Monday, February 25, 2013

Lost #2


Bangun pagi hari ni, kepala aku berdenyut yang teramat. Baru bersiap nak pergi sekolah tapi pandangan rasa kabur, mau pitam pun ada. At last aku wat decision untuk terus ke klinik dan tidak ke sekolah.

Bila jumpa doktor, soklan pertama yang dia tanya biasalah, sakit apa. Then doc cakap, demam aku ni disebabkan antibodi aku melawan segala kuman dan virus yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi tak berapa kuat. Lagi satu dia cakap demam lagi teruk bila emosi tak stabil. Then dia cakap dia akn kasi ubat untuk memulihkan kesihatan aku balik. He asked:

" Selain dari itu, ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu kamu? Kamu ini macam putus semangat sudah. Seperti murung, macam tidak okay. Tambah pula dengan sakit kamu. Kalau kamu tak okay apa yang kamu akan buat untuk jadi okay balik?"

"Bila saya tak ok, satu cara untuk jadi ok.. ummm.. I have to talk. I have to communicate with others. Saya tak boleh diam. Saya perlu bersosial. Kalau tak saya jadi makin tak ok. Tu ja cara untuk saya rasa makin bersemangat dan bertenaga. Biarlah percakapan atau perbualan itu nonsense, tiada apa yang penting pun but as long as there's communication I'll feel better."

"Jadi cuba kamu berhubung sama kawan kamu, sama rakan sekerja kamu. So kamu akan rasa pulih dan selesa."


Aku tak menjawab. Payah sebenarnya, sebab dia tidak berada dalam situasi aku. Kalau diikutkan tiap hari aku berhubung dengan kawan-kawan, tapi hanya melalui facebook. Fb itu aku menaip, bukan bercakap. Tidak sama. Walaupun aku on9 24 jam dan kawan-kawan saling tegur menegur tapi aku tetap rasa sunyi. Sebab aku tidak bersuara walaupun sedikit. Balik kerja, hanya terperap dalam bilik di depan laptop setiap masa. Semua kami seisi rumah macam tu. Tiada komunikasi face to face. Yang ada berteraskan teknologi semata-mata. Haihh...

taken from Google
Mungkin ni salah satu sebab wujudnya blog aku. Sebagai tempat aku mengadu dan meluahkan segala yang terbuku di hati walaupun dengan hanya menaip dan bukan berkata-kata.

Thanks jugak kepada teman-teman blogger yang sentiasa memberi respond pada aku di setiap entry walaupun kadang-kadang entry aku mengarut je entah pape. At least you make me feel that I'm still alive. Tiap kali orang komen kat blog rasa macam eh hidup lagi aku ni rupanya.

Thank you so much. At least I know I'm not alone..






and don't leave me alone... 





Like tanda Sayang

7 comments:

  1. saya kat sini pun sorang2 jugak.
    sewa rumah sorang2..
    maklom la perantau.
    mjr ade blog.
    p jenjalan la kalo boring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosan kan hidup sensorang ni. sunyi. huhu

      Delete
  2. hmmm..aku pun sama..feel untuk bercakap tu akan buat aku lebih puas hati, instead of typing..dan aku rasa situasi aku pun x jauh lari drpd kau..sebab kat Kuantan ni aku bukannya ada kawan sgt..sorang2 jer kat rumah..:)

    ReplyDelete