Wednesday, August 29, 2012

Sehiris Peria Secawan Madu


Pagi ini rasa tak berapa sihat. Jadi aku hanya rest kat rumah dan tengok tv. Seperti biasa tiada cerita menarik  tapi tergerak hati aku untuk tengok satu rancangan kat channel Astro Oasis iaitu "Sehiris Peria Secawan Madu". Isu yang dibincangkan menarik perhatian kerana ianya berkisarkan tentang perempuan dan remaja-remaja yang berada di KEWAJA. KEWAJA adalah pusat @ kem modal insan di mana pusat ini membantu, menyelamat, melindungi, membimbing dan memulihkan gadis dan wanita yang bermasalah terutama mereka yang terlibat/terjebak dalam aktiviti tidak bermoral atau pergaulan yang terlampau seperti terlanjur dalam perhubungan dan sebagainya.

Hampir aku menitis air mata apabila mendengar kisah seorang gadis, Siti (bukan nama sebenar) yang agak tragis. Berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki. Disebabkan teman-teman si lelaki berdendam dengan si lelaki tersebut atas sebab tertentu, Siti dan boyfriendnya dikurung di sebuah loji selama seminggu. Paling malang apabila Siti dirogol oleh 7 orang lelaki secara bergilir-gilir sepanjang tempoh dia dikurung di situ. Apabila Siti berjaya keluar dari tempat itu, dia membuat laporan polis dan semua tertangkap. Tak serik dengan hukuman yang dikenakan, selepas dibebaskan mereka kembali menculik Siti dan seorang rakannya. Perkara yang sama berulang. Siti dan rakannya dirogol. Kemudian mereka berjaya keluar dari tempat itu tetapi hanya Siti seorang yang berjaya larikan diri. Rakannya meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke KL.

pic credit to Google
Betapa besarnya dugaan yang menimpa Siti. Nauzubillah min zalik. Mintak dijauhkan. Selain Siti ada ramai lagi gadis dan wanita yang mengalami masalah peribadi di kem tersebut. Kebanyakan mereka tertipu dengan janji lelaki dan sudah terlanjur sehingga membawa benih dalam diri. Semasa bercinta semuanya sempurna. Tidak disedari yang si lelaki hanya pandai bermain kata sehingga maruah sendiri tergadai. Hilang maruah, hilang keluarga, hilang segalanya.

Mendengar dan melihat pelbagai kisah yang berlaku di sekeliling aku membuatkan aku rasa tidak selamat di tempat dan negara sendiri. Lagi-lagi bila aku terbaca entry teman blogger, (lelaki semalam) yang ini, aku rasa sudah tiada pembelaan dan perlindungan lagi buat kanak-kanak, kaum wanita dan gadis di sini. Sabda Rasulullah s.a.w "Ummatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka." - Hadith riwayat Imam Ahmad. Hmm.. Semoga kita semua terselamat dari azab-Nya. Justeru sebagai seorang kakak, guru, teman, bakal isteri dan bakal ibu, ingin aku simpulkan secalit nasihat untuk anak-anak gadis di luar sana.

Jaga diri dan peribadi. Jaga pemakaian dan auratmu. Jaga pergaulanmu. Jauhi zina. Zina, satu dosa besar dan besar kesannya terhadap umat Islam terutama wanita. Firman Allah ;
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan terhadap kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman." - surah An-Nur: 2.

My sisters, perlu kamu ketahui yang setiap ibu bapa inginkan anak gadis mereka membesar seperti sebutir permata. Jadilah permata yang sentiasa bersinar, bernilai harganya tetapi hanya yang tertentu mampu memilikinya. Bila kamu melakukan zina, maka hilanglah ketenangan kerana kamu telah membuat sesuatu yang dilarang dan tidak disukai oleh Allah. Tiada lagi keberkatan hidup dan yang tinggal hanya kepahitan apabila kamu terpaksa menanggung segalanya atas kesilapan yang telah dilakukan. Sabda Rasulullah s.a.w "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan 6 kesan buruk, 3 di dunia dan 3 di akhirat. Yang di dunia, zina menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangkan umur sedangkan di akhirat nanti zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." - Hadith riwayat Baihaqi.

Bagi yang telah melakukan kesilapan, jangan putus asa atau putus harapan. Allah berfirman; "Berdoalah, taubatlah, mintalah, sesungguhnya Aku dekat padamu." Beristighfarlah dan berbuat baik (kebaikan), kerana kebaikan itu akan menggantikan keburukan dan Allah akan hapus keburukan tersebut sekiranya kamu benar-benar bertaubat. Jangan lupa untuk bangun, sujud di malam hari. Ketahuilah doa 1/3 malam adalah doa yang ditunggu Allah, doa yang dimakbulkan. Selain solat taubat, solat2 sunat, kita hendaklah:

  • Beristighfar.  Lafaz أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ "Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih" Maksudnya : "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya). Bawa jiwa dan hati bersama sebutan istighfar kita. 
  • Berdoa : "Rabbana zalamna anfusana, wa in lam taghfir lana wa tarhamna la-nakunanna minal-khaasirin" - Al-A'raf : 23. Maksudnya ; "Ya Tuhan, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."

Yang terakhir, jaga maruah,jaga zuriat, jaga keturunan, semoga yang lahir nanti adalah dari keturunan yang soleh dan solehah. Setakat ini sahaja 'suapan' minda kita untuk hari ini. Saya melaporkan dari Pasir Mas, Kelantan. Kalau ada kerja available sebagai kaunselor atau penceramah bebas sila hubungi saya tanpa segan silu. Harap maklum. 

.....................


p/s: Sekarang aku bersyukur relationship aku hanya sementara, putus di tengah jalan. Ada hikmahnya. Itu tanda Allah jaga dan lindung aku, sehingga aku menjadi yang halal kepada yang ditakdirkan, sebab Allah sayang aku. Aku tau. Terima kasih, Allah. :')

Like tanda Sayang

21 comments:

  1. Mesti pandai jaga diri. Maruah itu harta paling berharga bg perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar. paling berharga yang nilainya tidak dapat dibeli dgn mata wang

      Delete
  2. dulu ss penah beli satu buku ni tajuk dia "realiti hidup." himpunan semua kisah2 benar yg diterbitkan dalam majalah apa dah lupa. hehe. serius, baca yg tu pun dah rasa seram dgn dunia di sekeliling kita. skrg ni, setiap kali pandang lelaki kat luar sana, macam ada suara berbisik tentang apa yg ada dalam fikiran laki tu. huhu seram pulak. tapi itu buat kita lebih berjaga2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar macam cerita hantu la plak. huhu.. menarik bunyinya buku tu. kat mane bleh dapat eh?

      Delete
  3. satu peringatan yang sangat bermanfaat untuk kita semua...semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada semua kejahatan...Aamiin...

    ReplyDelete
  4. betul2 pengajaran yang berharga, perghh lah post ni..

    moga Allah selau syang aku dn ko :) ameen.

    ReplyDelete
  5. semoga mereka dilundungi olehnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i hope so.. semoga kita semua sentiasa selamat :)

      Delete
  6. "(Husbands) are the protectors and maintainers of their (Wives), Because Allah has given the one more (Strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard in (the Husband's) absence what Allah would have them guard ..." (Surah an Nisa' 4:34)

    ReplyDelete
  7. Thanks Dear for nice shared... keep this useful entry here...

    ReplyDelete