Dulu ayah aku first posting dekat Sarawak, bahagian pedalaman. Pedalaman dulu bukan macam sekarang. Kalau nak kira yang sekarang punya dah upgrade sikit dari zaman 70-80 an. Masa tu jalan tar pun belum ada lagi. Ayah aku dan 3 orang guru dari semenanjung di tempatkan di kawasan yang sama tapi berlainan sekolah. Tiada kenderaan mahupun motosikal honda kepala bulat.
Suatu hari ayah aku jatuh sakit, demam, muntah-muntah yang teruk sampaikan berhari-hari. Tak larat bangun dan ke sekolah. Hospital jauh di pekan. Sampai suatu masa kawan serumah dia tak sanggup tengok keadaan dia yang sangat menyentuh hati, kawan itu, Ahmad (bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk dukung ayah aku ke hospital (dengan berjalan kaki yang jauhnya berbatu-batu). Hospital itu memang sangat jauh, kalau kau naik kereta pun mahu dalam setengah jam atau lebih.
contoh dukung yang dimaksudkan aku |
Just imagine dia dukung ayah aku dari rumah sampai ke hospital dalam keadaan serba kekurangan dan hari pun dah malam, jalan yang berdebu (tanah merah) serta agak teruk. Tapi demi sayang kepada seorang sahabat dia sanggup pertaruhkan nyawa untuk selamatkan satu lagi nyawa.
*****
4 tahun lepas. Pukul 5 pagi kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari isteri si Ahmad yang menangis-nangis menyatakan Ahmad kena serangan jantung secara tiba-tiba, masih tak sedarkan diri. Belum sempat kami sampai sana dia telah kembali kepada-Nya.. Masih muda lagi, sama baya dengan ayah. Tapi ajalnya datang menjemput awal.
Buat kali pertama setelah 20 aku hidup, aku melihat ayah aku menitiskan air mata dan menangis hiba kerana kehilangan sahabat yang telah menjadi separuh dari dirinya. Betapa hancur luluh hati dia kerana perginya sahabat yang susah senang bersama bertahun-tahun tanpa mengeluh sedikit pun. Dia adalah salah seorang yang tidak akan ayah aku lupa sampai penghujung nafas.
*****
Aku membesar dengan pelbagai kisah yang diceritakan kedua ibubapa aku, kerana terlalu banyak pengalaman yang mereka mahu kongsi sekaligus mengajar aku banyak erti tentang kehidupan. Segala kenangan yang menjadi perkongsian hidup ayah dan emak aku termasuk kesusahan dan derita yang dialami oleh mereka di tempat orang, mengajar aku untuk menghargai betapa pentingnya nilai persahabatan itu.
Mungkin kau tidak merasa betapa indahnya sesuatu persahabatan kerana kau berada dalam kelompok yang mentalitinya sudah bertukar menjadi materialistik dan selfish semata-mata. Tapi kalau kau tercampak di suatu tempat di mana kau tiada sesiapa dan hanya kawan yang menjadi tempat kau bergantung, baru kau tahu betapa indahnya silaturrahim tentuan Tuhan.
Aku bersyukur kerana ditempatkan bersama beberapa orang semenanjung dan rakan seperjuangan lain yang setia bersama aku susah senang. Sanggup bersusah payah melakukan kerja bersama-sama walaupun masa kadang-kadang terlalu singkat dan mengatasi kudrat kami. Sanggup ke hulu ke hilir menemani aku menyelesaikan tugas tanpa merungut dan saling berkongsi suka duka. Terima kasih juga kerana membuatkan aku merasa aku tidak lagi keseorangan di sini.
Baru aku faham semua nasihat yang pernah ayah aku sampaikan sebelum ini. Indahnya ukhuwah, bila wujud keikhlasan dalam hati dan kasih sayang sesama muslim.
Bila aku ada anak suatu hari nanti, akan aku cerita satu persatu kisah aku supaya anak aku belajar dan tau apa erti kurniaan dan hikmah yang diberi oleh Allah.
Sebelum itu, aku juga mahu kamu semua tahu, (termasuk silent readers, followers dan mereka yang setia mengunjungi blog ini), walaupun perkenalan kita hanya di alam maya dan dalam tempoh yang singkat, tapi aku sangat menghargai setiap detik untuk kita kerana setiap jejak yang ditinggalkan di sini memberi kesan yang besar dalam hidup aku. Ikhlas aku bicara. Terima kasih kerana menjadi pemberi semangat, pendengar setia dan pencerita yang membuat aku bernyawa.
Terima kasih untuk segalanya. Aku sayang kamu semua.
:)
touching plak bila baca citer ni...apa2 pn salam perkenalan...
ReplyDeletesalam perkenalan :)
Deletenowadays, true friend are hard to find.
ReplyDeletebut if we have one, they are like germs amongst sand.
agreed! once you found, never let them go :)
Delete:)
ReplyDelete