Wednesday, April 9, 2014

Take My Hand To Jannah - Our Story #Part 2

For Part 1, click HERE.


Salam..and good night.

Baru sempat nak taip sambungan entry yang sebelum ni. Bukan sambungan jugak sebenarnya, cuma berkait rapat dengan entry tu. Hehe. Thanks untuk semua feedback, msg, sms dan email yang korang hantar lepas baca entry tu. Segala nasihat, doa dan komen sangat aku hargai. Thanks jugak untuk mereka yang bertanya soalan, sorry aku tak sempat nak reply satu-satu sebab minggu ni bz sangat dengan penyediaan report sekolah. Ni pun aku terpanggil nak taip entry ni pun lepas dapat inbox kawan aku yang ni:


Ada lagi kawan yang tanya macam mana nak tau orang tu jodoh kita? Umm..susah jugak nak jawab sebenarnya. Haha. Actually aku agak segan nak cerita segala perubahan yang berlaku, pasal jodoh ni sebab semuanya relate dengan kesusahan dan dugaan yang kami alami. Agak personal. Tapi memandangkan ramai yang bertanya soalan lebih kurang sama (malas nak print screen byk2), so aku decide nak jawap dengan ceritalah serba sedikit pengalaman aku. Like before, mana yang baik, korang ambil sebagai iktibar dan pedoman..Mana yang tak elok tu ambil sebagai pengajaran je, jangan tiru okeh!

Mane nak start ek..

Okay.. Dalam entry sebelum ni, kan aku ada cakap yang sebelum ni aku totally lost, tak nampak arah tuju perkahwinan tu. Takde hint langsung. Rasa payah gile, sangat menyakitkan. Kalau nak kira bab menangis tu, dah banyak kali sangat kot. Sedih kan. Rasa macam tak laku pun ada. Haha. Umur 26 ni aku rasa aku dah sampai seru jadi bini orang dah, tahap wajib dah. haha..

Then, perubahan pertama mula berlaku lepas aku pergi IMKK tu, (ada jugak cerita dalam entry ni sikit), masa slot yang sebelum doa tu kan kena tulis wish. Lepas tu, ada slot macam muhasabah diri, ingat balik segala dosa silam dan luahkan. Masa tu semua dalam dewan tu (5k+ orang) menangis, ko boleh dengar tangisan semua orang dengan jelas termasuk aku. Tapi tak peduli dah, malu pun tolak tepi. Semua tutup mata kan. Time tu, aku menangis sambil menulis surat pada ibu bapa aku dan si dia. Aku tulis segala kesalahan aku dari aku kecil sampai sekarang, apa yang aku sesalkan, apa yang aku nak dan everything lah. After habis program, aku bagi surat tu pada dia. Balik rumah, pagi-pagi lagi aku dan bagi surat tu pada parents aku. Mama aku menitis air mata baca confession aku. Ayah aku diam je..dia sayu..

Buat pertama kali dalam hidup, aku menyesal untuk segala kesalahan aku pernah buat sepanjang aku jadi seorang anak. Actually kesilapan biasa je, macam melawan cakap, merajuk la, perselisihan faham la dan yang lain-lain. Takdelah sampai tahap lari rumah ke ape. Sebelum ni memang banyak kali aku pernah minta maaf, waktu raya la, tapi tak sama macam waktu itu. Ye lah, nak tunggu raya thun depan, dah berapa banyak salah ko buat kat parents dan family kan? Dahla dok jauh. Mana ada masa nak spend sangat pun. Kol pun bukan hari-hari. Masa tu, aku betul-betul menangis teresak-esak, peluk parents aku dan minta maaf giler2.. Susah nak describe keadaan time tu, tapi lepas mama baba aku cakap diorang maafkan, tak simpan dalam hati pun, dan dia gembira bila aku cakap nak berubah, hati aku tenang gile. Sangat tenang. Seriously.
Berbeza dengan dulu di mana aku selalu rasa gelisah, selalu ada masalah, pemarah dan sebagainya. Tapi lepas tu rasa tenang, sejuk, walau ada masalah pun tak rasa gelisah, percaya dan yakin je yang kot mana-mana pun ia akan selesai jugak.

