Pernahkah kau rasa, bila sampai suatu masa, bila telah lama kau usaha, kau sedar yang semuanya seperti sia-sia? Dan kau mula mempersoalkan adakah kau bersama orang yang betul? Adakah kau sebenarnya yang salah bagi dia?
google owned. |
Dengar aku cerita. Pada permulaan kau rasa ada sesuatu berdetik dalam hati, tiap waktu kau hanya tahu rindu. Itu saat kau sudah jatuh cinta. Tapi langkah itu masih jauh kerana hanya kau seorang yang mungkin merasa, kau tidak pasti bagaimana dia di sebelah sana. Kau sentiasa mengharap, perasaan kamu berdua sama. Bila sampai detik itu, kau terima balasan yang sentiasa kau mimpikan dan kau tahu tangan kau bukan bertepuk di angin lalu sahaja.
Setelah sekian lama, setelah bertahun sudah, ianya berubah menjadi seperti biasa. Kurang kegembiraan, kurang perhatian dan kurang segala panggilan serta sms yang kau terima. Kau juga menjadi semakin sibuk dengan kerja. Sama juga dengan dia. Hanya perkara penting sahaja yang akan kamu berdua bicara. Setakat hal remeh temeh lebih baik ditolak ke tepi kerana kau rasa itu tidak perlu untuk saling ketahu. Namun kau juga dapat merasa sedikit keretakan, bila masing-masing ada perangai sendiri. Ada perkara yang kurang toleransi, ada hati yang disakiti, ada perkara sembunyi yang tidak dapat diterima malah disukai. Seringkali terjadi perbalahan, pergaduhan, kadang-kadang mampu membuat kau mengalirkan air mata.
Di saat itu, kau mula tawar hati. Kau rasa dia bukan dia lagi. Dan kau pun bukan kau yang dulu lagi. Ada benteng kukuh sedang menghalangi. Masa itu timbullah persoalan yang telah berlegar untuk sekian lama, "Adakah aku bersama dengan yang betul? Atau adakah dia orang yang salah buat aku sebenarnya?"
Mulalah kau ingat segala perkara negatif dan pahit yang telah berlaku. Mulalah kau membandingkan segala hal yang tidak wajar dipertikaikan lagi.
Hakikatnya pada waktu itu mungkin hati kecil kau mahu berpaling kepada yang lain, yang kau tahu lebih baik dari yang sedia ada.
Tidak salah jika kau melangkah pergi, tapi ingat. Perkara yang sama mungkin akan berulang lagi suatu hari nanti dengan sesiapa sahaja yang kau terima selepas ini. Bukan aku mahu pertikaikan jodoh dan kuasa Tuhan, cuma aku harap kau akan buat keputusan terbaik dan tepat sebelum kau terlalu ikut kata hati. Jika kau masih ragu-ragu, sujudlah dan mohon pada Dia. Dia akan pimpin dan bawa kau kepada si dia yang telah tercatat namanya dalam buku kehidupan kau sebelum kau buka mata lagi.
Kenapa? Kenapa?
Kerana kadangkala sesuatu hubungan itu berjaya bukan hanya kerana kau berjaya jumpa orang yang betul, tapi juga bergantung pada bagaimana kau menerima dia seadanya. Kau salahkan dia kerana kau tidak lagi rasa bahagia. Kau salahkan dia kerana kau tidak dapat terima. Kau salahkan dia kerana kamu berdua berbeza.
Tidak perlu berpura. Aku juga pernah alami yang sama. Hakikatnya sebelum ini aku mahukan seorang yang bukan sahaja tahu ilmu agama, tapi juga yang berjiwa seni. Yang tahu memetik alat muzik, agar bila aku berduka dia akan jadi penghibur hati. Yang tahu melukis, supaya apa yang dia rasa diabadikan di atas sekeping kertas untuk aku tatapi. Yang reti apa itu ungkapan jiwa melalui setiap gambar yang dipetik dari kamera.
