi luaran dah boleh nampak. Ko pegi mana-mana je, ko akan nampak mereka ni bergaya sakan dari atas sampai bawah. Gadget termasuk handphone + tab yang mahal-mahal. Pakaian pun kena yang branded. Itu belum tengok lagi closet yang sedia ada kat bilik. Satu rumah pun dah tak muat gamaknya.
sekadar hiasan |
Tak salah pun kalau nak bergaya. Lagipun naluri kita sebagai manusia memang sukakan kecantikan. Cuma yang tak kenanya bila kita membazir dan menggunakan wang untuk benda yang tak berfaedah pun. Buat apa nak shopping baju mahal2 kalau setakat duit peruntukan untuk ko sebulan hanya rm300 je? Sanggup makan maggi hari-hari semata-mata nak beli handbag atau dress yang stylo. Tak cerdik langsung.
Aku pun pernah belajar kat universiti jugak. Aku tau macam mana transformation yang biasanya girls akan alami. Dulu aku pun suka ikut kawan-kawan, keluar, window shopping, tapi seingat aku, aku memang takkan beli barang yang harga di luar kemampuan aku. Waktu tu, kalau nak cari baju pun aku biasa cari kat Time Square or Sungei Wang je sebab kat situ murah. Ko bawa rm 50 pun ko dah dapat 3 helai baju / dress. Itupun kemain menghitung duit scholarship sebab aku support adik aku belajar kat uitm. Jadi setiap kali masuk duit biasiswa, aku akan bahagi separuh duit aku untuk adik aku bayar sewa rumah serta duit makan. Yang pastinya aku tak sayang duit untuk makan. Kehkehkeh. Syukur didikan parents yang membuatkan aku lebih berdikari. Setiap hari bila nampak penat lelah ayah pulang dari kerja semata-mata untuk kesenangan kami membuatkan aku nekad untuk cari duit sendiri. Terus terang lepas SPM memang aku dah malu nak mintak duit dengan parents sampai sekarang. Masa lapang aku lebih banyak cari part time job macam jaga booth kat uni, ikut fashion show, jd model tudung dan sebagainya. Dengan income lebih tu la aku boleh beli barang-barang yang aku idamkan. Memang betul-betul budgeting ah.
kak Zie, owner Pusat Terapi yang bagi peluang utk aku jaga booth kat uia dulu. Skrg kami dh jd makin rapat ^^ |
Yang aku sedih generasi sekarang susah betul mahu jumpa yang ada inisiatif mencari income lebih. Sebaliknya lebih ramai yang tahu menghabiskan duit daripada menyimpan duit. Boleh nampak fenomena yang melanda, dari 'model wannabe' ke 'stylista perasan' atau 'ko-rasa-ko-stylo-' punya geng berleluasa dekat mana-mana pusat pengajian. Di luar pun ramai je manusia yang macam ni. Kalau ko tu memang anak raja, dah memang taraf ko la nak beli yang mahal sebab ko ada duit. Tapi kalau dah asal pun dari kampung, makan pun ala kadar je, tak payah nak susahkan parents ko mintak duit bulan2 hanya untuk kepuasan sendiri. Tak kesian ke? Lepas tu sibuk dok upload gambar sana sini konon nak tunjuk dressing dia yang lawa, stylista la sangat padahal pointer cukup-cukup makan je. Itu pun tak taulah lepas ke tak untuk dapatkan kerja yang stabil nanti. Masa ni ko tak rasa la, nanti bila ko dah masuk fasa bekerja baru ko rasa betapa ruginya segala pembaziran yang ko buat pada masa silam.
Kalau nak cakap aku buzy body pun, lantak ko lah. Tapi sebagai seorang kakak aku rasa aku perlu tegur hal ni. Sebelum ko tersasar lebih jauh lagi. Bila dah biasa dengan kemewahan dunia ni memang mudah lupa diri nanti. Bila dah lupa diri mampuih la tegur ape pun ko takkan dengar dah. Hanyut dalam arus dunia. Lagi satu, ingat, PTPTN tu hutang, bukan free. HUTANG. Sek sok nak bayar nanti naya la ko kalau tak guna dengan sebaiknya. Kan lebih afdal kalau bersederhana dari setiap sudut. Kita pun tak susah, mak bapak pun tak susah. Tak payah nak serabut-serabut. Barang banyak-banyak pun nanti ko tak terpakai jugak. Membazir pulak jadinya. Bukan boleh bawa masuk kubur pun. Gunakan wang dan pendapatan yang ko ada dengan sebaiknya, nescaya ko akan dapat pulangan yang setimpal. Insha Allah.
Barakallahu fikum. Fiii amanillah...
budak skrg manja2 skit
ReplyDeletesebenarnya sikap jimat cermat ni kena tanamkan sedari kecil, walaupun hidup senang dan mewah, kena jugak belajar menguruskan kewangan
ReplyDeletesetuju sangat ngan kak izma..!!
ReplyDeletesegan sangat nk mntx duit kat makabah even belanja benda penting.. carik kije mcm2 sebab nk beli keinginan diri sendiri..
budak2 zaman skng ni diorang punye mindset bergaya biar sakan smpai duit nk mkn minum pnjm ngan kwn2..anak org kaya xpala..kite dulu yg dpt biasiswa pun nk boros pk juta2 kali..
ReplyDelete