cinta hidup mati selamanya

Jadi bila aku jadi semakin positif, orang lain sekeliling pun positif. Masing-masing bila tau aku nak kahwin, laju je pm, nak tolong itu ini, share itu ini, sangat rasa yang diri ni dihargai sebagai kawan. Walhal yang tak rapat pun jadi makin rapat lepas tu. Hebatnya silaturrahim ni , baru aku rasa betapa indahnya menjadi seorang muslim dan bersaudara sesama muslim. Tu lah maksud aku hidup aku berubah 360 darjah.

Perubahan kedua tentang hubungan kami. Part ni paling sensitif..

*kesat air mata jap*

Flashback. 7 tahun dulu, dalam keadaan sedar aku pernah cakap pada seorang lelaki yang hanya seorang kawan pada waktu tu, "kalau aku single sampai umur 24, nanti aku nak kahwin dengan ko." Spontan. Dan dia jawab "24 tak sempat tu, awal sangat tu..kita baru grad masa tu..make it 26 lah."

Dan aku tak sangka ada orang pegang kata-kata aku tu sampai sekarang.

Sepanjang itulah, ada seorang lelaki yang sanggup tahan telinga dengar kata-kata kasar aku, dengar tangisan aku, jadi pendengar dan peneman setia walaupun hakikatnya aku tak luangkan sedikit pun masa aku untuk dia. Walhal time dia tak okay, aku abaikan je dia. Selfish betul. Namun dia tetap setia, tak pernah pun cari pompuan lain. Banyak aku stalk, aku senyap-senyap tanya kawan dia lah, macam-macam aku buat nak tau betul ke dia setia, semuanya menunjukkan yang dia memang jenis tak pedulikan perempuan, hanya dengan hidup dia je. Kaki bola, kaki game, kaki bundle.

Bermula tahun lepas, ada beberapa kali aku bagi hint tentang kahwin kat lelaki ni, tapi takde respon. Kalau ada pun, dia diam, dan banyak mengelak serta jawapan yang dia bagi mesti aku tak puas hati. Banyak kali aku cakap aku nak pergi pada orang lain, kononnya ramai lagi yang nak kat aku ni. Ye lah, bagi aku masa tu aku dah cukup lengkap, aku dah ada kerja tetap sbg guru, gaji boleh tahan sebab kat sabah elaun tinggi, dah ada kereta, lepas ni plan nak buat rumah ke lepas kahwin, rupa pun ada la jugak walaupun hidung kembang lebih dari orang lain dan gigi maju ke depan. Apa lagi yang kurang? Aku dah patut dapat yang lebih baik lagi dari dia. Selalu aku cakap macam tu kat dia. Emm..tunang aku waktu tu tak ada kerja tetap lagi, masih dalam kontrak, kereta pun takde, pendek kata tak ada apa-apalah. Ada satu ketika, dia cakap kalau ada yang lebih baik dari dia, dia rela lepas aku pergi kalau aku boleh bahagia dengan orang tu. Sampailah aku nekad nak betul-betul pergi, tapi aku tak pergi jugak. Entah. Padahal ada je orang lain yang lebih dari semua sudut, balik-balik aku tak berkenan jugak. Masa tu aku rasa macam what the hell. Dah selama ni, bertahun status kawan baik, tak ada declare kaple ke ape, contact pun jarang-jarang sangat, memang rasa macam tergantung je. Kalau dah ada ikatan lainlah, ni memang totally lost in an ocean of sorrow. Adui...

