Wednesday, February 12, 2014

Take My Hand To Jannah #Part 2 - Shawls and Shoes

Hello people.

Back again! Huhaaaa~
Banyak kerja betul minggu ni, after school penuh ngan meeting. Memang awal tahun ni jadual pack dengan macam-macam program kokurikulum dan program akademik. Semua mengejar masa, sebab semester kedua dah nak kena tumpu pada akademik 100%. Pergh siang malam mengadap laporan je kerja. Huhu. Sape cakap dunia kerja lagi best dari dunia study dulu, meh sini nak lempang laju-laju. (-_-)

Okay for the second part yang sempat nak taip ni adalah pasal shawls dan shoes yang nak pakai pada hari wedding nanti. Sebenarnya kalau ikutkan, memang pakej bridal yang aku akan ambil nanti dah siap sedia dengan baju pengantin, tudung dan kasut. Tapi aku macam tak berapa berkenan dengan tudung yang sedia ada tu sebab semua tudung diorang sedia adalah tudung awning (ala-ala Ariani gituwww). Aku memang sangat-sangat jarang pakai tudung awning sebab aku rasa bentuk muka aku macam tak sesuai je dengan tudung cenggitu. Aku tengok orang lain pakai nampak lawa kemain pergh. Bila aku beli dan pakai, mak aihhh mau pengsan tengok muka sendiri. Punyalah buruk. So bila bridal tu cakap tudung dia ialah tudung awning tu, terus aku decide nak beli dan pakai tudung sendiri nanti. Mesti muka aku nampak lebih tua kalau pakai tudung diorang kasi sedia tu. Muahaha...

sebelah kiri tu dah berumur 31 tahun. sebelah kanan tu baru berumur 26 tahun.
okay tipu.
yang sebenarnya sebelah kanan tu baru 26 dan sebelah kiri 31.
heh

Then, aku kena lah prepare 4 tudung semuanya. Dah untuk akad nikah baju lain, reception baju lain, outdoor baju lain, majlis bertandang baju jahit sendiri so kena ada tudung sendiri jugak. Kalau nak senang pakai tudung bawal je lah, berlambak dalam almari aku. Tapi tak nak ah sebab hari-hari aku pergi sekolah pakai bawal je. Bosan. Macam takde pattern lain. Hahaha. Aku prefer shawl sebab aku rasa aku lagi cantik pakai shawl. Wahahaha perasan woi kak tong!!!

selepas kelas teacher kena bergambar dulu.
masa kahwin taknak nampak gaya macam teacher jugak
weyyuhhh~
At first tak jadi masalah jugak sebab kat mana-mana pun senang nak cari shawl sekarang, lagi-lagi kalau kat jalan tar. Tapi bila aku survey-survey online, baru aku sedar yang kebanyakan shawl diorang jual tak menepati ciri-ciri yang aku nak. Kebanyakannya shawl bidang/lebar biasa. Aku sekarang lebih prefer wide shawl yang besar dan lebar supaya dapat menutup segala yang perlu. Taknak sekadar balut kepala je. Dah nak kahwin jadi bini orang, kenalah jaga aurat dengan betul. Takkan masih nak berada pada zaman jahiliah seperti sebelum ni lagi. Wakakaka. Ada aku jumpa page yang jual wide shawl, tapi tak ada warna yang betul-betul aku nak tu. Kalau ada yang custom made pun, harga agak mahallah bagi aku sebab satu helai dah 60-70 hengget (plain shawl). Dah tu kalau 4 helai mau beratus. Takkan setakat tudung je nak habis banyak camtu. Lain lah kalau pakai hari-hari. Nak kahwin ni memang akulah manusia paling jimat tahap gaban. Huehuehuehue~

Last week, satu hari tu, aku temankan cikgu sekolah aku pergi 1 Borneo sebab dia nak bank in kan duit kereta. Sambil tunggu dia pergi kat bank dalam mall tu, aku jalan-jalan kejap. Then tetiba aku ternampak kamdar kat level 2. Aku masuk je sesaje nak tengok kain. Kebetulan pulak diorang ada jual kain plain, yang dah siap dipotong dan dilipat letak kat satu tempat. Bila tanya pekerja, diorang cakap kain tu untuk buat tudung. Dah siap dipotong 2 meter. Aku pun apalagi. Belek-belek cari warna yang aku nak dan hoyeah aku dah jumpa!! Warna putih, purple dan biru! Wuhuuuuu!! Ada satu lagi warna yang takde, warna peach. Frust sikit tapi takpelah warna lain dah jumpa. Warna peach tu nak pakai untuk reception, warna putih untuk akad nikah, purple untuk majlis bertandang dan biru untuk outdoor.

