Sunday, March 31, 2013

Tak payah baca pun tak apa


Esok balik Sabah. Hari ni stay kat KL dan selesaikan segala hal yang perlu diselesaikan.
Nasib baik sahabat kesayangan, Mira sudi teman ke hulu ke hilir untuk settlekan semuanya.
Thank you so much! Syg mira~

Oh ya dekat PWTC sekarang ada pameran pengantin. 
Baju dan pelamin kat sana lawa-lawa.
Harga pun quite okay, tapi berbaloi untuk yang nak kawen area kl je la.
Kalau kat Kelantan macam kami ni mak aih cost transport tu dah beriban.
Huhu. Tapi seriously baju2 yang diorang show sangat lawa seh!
Kemain lagi excited kami survey satu-satu.
Kahwinnye tak tau bila lagi. Heh.


pelamin yang simple tapi cun. like like like

terjumpa blogger Yuyu. Comel!

spotted what's the similarity between us? :P



Tu je nak bebel malam ni.
Hee..


Sedih sebab cuti sekejap je. Tak sampai hati nak tinggal family lagi..
Jumpa kawan hilang sedih sekejap.
Tapi kejap je la.
Sobss...

*sambung nanges*

Like tanda Sayang

Tuesday, March 26, 2013

Berita

... yang tidak menggembirakan.


Semoga hati masih mampu bertabah.





Like tanda Sayang

Saturday, March 16, 2013

Nafas


yang baru..

Sedikit kerdil dari segi saiz
walau agak susah buat pertama kali
kerana tune yg asyik lari
tapi aku suka
dan mula jatuh cinta.

Terima kasih temani aku setiap masa.




Like tanda Sayang

Thursday, March 14, 2013

Simpulan Ikatan


Dulu ayah aku first posting dekat Sarawak, bahagian pedalaman. Pedalaman dulu bukan macam sekarang. Kalau nak kira yang sekarang punya dah upgrade sikit dari zaman 70-80 an. Masa tu jalan tar pun belum ada lagi. Ayah aku dan 3 orang guru dari semenanjung di tempatkan di kawasan yang sama tapi berlainan sekolah. Tiada kenderaan mahupun motosikal honda kepala bulat.

Suatu hari ayah aku jatuh sakit, demam, muntah-muntah yang teruk sampaikan berhari-hari. Tak larat bangun dan ke sekolah. Hospital jauh di pekan. Sampai suatu masa kawan serumah dia tak sanggup tengok keadaan dia yang sangat menyentuh hati, kawan itu, Ahmad (bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk dukung ayah aku ke hospital (dengan berjalan kaki yang jauhnya berbatu-batu). Hospital itu memang sangat jauh, kalau kau naik kereta pun mahu dalam setengah jam atau lebih.

contoh dukung yang dimaksudkan aku

Just imagine dia dukung ayah aku dari rumah sampai ke hospital dalam keadaan serba kekurangan dan hari pun dah malam, jalan yang berdebu (tanah merah) serta agak teruk. Tapi demi sayang kepada seorang sahabat dia sanggup pertaruhkan nyawa untuk selamatkan satu lagi nyawa.

*****

4 tahun lepas. Pukul 5 pagi kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari isteri si Ahmad yang menangis-nangis menyatakan Ahmad kena serangan jantung secara tiba-tiba, masih tak sedarkan diri. Belum sempat kami sampai sana dia telah kembali kepada-Nya.. Masih muda lagi, sama baya dengan ayah. Tapi ajalnya datang menjemput awal.

Buat kali pertama setelah 20 aku hidup, aku melihat ayah aku menitiskan air mata dan menangis hiba kerana kehilangan sahabat yang telah menjadi separuh dari dirinya. Betapa hancur luluh hati dia kerana perginya sahabat yang susah senang bersama bertahun-tahun tanpa mengeluh sedikit pun. Dia adalah salah seorang yang tidak akan ayah aku lupa sampai penghujung nafas. 