Actually banyak pengorbanan dia buat untuk aku sebelum ni, tapi aku tak nampak pun benda tu. Kabur. Yang aku nampak, macam mana orang macam dia ni boleh bahagiakan aku? Dapatkan dia jaga aku nanti? Cukup ke dia nak bagi makan pakai aku semua? Haa masa tu lah yang gaduh memanjang. Jenis aku ni cakap lepas jugak, dah bila mendesak pun tak jadi, mulalah aku mengamuk sakan. Tapi dia tenang je, kalau dia hilang sabar pun paling tak dia suruh aku minta maaf balik dan janji takkan cakap kasar lagi, takkan buat macam tu lagi. Then bila gaduh aku ulang balik. Benda sama lah dok ulang-ulang. Serabut betul. Lebih-lebih lagi bila aku solat istikharah berulang kali pun aku tak nampak apa-apa. Lagi mengelirukan aku siapa sebenarnya jodoh aku.

Bila kita dah minta dengan Allah, mesti Dia akan tunjuk, sebab Dia dengar permintaan aku, doa aku, rintihan aku. Cuma Dia lambat kasi sebab Dia nak tengok sejauh mana aku mencari Dia, sebanyak mana aku ingat kat Dia. Allah kan Maha Penyayang :')

Lepas aku bagi surat kat tunang tu minta maaf semua, (macam aku buat kat parents sebelum tu) barulah Allah buka jalan slow2 untuk tunaikan permintaan aku. Masa tu lah, saat paling syahdu sebab satu persatu aku nampak apa yang dia buat untuk aku, yang selama ni dia sembunyikan daripada pengetahuan aku. Rupanya walaupun selama ni dia diam je pasal kahwin, tapi dalam diam tu dia usaha gigih nak kumpul duit untuk kami. Aku dapat tahu yang malam-malam dia berniaga. Dia berniaga bundle kat pasar malam, bazar karat, car booth dan beberapa tempat lain. Duit untung dia simpan. Hujung minggu dia berniaga kat pasar tani / pagi. Kalau ramai customer beli, dapatlah banyak sikit untung. Kalau tak ada, dia cuba lagi lain hari. Di samping tu dia banyak bisnes online. (ni page kami: Podshop).Dua-tiga kerja dia buat, kadang-kadang sampai tak cukup rehat, makan dan tidur pun tak teratur. Patutlah selalu aku msg waktu ptg, malam, pagi, mesti susah gile nak reply. Kalau reply pun lambat dan sepatah dua je. Aku pulak stupid gile, ingatkan masa tu dia dah tawar hari dah ngan aku. Mulalah nak touching lebih. Seriously tersentuh, sanggup dia tolak tepi ego,letakkan ego pada tahap rendah, abaikan perasaan malu, tutup telinga orang kata, demi nak cari duit untuk hidup dengan aku. Sanggup dia korbankan masa dan tenaga untuk masa depan kami. *tears*

salah satu tapak kat bazar yang dia bukak

Then, dia pernah terbagitau yang dia nak kutip tin-tin, sebab mende tu tinggi jugak harga kalau dapat banyak. Benda yang jarang orang kita buat.Pendapatan sambilan selain business dan kerja kat pejabat. Dia ikat perut, makan pun pilih yang murah je, tak ada keluar shopping dan enjoy-enjoy. Pernah satu kali tu aku miss flight MAS masa nak pergi Sabah. Aku nangis kol dia masa kat airport sebab dah blurr tak tau nak buat apa. Next flight dah habis, yang ada pun business class yg harga beribu. Bila dia dengar je aku tak ok, sanggup dia datang naik bus sejam lebih sampai kl central, then amik klia transit dan cari aku kat kat sana. Bawak aku pergi makan, tenangkan aku dan settle masalah tiket tu. Masa tu baru aku sedar betapa aku susahkan dia sebab banyak gile duit dia habis dalam masa sehari tu, dah tambang bus ngn train campur makan lagi mau dekat rm200 jugak. Nak dapatkan rm10 pun sakit, ni senang-senang je aku habiskan. Huu..sedih sangat2..Tapi dia cakap; dah jangan nangis, jangan sedih, tak ada apa pun. Duit boleh dicari kan..Lepas kita kahwin, nanti dia beli kereta kancil 2nd hand satu untuk ulang alik kat kl, supaya senang dia nak pergi airport ambil aku, tak perlu susah-susah naik bus dan train lagi..

