Monday, April 28, 2014

Hak


Rasa terpanggil nak menulis malam ni, mengadu pada blog. Sobssss T.T

Last week hari Rabu, ada karnival bahasa peringkat zon. Syukur alhamdullillah murid-murid aku dapat johan dalam pertandingan choral speaking, action song, public speaking dan tempat kedua untuk story telling. Saingan pun agak hebat dari kategori action song dan choral speaking tu. Dapat jugak jadi wakil bertanding peringkat daerah nanti. Hehe. So diorang dapat sijil dan medal, bagi choral speaking and action song dapat sijil dan hamper (2). Masa on the way balik tu, plastik pembalut hamper action song tu terkoyak, habislah segala makanan tu keluar. Dah tak ada rupa hamper dah. Ingat nak bagi-bagi kat murid terus tapi guru besar suruh tunggu perhimpunan hari isnin (hari ni) untuk umumkan pada semua murid dan diorang terima hadiah balik di depan. Kami simpan lah dulu di bilik guru.

Lepas perhimpunan, murid datang tanya lagi,"teacher bila mau buka hamper?". Pagi tadi kelam kabut aku urus borang kena hantar pergi pejabat hari ni juga. Aku maklumkan diorang hamper tu kena bagi sebelum balik sekolah nanti sebab teacher kena pergi ppd dulu. Memandangkan aku tiada kelas lepas rehat, terus aku jalan pergi ppd sekejap dan sampai sekolah sejam sebelum pulang. Masuk je pejabat sekolah (bersambung ngan bilik guru), atas meja depan tu ada air botol (air gas) tinggal suku je lagi, dengan plastik makanan ringan (keropok udang kalau tak silap aku) dah kena buka. Terus aku tanya, "Ni bukan hadiah action song tu ke?" Bila aku pegi chek, memang betullah dari hamper yang terbuka tu. Bising lah aku tadi, terus aku cakap "Siapa bukak ni? Kenapa ambil makanan budak? Kan dah terang-terang hadiah budak. Agak-agak la, macam tak pernah jumpa mende ni. Kesian budak, daripada minggu lepas lagi dok tunggu nak makan. Senang-senang je korang bukak." Lepas tu semua guru diam, buat tak tahu. Tak ada yang mengaku. Then ada sorang guru lelaki pra sekolah ni cakap, "Alah esok aku ganti la, 3 botol lagi aku beli."

Meradang betul aku masa tu. Memang boleh bikin hilang sabar.. Terus aku balas, "Bukan masalah ganti ke apa, masalahnya tu hak budak.HAK BUDAK. Tak tahu hukum ke? Memanglah semua mampu beli setakat air botol tu bape sen sangat. Tapi jgnlah buat macam ni, takkan yang ni pun nak kena ajar. Kita cikgu kan." Dia bawak duit RM10 hulur pada aku, aku pandang dan terus keluar sebelum keadaan jadi keruh. Aku tak amik pun duit tu.

from Google

Ok sekarang tolong explain pada aku. Aku sedar mungkin cara aku tegur agak harsh, dan boleh menyinggung. Tapi aku nak bicarakan tentang hak milik sendiri dan hak orang lain. Mungkin bagi guru lain, dia rasa dia berhak untuk segala hadiah tu sebab tu murid dia. Tapi pada pandangan aku, tu hak murid sepenuhnya. Kenapa? Sebab daripada bulan Januari lagi murid kami berlatih. Setiap hari Isnin, Selasa, Khamis selepas sekolah sampai lewat petang berlatih pung pang pung pang, kena marah hape, sampai hilang suara pun ada, aku bleh cakap satu-satu siapa je yang ada jenguk, siapa je yang tolong. Selama 4 bulan ni 2 oran guru je selain aku yang betul-betul datang latih budak. Yang lain tau komplen je, datang jenguk seminit lepas tu balik. Esok sambung komplen balik. Tak membantu pun. Dah bila menang, ko senang-senang nak wat camtu. Benda memang kecil sangat, setakat makanan ringan camtu je, tak padan nak kecoh. Memang aku tau semua duit berkepuk, lebih dari tu pun sanggup beli. Tapi agak-agak ar, takkan air Mirinda tu pun ko nak terliur?