*****

Aku membesar dengan pelbagai kisah yang diceritakan kedua ibubapa aku, kerana terlalu banyak pengalaman yang mereka mahu kongsi sekaligus mengajar aku banyak erti tentang kehidupan. Segala kenangan yang menjadi perkongsian hidup ayah dan emak aku termasuk kesusahan dan derita yang dialami oleh mereka di tempat orang, mengajar aku untuk menghargai betapa pentingnya nilai persahabatan itu.

Mungkin kau tidak merasa betapa indahnya sesuatu persahabatan kerana kau berada dalam kelompok yang mentalitinya sudah bertukar menjadi materialistik dan selfish semata-mata. Tapi kalau kau tercampak di suatu tempat di mana kau tiada sesiapa dan hanya kawan yang menjadi tempat kau bergantung, baru kau tahu betapa indahnya silaturrahim tentuan Tuhan.

Aku bersyukur kerana ditempatkan bersama beberapa orang semenanjung dan rakan seperjuangan lain yang setia bersama aku susah senang. Sanggup bersusah payah melakukan kerja bersama-sama walaupun masa kadang-kadang terlalu singkat dan mengatasi kudrat kami. Sanggup ke hulu ke hilir menemani aku menyelesaikan tugas tanpa merungut dan saling berkongsi suka duka. Terima kasih juga kerana membuatkan aku merasa aku tidak lagi keseorangan di sini.

Baru aku faham semua nasihat yang pernah ayah aku sampaikan sebelum ini. Indahnya ukhuwah, bila wujud keikhlasan dalam hati dan kasih sayang sesama muslim.

Bila aku ada anak suatu hari nanti, akan aku cerita satu persatu kisah aku supaya anak aku belajar dan tau apa erti kurniaan dan hikmah yang diberi oleh Allah. 



Sebelum itu, aku juga mahu kamu semua tahu, (termasuk silent readers, followers dan mereka yang setia mengunjungi blog ini), walaupun perkenalan kita hanya di alam maya dan dalam tempoh yang singkat, tapi aku sangat menghargai setiap detik untuk kita kerana setiap jejak yang ditinggalkan di sini memberi kesan yang besar dalam hidup aku. Ikhlas aku bicara. Terima kasih kerana menjadi pemberi semangat, pendengar setia dan pencerita yang membuat aku bernyawa. 

Terima kasih untuk segalanya. Aku sayang kamu semua.

:)




Like tanda Sayang

Monday, March 11, 2013

I Miss


my smile,
my laugh,




















and the old me..


:(

Like tanda Sayang

Sunday, March 10, 2013

Penghujung Dua Liku


Pernahkah kau rasa, bila sampai suatu masa, bila telah lama kau usaha, kau sedar yang semuanya seperti sia-sia? Dan kau mula mempersoalkan adakah kau bersama orang yang betul? Adakah kau sebenarnya yang salah bagi dia?

google owned.

Dengar aku cerita. Pada permulaan kau rasa ada sesuatu berdetik dalam hati, tiap waktu kau hanya tahu rindu. Itu saat kau sudah jatuh cinta. Tapi langkah itu masih jauh kerana hanya kau seorang yang mungkin merasa, kau tidak pasti bagaimana dia di sebelah sana. Kau sentiasa mengharap, perasaan kamu berdua sama. Bila sampai detik itu, kau terima balasan yang sentiasa kau mimpikan dan kau tahu tangan kau bukan bertepuk di angin lalu sahaja.

Setelah sekian lama, setelah bertahun sudah, ianya berubah menjadi seperti biasa. Kurang kegembiraan, kurang perhatian dan kurang segala panggilan serta sms yang kau terima. Kau juga menjadi semakin sibuk dengan kerja. Sama juga dengan dia. Hanya perkara penting sahaja yang akan kamu berdua bicara. Setakat hal remeh temeh lebih baik ditolak ke tepi kerana kau rasa itu tidak perlu untuk saling ketahu. Namun kau juga dapat merasa sedikit keretakan, bila masing-masing ada perangai sendiri. Ada perkara yang kurang toleransi, ada hati yang disakiti, ada perkara sembunyi yang tidak dapat diterima malah disukai. Seringkali terjadi perbalahan, pergaduhan, kadang-kadang mampu membuat kau mengalirkan air mata.