Kalau nak cerita, terlampau banyaklah kisah sedih dan apa yang kami pernah tempuhi..huhu..Bila ada yang tanya aku, kenapa mesti dia? kenapa bukan orang lain? tak ada orang lain ke? Dah ada doktor nak kat kau, engineer la, apsal pilih dia? Padahal ada yang lebih kaya, lebih kacak, lebih segalanya dari dia kan. Dia tu, walaupun tak romantik, tak ada nak cakap 'I love You' or 'sayang awak' pun kat aku, apatah lagi nk msg good night or good morning every day, tapi secara tak langsung apa yang dia buat, korbankan untuk aku, aku rasa itu sangat sweet. Kalau kau jadi aku, di tempat aku, lepas semua yang berlaku, semua yang dia lakukan untuk aku, cuba beri sebab kenapa aku patut terima orang lain dan bukan dia? Aku tak pedulik dah orang nak cakap apa pun. Kalau ada yang lebih 99x dari dia, belum tentu orang tu dapat buat macam yang dia buat untuk aku, dapat jaga aku macam dia. Even tak ada sepatah perkataan yang sweet-sweet pun aku dengar. Huhu. Walaupun kami susah, walaupun kami terpaksa berhempas pulas cari rezeki halal, tapi aku tak kisah pun sebab aku tau selagi ada dia, dia takkan bagi aku hidup susah. Kan awak? :') Allah itu adil, walaupun apa jua kekurangan dia, tapi aku pasti dia akan usaha paling terbaik untuk kesenangan kami nanti, dan Allah akan berikan rezeki yang melimpah ruah pada kami juga nanti. InshaAllah. Allah itu Maha Kaya =)



Lepas semua benda yang jadi, perasaan dan sikap aku pun dah lain, tak macam sebelum ni. Lepas minta maaf dengan semua orang tu lah, aku mula nampak, banyak benda dalam hidup aku ni, aku tak dapat capai, banyak rintangan aku kena hadapi sebab ada yang tak kena dalam hidup. Hubungan dengan Allah, dengan parents, dengan orang lain, aku tak jaga. Lebih selfish. Hati tak bersih. Bila ada yang tak redha, kecil hati dengan aku, lagi banyak perkara negatif datang dekat aku. Lebih miserable jadi hidup aku. Itulah bila aku minta maaf, aku cuba sedaya upaya berubah, aku cuba ubah penampilan mengikut syariah islam yang betul, barulah benda-benda positif datang makin dekat. Rasa mudah. Sangat mudah.

Jadi kunci di sini yang aku nak bagi tahu, ringankan mulut, ringankan diri untuk meminta maaf dan belajar untuk maafkan orang lain setiap kali sebelum tidur. Maaf, adalah kunci paling besar untuk masuk ke dalam kehidupan yang berkat dan bahagia. Percayalah cakap aku. Bila orang maafkan kau, bila kau maafkan orang, kau akan rasa ketenangan yang teramat. Samalah dengan kau meminta maaf, ampun dari Allah. Mesti rasa best giler kan? Setiap pintu yang ada di depan ko sepanjang perjalanan hidup ko akan terbuka luas bila wujudnya Maaf dalam hidup ko.

Lagi satu, hargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau Allah bagi lebih, tambahkan lagi rasa syukur dan ibadah pada -Nya. Sentiasa tingkatkan iman kita. Hargai pasangan dan terima dia seadanya. Mungkin sekarang dia banyak kekurangan, tapi insha Allah dari masa ke semasa dia akan jadi lebih baik dan hidup kamu bersama pun makin baik jugak. Do believe in faith, tak akan rugi orang yang meminta dan berharap pada Yang Esa.