Namun suatu masa aku buka mata, baru aku tahu apa itu cinta dan dicintai. Sekali aku pernah suka pada yang tidak sudi, memang peritnya separuh mati. Aku tutup pintu hati. Tapi aku buka kembali kerana kesakitan itu membuatkan aku tahu bagaimana rasa jika menyakiti orang lain yang cuba mencintai diri. Kenapa aku perlu tolak dia yang ikhlas mahu bina jambatan ke syurga dengan aku hanya kerana dia tidak memiliki sepenuhnya ciri-ciri dan kelebihan yang aku mahu? Walhal hakikatnya mungkin dia mampu membahagiakan aku lebih dari lelaki yang sering aku mimpi, kerana cinta dan kesabaran dia lebih dari sesiapa yang mengenali aku.
Walaupun dia tidak bisa menutur lirik setiap kali aku menangis, walaupun tiada irama yang mengiringi, tapi bahu yang ada untuk aku bersandar menitiskan air mata itu sudah cukup untuk aku. Walaupun kadang-kadang dia mungkin tidak memahami, tapi aku tahu dia sentiasa berada di sisi. Sejujurnya aku patut bersyukur kerana dia menerima diri aku yang sebenar, kasar dan tidak sopan walaupun jauh di sudut hati aku tahu dia juga mengimpikan gadis yang sebaliknya. Baru aku tahu kenapa kadang-kadang doa itu dimakbulkan dalam pelbagai cara. Allah tidak memakbulkan doa aku untuk memiliki lelaki yang aku idami, tapi Dia mengurniakan seorang yang akan memimpin aku untuk berjumpa dengan-Nya, kerana sayang Dia melebihi segala yang aku minta.
Aku pun tidak mahu ulas panjang sebab masjid itu masih belum terbina. Cuma dalam perancangan sahaja. Macam-macam boleh jadi sebelum ia betul-betul kukuh untuk dimasuki. Selagi itu aku tidak akan berhenti berdoa, sekiranya dia jodoh aku aku bersyukur sepenuh jiwa, tapi sekiranya Allah tentukan yang lain untuk mengimamkan solat aku, aku ambil segalanya (termasuk apa yang aku pernah tulis ini) sebagai iktibar dan pengajaran serta peringatan untuk hidup aku akan datang.
Just my point of view. Apa yang boleh diambil pengajaran, sila amalkan. Mana yang kau rasa tak patut tak payahlah ikut.
Allah determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let GO...
saya sangat memahami entri ini. sebab saya pernah laluinya. hubungan lima tahun termasuk putus setahun, sgt mencabar dan mengharukan. tetapi, apabila Allah tempat kita mengadu, akan dihulurkan pertolongan yg terbaik. good luck untuk awak.
ReplyDeletesad to hear about your previous relationship :(
Deletelama tu 5 tahun.. tp i believe awk mesti sgt kuat dan tabah..
dan awak akan sentiasa ok, kan?
pray for the best, for both of us too :)
just the same as I was going through! love this~ thanx for sharing =)
ReplyDeletehi hi :)
Deleteu r welcome.. hopefully dpt membantu sedikit sebanyak :)
ambil contoh kedua orang tua. mereka bertahan suka duka sehingga berpuluh tahun. kadang2 aku pelik, anak2 muda kini baru bercinta 2,3 tahun dah boleh mengeluh, putus asa, hilang rasa. soalnya mudah, bersedia?
ReplyDeletebetul3.. klu dulu payah benor nk jumpa kes cerai berai ni.. ada pun sedikit je.. kira jrg la berlaku. skrg terlampau byk pulak. mcm susah nak jumpa pasangan yg betul2 bahagia kan.. haish dunia dunia..
Deletei'm touched..:|
ReplyDeleteentry ni sebenarnya buat aku rindu kat someone..hmmmm....
ReplyDelete