Di saat itu, kau mula tawar hati. Kau rasa dia bukan dia lagi. Dan kau pun bukan kau yang dulu lagi. Ada benteng kukuh sedang menghalangi. Masa itu timbullah persoalan yang telah berlegar untuk sekian lama, "Adakah aku bersama dengan yang betul? Atau adakah dia orang yang salah buat aku sebenarnya?"
Mulalah kau ingat segala perkara negatif dan pahit yang telah berlaku. Mulalah kau membandingkan segala hal yang tidak wajar dipertikaikan lagi.

Hakikatnya pada waktu itu mungkin hati kecil kau mahu berpaling kepada yang lain, yang kau tahu lebih baik dari yang sedia ada.


Cuma satu aku mahu kau ingat.

Tidak salah jika kau melangkah pergi, tapi ingat. Perkara yang sama mungkin akan berulang lagi suatu hari nanti dengan sesiapa sahaja yang kau terima selepas ini. Bukan aku mahu pertikaikan jodoh dan kuasa Tuhan, cuma aku harap kau akan buat keputusan terbaik dan tepat sebelum kau terlalu ikut kata hati. Jika kau masih ragu-ragu, sujudlah dan mohon pada Dia. Dia akan pimpin dan bawa kau kepada si dia yang telah tercatat namanya dalam buku kehidupan kau sebelum kau buka mata lagi.

Kenapa? Kenapa?

Kerana kadangkala sesuatu hubungan itu berjaya bukan hanya kerana kau berjaya jumpa orang yang betul,  tapi juga bergantung pada bagaimana kau menerima dia seadanya. Kau salahkan dia kerana kau tidak lagi rasa bahagia. Kau salahkan dia kerana kau tidak dapat terima. Kau salahkan dia kerana kamu berdua berbeza.

Tidak perlu berpura. Aku juga pernah alami yang sama. Hakikatnya sebelum ini aku mahukan seorang yang bukan sahaja tahu ilmu agama, tapi juga yang berjiwa seni. Yang tahu memetik alat muzik, agar bila aku berduka dia akan jadi penghibur hati. Yang tahu melukis, supaya apa yang dia rasa diabadikan di atas sekeping kertas untuk aku tatapi. Yang reti apa itu ungkapan jiwa melalui setiap gambar yang dipetik dari kamera.

Namun suatu masa aku buka mata, baru aku tahu apa itu cinta dan dicintai. Sekali aku pernah suka pada yang tidak sudi, memang peritnya separuh mati. Aku tutup pintu hati. Tapi aku buka kembali kerana kesakitan itu membuatkan aku tahu bagaimana rasa jika menyakiti orang lain yang cuba mencintai diri. Kenapa aku perlu tolak dia yang ikhlas mahu bina jambatan ke syurga dengan aku hanya kerana dia tidak memiliki sepenuhnya ciri-ciri dan kelebihan yang aku mahu? Walhal hakikatnya mungkin dia mampu membahagiakan aku lebih dari lelaki yang sering aku mimpi, kerana cinta dan kesabaran dia lebih dari sesiapa yang mengenali aku.

Walaupun dia tidak bisa menutur lirik setiap kali aku menangis, walaupun tiada irama yang mengiringi, tapi bahu yang ada untuk aku bersandar menitiskan air mata itu sudah cukup untuk aku. Walaupun kadang-kadang dia mungkin tidak memahami, tapi aku tahu dia sentiasa berada di sisi. Sejujurnya aku patut bersyukur kerana dia menerima diri aku yang sebenar, kasar dan tidak sopan walaupun jauh di sudut hati aku tahu dia juga mengimpikan gadis yang sebaliknya. Baru aku tahu kenapa kadang-kadang doa itu dimakbulkan dalam pelbagai cara. Allah tidak memakbulkan doa aku untuk memiliki lelaki yang aku idami, tapi Dia mengurniakan seorang yang akan memimpin aku untuk berjumpa dengan-Nya, kerana sayang Dia melebihi segala yang aku minta.