Rasanya dah banyak aku bukak cerita pasal kami ni.. Hehe.. Harap dapat menjawab persoalan kalian yang nak tahu sedikit sebanyak tentang kami.. Jangan segan untuk bertanya dan pm aku kalau ada apa-apa, insha Allah akan cuba bantu dan jawab setakat yang mampu. Ok?

Till then, salam and good night =)





Like tanda Sayang

27 comments:

  1. Cite yng Sgt bermakna ..good izma..

    ReplyDelete
  2. Incredible points. Outstanding arguments. Keep up the great work.


    Also visit my page :: kent wedding photographer

    ReplyDelete
  3. kau xmntk maaf pon dgn aq?? aq ni adikk kau kot... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tu yg kena mtk maaf dgn aku. hahaha

      Delete
  4. hemm.. maaf memang sesuatu yang mudah dilafazkan.. tapi yang penting perlu terus dari hati yang ikhlas kan.. hope teman pun dapat jadi seperti izma.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang kena ikhlas sepenuhnya! hehe.. of course you can, better than me for sure ;)

      Delete
  5. izma... seronok bila tengok u tulis u luahkan semua... cara u luahkan boleh buat i fikir balik pada cerita i pulak :( might be kalau u ada masa boleh share something dengan u .............

    ReplyDelete
  6. hi ima! yeah sure! u can whatsapp me, pm kt fb ke. no worries, im happy to share and hear more from you ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. izmaaa share dengan i wedding list, wedding plan, and everything about wedding :) email i... imarazak@hotmail.com...... thank you... :DDD

      Delete
  7. Salam. Kita kdg kdg xnmpk pn jdh kita, rupanya yg sntiasa ada dlm diam tu utk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..tu lah..depan mata je pun sebenarnya..tp lambat celik dan nampak..huhu

      Delete
  8. uwaaaaa...

    insaf.. nangis baca ni..

    moga Allah berkati kak izma.. :')

    ReplyDelete
  9. thanks yuyu! wajib datang nanti! datang tau,akak tunggu ;)
    akak blk kelantan 17/4-21/4 ni. jom jumpa ;)

    ReplyDelete
  10. perkara yang baik insyaAllah akan dipermudahkan.... klu dia mmg jodoh kita, pasti segala galanya akan mudah dan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah...amiiinn..thanks for the advise :)

      Delete
  11. semoga izma dengan naim berbahagia, murah rezeki sampai ke akhir hayat.
    insha allah, cari rezeki dengan ikhlas allah tolong.
    tunggu kitorg datang majlis kenduri nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nick! dtg tau, bawa nmi skali ye ;)
      moga urusan kamu berdua pn dipermudahkan jugak ^^

      Delete
  12. walaupun citer dia panjang, but this is such a good story and very inspiring...i think every women should read this..Thumbs up to you future husband..tak ramai lelaki yang mampu buat apa yang dilakukan itu,.. #Respect

    p/s: follow sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks my new friend! huhu..i believe u pn sanggup buat anything for ur beloved one kan? cuma mungkin dgn cara yg berbeza. hehe..thanks for ur support, keep in touch. salam perkenalan ^^

      Delete
  13. "kalau aku single sampai umur 24, nanti aku nak kahwin dengan ko."

    Kak Izmaaaaaaaaaaa! tak sangka this man will marry u for real!! teringat ayat ni sbb penah baca. masih lagi surprised! tak sabaq nak tengok kak kawen!

    cop2 adakah he's the man during ur convo tu? errrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ayat takleh blah kan? mcm jd reality plak. doa tu..hahahaha

      which man? ramai man dtg masa akak konvo tu. hehe. awak pn ada kan :)

      Delete
  14. Cerita yg sgttt menyentuh hati akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee,,, thanks for reading kak :')

      Delete
    2. hee,,, thanks for reading kak :')

      Delete
  15. Izma, entry ni buat saya sebak... Thanks for sharing =') Selamat Pengantin Baru dear. Barakallahulakuma.

    ReplyDelete