Hmm..malas nak bising or cakap panjang. Lagipun aku ganti yang lain pada budak nanti. Lepas ni kena berhati-hatilah. Noted.

Tu satu kes kecil. Sebenarnya kalau korang fikir kan, banyak benda yang berlaku dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar yang melibatkan isu 'hak' ni. Contoh dari segi masa. Aku cakap dari segi aspek guru sebab tu profession aku, mungkin ada kaitan dengan profession lain. Jadi guru ni tanggungjawab besar tau, sebab melibatkan ko kerja untuk orang, bukan dengan mesin. Hari-hari tu kira ko dibayar gaji, walaupun ko terima hujung bulan je secara langsai. Andai kata dalam satu hari tu ko tak masuk kelas ke, ko pi lepak-lepak or ko masuk kelas lambat atas urusan peribadi, ko pergi pekan la bayar bil, pergi bank la. Padahal ada kelas kena masuk. Daripada pemahaman aku bila aku tanya ustaz, berdosa tau, sebab ko dibayar untuk tugas tu tapi ko tak buat dan ko lari daripada tu, then duit tu ko ambil untuk kegunaan ko.Ko bagi makan anak-anak, family dengan duit gaji tu. Akhirat sek sok ko nak jawab ape? Ko nak jawab apa kat murid pasal masa diorang yang ko 'curi' tu? Ko berani tanggung? Memanglah diorang budak, apalah yang diorang tahu. Tapi sebagai seorang dewasa, ko fikirlah sendiri hukum dan balasan. Takkan tak tahu. Ni aku menaip explain tentang yang 'curi' masa tu, kalau kes-kes emergency atau yang tak dapat dielakkan tu tak dikira. Jangan salah paham plak.

Kadang-kadang, kalau kita reflek balik, sebab tu ada orang rezeki dia susah nak lekat. Gaji beriban, kalau tengok slip lebih daripada cukup makan. Tapi kenapa tengok dia asyik tak cukup je, asyik 'bocor' je. Walaupun gaji banyak, sekejap kereta rosak lah, kena baiki rumah la, duit hilang la, itu ini nak pakai duit. Tiba-tiba je banyak hal kena pakai duit padahal sebelum ni takde pun. Tulah dikatakan wang asyik bocor, tak lekat. Ada sebab kenapa Allah tak izinkan duit tu ada pada kita, sama ada dari segi keberkatan atau itu salah satu ujian atau duit tu hak orang lain yang kita 'ambil, yang tak layak jadi milik kita. Kalau tu adalah ujian dari Allah untuk uji keimanan kita, bersabarlah. Tapi kalau ko rasa sebab banyak berlaku ketidakjujuran dalam kerja yang ko buat, tidak amanah, tidak jalankan tanggungjawab dengan baik, berubahlah. Kalau tak, ko takkan senang sampai bila-bila. Jangan main-main dengan isu 'hak' ni. Bila-bila masa je Allah boleh tarik. Percayalah.


source : Google


Aku bagi contoh lain pulak. Kisah benar ni, berlaku pada seorang hamba Allah. Sekadar untuk renungan. Dulu ada seorang kawan ayah aku ni, CEO company kargo. Memang banyak giler tender dia ni dapat, dari kementerian pendidikan dan lain-lain. Punyalah kaya, rumah banglo sampai 5-6 biji, bini 2, kereta dia tu kat Malaysia ni ada 3 orang je pakai jenis kereta tu termasuk dia. Dipendekkan cerita, dia ni memang harta berlambak, tapi dia tak jaga kebajikan pekerja dia terutama pekerja bawahan. Gaji pekerja lori yang kena hantar barang-barang orang/syarikat yang pindah, tak dibayar. Kadang-kadang lambat betul nak kena bayar. Sampai berkali-kali driver tu kena datang office minta gaji. Ye lah gaji bukan banyak pun diorang tu, RM600 je pun time tu. Nak bagi makan anak bini lagi, berapalah sangat kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yang dia dapat. Sampailah suatu hari tu, masa nak hantar barang pergi kl, driver lori tu berhenti kat masjid sekejap untuk solat. Masa lepas solat, dia berdoa, dia mengadu pada-Nya yang dia rasa teraniaya, tunjuklah kebenaran dan dia tak dapat tahan lagi. Merayu-rayu pada Allah.