Tumblr_me5igpizdb1rb5w9bo1_500_large

Jadi pointnya di sini, berhenti mencari kesilapan dan apa yang tidak kena. Berhenti mahu mengubah dia kerana dia bukan seperti ''the one that I dream of". Belajar untuk menerima dan berubah bersama, kerana setiap mereka di dalam hidup kau telah ditakdirkan hadir bersama sebab yang hanya Allah ketahui. Berhenti pentingkan hanya perasaan dan kemahuan kau, belajar untuk mendengar dan memahami hati milik yang lain. Life is sharing. Not just hoping and complaining.

Aku pun tidak mahu ulas panjang sebab masjid itu masih belum terbina. Cuma dalam perancangan sahaja. Macam-macam boleh jadi sebelum ia betul-betul kukuh untuk dimasuki. Selagi itu aku tidak akan berhenti berdoa, sekiranya dia jodoh aku aku bersyukur sepenuh jiwa, tapi sekiranya Allah tentukan yang lain untuk mengimamkan solat aku, aku ambil segalanya (termasuk apa yang aku pernah tulis ini) sebagai iktibar dan pengajaran serta peringatan untuk hidup aku akan datang.

Just my point of view. Apa yang boleh diambil pengajaran, sila amalkan. Mana yang kau rasa tak patut tak payahlah ikut.




Allah determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let GO...









Like tanda Sayang

Friday, March 8, 2013

Bicara Tanpa Suara


Aturan langkah
sepi ditemani hembusan bayu
dingin, kaku
ilusi mimpi yang kian menghilang
meninggalkan lubuk hati dicemari
dilitupi titik hitam tanpa noktah

Andai
rimbunan pohon itu berbunga lagi
sang camar berterbangan di langit biru penyeri
bisakah kalimah itu diucap lagi
walau sekian lama kelu lidah
tanpa sebutir bicara
mampukah hati diubati
setelah hilangnya jati diri
yang lenyap separuh nyawa

Bisik pada bulan bintang
jangan kau tangisi lagi
setiap kesedihan yang kau saksi
setiap kepayahan yang kau kasihani
kerana bila sampai masanya nanti
aku akan bangun lagi
dan terus berdiri
walaupun peritnya sampai mati.



-evagurl-
9.02 p.m.
8/3/2013



p/s: Kalau ko peminat muzik 80/90-an, ko mesti tahu lagu di bawah ni. 
Favourite aku sepanjang zaman. Hayati lyric nya dan kau akan tahu kenapa aku suka :)






Like tanda Sayang

Sunday, March 3, 2013

Disconnected

Sabah Division



Hey..
Sorry I can't share anything here..
even in my facebook
due to the safety for all..

A lot of things have changed and happened here
More places had been conquered by them

:(

I can't tell anymore.
For any update, any info,
if u want to know our condition now,
you can pm me directly (to my fb account)
or sms or call me

If you don't have my fb
or my phone no
just email me:
fiona_girl88@yahoo.com
I'll try to reply from time to time
(if I go online)


That's all I can do.
I might go offline for few days.
The internet connection here is getting worst.


Lastly,
just want you to know,
I love you all.



#pray for Sabah..


Like tanda Sayang

Lost #3


Rasa tidak tenang yang teramat..

Berita daripada kawan-kawan sudah cukup utk merunsingkan aku
dan yang lain.

Perasaan mahu pulang ke semenanjung makin memuncak.


Allah, selamatkanlah kami..

#prayforsabah

Like tanda Sayang

Saturday, March 2, 2013

Reality


When it does happen in Sabah.

It's not about BN or PR.
It's about us - MALAYSIAN.
The whole Malaysia.


What's wrong with you guys??????




*sigh*





pray for us here, in Sabah.. :'(




Like tanda Sayang

Safe


Thanks for those who keep calling, texting me
and leaving comments/pm in my fb
asking how I am, is it ok and so on
don't worry, Alhamdulillah I'm still breathing
although I'm in Sabah
but Lahad Datu is a bit far from my place
around 5-6 hours
so far we're still under control here
except my friends who are posted in Lahad Datu
they told me that they moved to Tawau for instance
to hide and protect themselves
last night they inform me that they're saved now
Alhamdulillah Alhamdulillah

Pray for us
We (teachers) come here for jihad
to give the knowledge for hungry souls
and we know God will always be with us

:)



We miss home so much....


Like tanda Sayang