Tuesday, August 28, 2012

Gadis



Gadis. Apa yang terbayang ialah seorang yang lemah lembut, sopan, berbudi bahasa, manis dan elok rupa parasnya, sejuk mata memandang dan bla bla bla.

Bagaimana jika gadis itu adalah seorang yang sebaliknya daripada gambaran imbasan minda kamu. Terlalu bertentangan dengan hakikat yang sebenar. Apabila dia seorang yang kasar, kurang keperempuanannya, tutur kata yang tidak selembut mujahidah lain, lemah sabarnya dan kurang menarik perwatakannya.

Aku berani jamin kamu takkan sedikit pun mahu menyentuh hidupnya. Tentu tidak. Kerana dia bukan orang yang diimpi. Buat apa kamu mahu mengerti. Tidak sama sekali.

Dunia ini.. memang aneh. Bermula dari seorang anak perempuan kecil yang hidupnya dikelilingi rakan sekampung. Teman sepermainan yang hampir semuanya lelaki. Berlari lasak bermain permainan untuk kanak-kanak lelaki tanpa dia sedari sepatutnya tempatnya bukan di situ. Menjadi lebih aktif, lebih nakal dan tidak manja kanak-kanak perempuan lain. Semakin berubah dari masa ke semasa.

Sampai si gadis melangkah ke tempat yang tidak akan sama seperti rumah sendiri pada awal usia belasan tahun, hanya teman sekolah yang menjadi peneman. Walaupun pondok didik itu semuanya perempuan, tetapi si gadis seorang yang cekal. Jiwanya kaku. Air matanya terlalu mahal. Seperti persis ego lelaki. Menjadi pendengar dan penasihat setia untuk teman-teman yang jiwanya masih rapuh di usia muda.

Suatu masa, selepas melepasi kertas-kertas yang menentukan nasib diri, si gadis mula mencorak langkah menuju ke menara gading. Si gadis bertemu seorang insan yang bernama lelaki. Di saat itu si gadis mula menyedari terlalu banyak perlu dibaiki terhadap dirinya sendiri. Kerana menyedari betapa dia terlalu berbeza dengan gadis-gadis sekeliling. Betapa rendahnya diri jika dibandingkan dengan perawan impian di universiti. Selangkah demi selangkah si gadis mengubati diri. Mula menjadi lebih 'ladies'. Mula berkomunikasi dengan lebih manis. Mula menghargai diri sebagai ciptaan-Nya yang bermartabat tinggi.

Tetapi detik demi detik si gadis mula merasa sunyi. Terasa seperti sendiri. Bila mana terlalu banyak yang perlu diubah dan ditetapkan. Terasa diri bukan diri. Dengan tohmahan dan kata-kata yang menusuk hati, bersama herdikan yang terpaksa ditelan. Si gadis cuba bertahan selama bertahun-tahun. Akhirnya si gadis mengambil keputusan untuk membawa diri.

Sehingga suatu saat. Si gadis menyedari dirinya memerlukan separuh lagi diri yang hanya ada pada seorang lelaki. Rasa seperti diri tidak dilengkapi. Maka si gadis memberanikan diri untuk membuka pintu hati kembali. Tanpa mengetahui betapa diri akan disakiti.

Hingga si gadis mula merasai. Betapa dirinya masih tidak mencukupi. Masih belum sempurna untuk menjadi seperti gadis di dalam mimpi setiap yang bernama muslim. Bila mana kemarahan masih menguasai diri, bila mana ianya mengaburi segala kebaikan dalam diri, bila mana tiada lagi yang mempercayai.

Dan si gadis melangkah pergi. Cuba untuk menamatkan kisah itu sendiri, kerana si gadis tahu idaman hati kini sudah dimiliki yang lain. Tetapi si gadis tabahkan hati kerana dia tahu salahnya sendiri. Kekurangannya sendiri. Mungkin suatu masa nanti akan ada yang lebih mengerti. Yang lebih menghargai. Walaupun dia bukan gadis sejati seperti di dalam mimpi.

Kini si gadis meniti hari. Jari jemari menyentuh lembut setiap huruf dan menaip kisah sendiri tanpa mengetahui ke mana hala tuju hidupnya nanti.


....................

Like tanda Sayang

12 comments:

  1. Ada yang lebih baik menanti. :)

    ReplyDelete
  2. Buat si gadis,

    kuatkan semangat kamu! please. kadang2 kita tatau kesudahan hidup kita mcm mana. adakah happy ending atau sad ending? mungkin arini kita bersedih, tapi ingat, esok masih ada.. beri peluang kpd diri sendiri utk lalui hari2 yg bahagia.


    Setiap manusia itu juga ada kekurangan masing2. saya juga punya. si gadis juga punya. beri peluang kpd diri kita utk berubah menjadi lebih baik bukan kerna manusia, bukan kerna mencari pujian, tapi kerna Allah. then, si gadis akan temui ketenangan yg dicari insya-Allah.


    Kadang2 kita rasa dia yg terbaik utk kita, tapi rupanya Allah dah aturkan yg jauh lebih baik utk kita rupanya :') Semoga si gadis temui yg terbaik utknya..

    ReplyDelete
  3. Ketika gadis inilah pancaroba hidup paling menekan dan mencabar...apabila sudah menjadi wanita dan matang...pastinya sudah tahu mengemudi hidup..

    ReplyDelete
  4. seriously this is so very touching dear..hmm bcoz i cn feel that im part of her...~ insyAllah we'll find the right one when the time comes..

    ReplyDelete
  5. jangan bersedih....gadis itu pasti bertemu dengan apa yang dia ingini...

    ReplyDelete
  6. Fel: Semoga..semoga :')

    safiyyah: cantik nama awk :) si gadis terharu dan berterima kasih atas nasihat yang diberi.. akan diingati untuk pedoman diri.. semoga kita semua kekal di dalam keredhaan-Nya :)

    ReplyDelete
  7. lady windsor: yup.. agreed. dalam setiap langkah untuk menjadi wanita setiap pancaroba perlu diatasi kerana gadis itu sendiri yg perlu menentukan jenis wanita yg dia ingin jadi..

    sizzling suzai: thanks for your doa' sister.. insha Allah we will..when we reach the right time :')

    lelaki semalam: huu... T.T Nak kesat hingus kat ko sekali lagi bleh dak? haha

    ReplyDelete
  8. Entri 'gadis' ini menyentuh hati yuyu.

    seringkali kita diselubungi pelbagai rasa. sedih, kecewa, sunyi. kalaupun gembira, pasti dirasakan sementara saja kehadirannya.

    Tapi, kuatkan hati, cekalkan jiwa, yakin padaNya. kebahagiaan hakiki pasti kan menjengah jua.

    ReplyDelete
  9. cantik entry ni.
    perjalanan hati seoarang gadis.

    ReplyDelete
  10. kalo tuka nama gadis kepada siti, nur, atau nurul

    mungkin lebih paham kah? hihi suka ati je komeng komen. buleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin. tapi tak unik ah gune name org. hehe :)

      Delete