Nak tahu apa jadi?

Tak sampai beberapa bulan lepas tu, terus company tu lingkup. Tender kena tarik balik, barang-barang banyak pecah la, kontena masalah la, macam-macam hal berlaku dalam sekelip mata. Sekejap je Allah tarik balik segala kemewahan dia. Sampai sekarang. Rumah pun sewa, kereta pun pakai proton iswara buruk tu je satu, datang jumpa ayah aku minta pinjam duit nak beli susu anak. Sebab tu ayah aku selalu cakap, kita ni kalau hak orang, hak pekerja, jangan sekali kita sentuh atau abaikan walaupun seciput je, even 1 sen pun. Tu titik peluh orang, baik dari segi duit dan masa, kalau kita ambil, kita tolak tepi mende camtu, nescaya kita pun takkan tenang. Ada je masalah nanti. Kalau ko buat salah dengan Allah, ko bertaubat, tapi bila melibatkan salah dengan orang, kalau dia tak maafkan, tak redha, tak halalkan, ko nak bawa sampai mati?

Hurm.. ok lah. I think that's too much for now. Kalau ada yang aku salah, tolong tegur dan betulkan. Aku pun manusia biasa je, tak terlepas dari salah dan silap ni. If there's any comment, write it in the box below. That's all.

Thank you.




*Doakan permohonan pertukaran aku diluluskan... I don't know how long I can survive here.... :'(







Like tanda Sayang

6 comments:

  1. Reading this dah buatkan minda aku terfikir, terbuka sekejap, Tentang kaffarah yang pernah aku jumpa. betul. kekadang, musibah yg berlaku kat kita sebab apa yang pernah kita buat dulu. ALLAH itu tersangat ADIL. Dan aku setuju sangat.

    Yang part cikgu makan hadiah murid tu, seriously, memang tak patut! Kak Izma betul punya tindakan. Not harsh, sebab yg pelakunya bukannya budak lagi. Dah tua bangka pun. Kikikiki. Kita pun marah kalau orang usik hak kita, jadi faham faham la dengan privasi dan hak orang. Kita patut sedar di mana kita berada. Hati2 dengan tindakan. Sebab itu ada pepatah THINK BEFORE YOU ACT.

    Ehhh.. terpanjang pula.

    ReplyDelete
  2. You are right cikgu Eva! Jangan takut. Memang apa yang akak cuba tegakkan tu betul. Banyak dah Nad dengar benda camni tapi biasalah, ramai je orang yang pandang remeh walhal benda ni effect kita punya kehidupan jugak. Sebab benda tu tak nampak sgt kan? Unless, betul betul dah terkena dekat diri sendiri. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. hoh..bagus wak gitu..pah kito naik geram..

    ReplyDelete
  4. hoh..bagus wak gitu..pah kito naik geram..

    ReplyDelete
  5. Apa buruk sangat perangai tuh..... mmg patut kene dengan u..

    ReplyDelete
  6. Sy suka pasal citer CEO tak jaga kebajikan pekerja.. lbh kurang kes mcm sy.. tp yg lg ironinya, bos kami ni jenis yg agak2 'alim', slalu bg tazkirah, tp xtau mengapa berkira dgn kebajikan staff. sampaikan die bg hint2 mase tazkirah yg kter kena keja dgn ikhlas, jgn berkira.. mcm nk reverse psikology kami utk rase bersalah. padahal MOST of the staffs rasa teraniaya sbb kbajikan tak terjaga... bukan sorang dua sj. bila kami cuba utarakan dgn baik, boss akan utarakan balik dgn alasan kena kerja ikhlas.. kena bersyukur.. kt luar tu lg ramai org susah...

    xtau la ape nk cakap. mohon doakan kami.

    ReplyDelete