offwhite

soft blue (dlm gambar nampak terang sket)

soft purple
Yang paling best harga shawl ni mahal gile. Sumpah mahal nak mampus. Satu helai, ukuran 2 meter adalah RM 10.90. So purple dan putih tu hrga dia RM 21.80. Yang biru tu murah sikit sebab material lain, material jojet which is RM 8.90. Mahal gile sampai nak pengsan. Hewhewhew. Lantak pi la harga tu, janji selesa dan aku puas hati. Kain dia memang sangat lembut, bila pakai tu terletak je, lawa. Seriously tak menyesal pun beli. Kalau korang nak cari shawl cenggini jugak, bleh la pi survey kat kamdar. Mana-mana kamdar pun ada rasanya.

Okay selesai cerita pasal shawl. Sekarang pasal kasut pulak. Bridal tu pun dah ada sediakan kasut tapi aku tak berkenan sebab aku tak minat kasut jenis muncung tajam gitu. Entah memang tak minat walaupun design dia lawa tahap kebabom. Jangan salah faham, aku je yang tak minat macam tu. Orang lain okay je kot. Hehe. Lain orang lain citarasa kan.

cth kasut kahwin kat bridal. lebih kurang mcm ni la rupa dia
gambar from Google

Lepas tu, aku bagitau mama aku, nak kena beli la kasut kahwin macam ni. Kalau tak, nanti takde kasut nak pakai. Takkan nak pakai selipar yang aku pakai pi sekolah tu je. Huhu. Buruk ah. Seharian aku survey kat Kota Bharu tu, dari KB Mall, Parkson sampaila kedai-kedai kasut kecik. Tapi satu pun tak berkenan sebab aku nak cari wedges. Ye lah kalau aku beli yang heels tinggi tu, confirm aku pakai sekali je. Pastu dah tak pakai dah, sakit kaki wei. Alang-alang nak beli, baik aku cari yang memang confirm aku akan pakai banyak kali nanti. Lepas cari tak jumpa-jumpa jugak, last-last aku survey on9 lagi. Ditakdirkan nasib aku baik, aku terjumpa satu blog ni jual wedges yang macam aku nak. Yipppiiiii!!!! Warna gold, heels tak terlampau tinggi dan selesa plus simple + sweet + lawa! Harga pun tak mahal, RM 70 including postage. Wuhuuuu~ Dahla seller dia sangat friendly. Sekali aku email, terus dia sms + whatsapp dan send invoice untuk order. Cuma ambil masa sikit untuk terima kasut ni sebab import dari Korea. Dalam 2-3 minggu jugaklah baru sampai kat tangan. Aku punya sampai lewat sebab bertembung dengan cuti raya cina. Pejabat pos pun cuti banyak hari. Sabar je la kena tunggu. Sampai-sampai je barang memang sangat puas hati! Yeah!!



sape kata tak lawa aku tembak nanti. siap hangpa!
hahahaha

Oh ya, lupa pulak. Kasut tu aku order dari sini : http://shoeworldmalaysia.blogspot.com/  Contact diorang through email : shoesworldmalaysia@gmail.com.

Habis sudah cerita pasal kasut. Nantilah next time aku story pasal bridal ke pulak. Banyak lagi tak settle. Hantaran tak lengkap lagi, kad pun entah ke mana lagi. Kalau ada sesiapa tahu kat mana-mana dapat tempah kad yang murah-murah, sila bagitau ye. Aku tak nak bazirkan duit beli kad mahal-mahal or grand sangat, last-last orang buang jugak. Hehe. Btw, thanks for all yang support dan banyak berkongsi info ngan aku selama ni terutama pasal persediaan wedding ni. Tanpa bantuan korang memang patah tangan jugak la aku nak mencari satu-satu. Huhu. Tq so much! Love you all!

Like tanda Sayang

3 comments:

  1. kita pon nak pakai shawl, macam sweet je kan

    ReplyDelete
  2. cantik dan jimat .. saya nak tanya kalau wedges sesuai ke buat kahwin? sebab saya tengah fikir ni nak cari wedges jer sebab kalau heels tu menakutkan saya tak pandai jalannnnnnn

    ReplyDelete