Thursday, February 6, 2014

Take My Hand To Jannah #Part 1 - Door Gift


Pheww.... It's been a while since last time I wrote here. Not enough time to go online due to some other things need to be completed. Sedar tak sedar dah bulan februari. Mak aihh.. Kejapnye masa. Padahal baru rasa macam cuti sekolah tahun lepas. Tuptup dah lebih sebulan berada di negeri bawah bayu ni. Hehe..

Umm.. agak-agak bila tengok title entry kali ape yang korang fikir ek? Haha. Actually aku pun agak blur nak menaip sebenarnya lagi-lagi kalau pasal ehem-ehem ni. Straight to the point, rasanya dah ramai yang tahu aku tengah dalam proses + preparation for becoming wedding. So agak kelam kabut segala hal bagai sampai tidur pun boleh termimpi-mimpi. Dahlah aku anak sulung, so family kitorang tak pernah kenduri sebelum ni. Memang berhabis la ni, aku kena prepare satu persatu dan beli semua barang supaya senang nanti adik-adik aku kenduri akan datang main guna pakai yang kakak dia punya je.Phewww. Memandangkan aku jenis yang teliti dan plan satu persatu dengan cermat, segala benda aku survey dari A to Z, jadi kawan-kawan rapat pun banyak bertanya sebab diorang at the same time tengah prepare diorg punya wedding jugak. So sharing lah setakat mana yang mampu kan. Tapi kadang-kadang tu tak sempat nak reply whatsapp dan sms sampai terlupa, berhari-hari baru ingat balik nak reply. Sadis btol. Mau kecik hati diorang. Dengan ini aku pun berfikir lebih baik aku tulis entry je perjalanan dan proses ke arah membina masjid ni satu persatu based on my own experience lah. Bila ada yang bertanya nanti, senang je, kasi link blog suh diorang baca kat sini je. Beloved followers and readers yang lain pun boleh refer skali kan? Haaa kang senang cenggitu. Mana yang korang rasa berguna dan boleh jadi panduan untuk korang punya wedding jugak, silakan untuk take note dan share. I don't mind at all. Kehkehkeh.

Sebagai permulaan, aku rasa lebih senang start dengan door gift dulu sebab tu first thing yang aku prepare. Memandangkan profession aku ni mencampakkan aku ke seberang laut, jadi waktu cuti sekolah bulan nov-dec lepas berhabis aku beli semua barang untuk goodie bag / doorgift dulu supaya senang lepas ni tak payah nak fikir dah. Fokus pada mende-mende kecik macam hantaran, bridal dan jamuan nanti. Pendek cite aku turun pi Nilai 3, N9 sebab kat sana orang cakap banyak pilihan dan harga murah. Memang part murah dan berkualiti tu yang aku highlight sebab aku punya guest nanti ramai, parents aku cakap nak jemput 1000 orang. Dah kalau jemput 1k, confirm yang datang lebih dari tu. So kena beli doorgift mau seribu lebih jugak la ooo.

First thing sampai sana aku cari apa gift yang semua orang boleh guna dan bukan hanya simpan dalam almari semata-mata. Aku tak nak la bagi macam mug kecik, pasu kecik tu ke, sebab aku tau dah memang jarang betul orang guna mende tu. Kat rumah aku pun bersusun berhabuk macam tu. Botol? Botol design lawa memang banyak kat sana dah yang tu common sangat. Malas la, nanti kena cari makanan or gula2 pulak untuk letak dalam botol tu. Nah aku share sedikit sebanyak tips yang aku apply untuk cari door gift ni:

1Pastikan berapa bilangan tetamu (exact no. of guest) yang akan dijemput. Perlebihkan bilangan tu. Contoh: Jemput 500 orang, so lebihkan anggaran tetamu, probably 700 (atau lebih) yang akan datang. Jadi doorgift kena beli 700, jgn beli cukup-cukup 500.


2. Door gift apa yang korang nak kasi. Pilih dan survey betul-betul. Tengok kegunaan / kelebihan dia untuk tetamu kita. Kalau rasa benda tu tak ada guna or tak berapa orang nak guna, baik tak payah kasi terus. Bazir duit je. Alang-alang nak bagi, bagi betul-betul.

3. Berapa budget untuk door gift (budget keseluruhan dan budget untuk setiap orang). Cth: Jemput 700 org, jadi budget total untuk setiap orang =  RM 1. Jd 700 X RM 1 = RM 700. Budget ni mestilah termasuk harga paper bag/ box, gula2 or jajan (kalau korang nak letak dlm box or botol), dan gift yang special korang kasi. Cth:
              Paper bag : RM 0.20
              Gula - gula: RM 0.20
              Keychain :  RM 0.60
              __________________
              Total       :  RM  1.00 seorang

4. Cari door gift yang simple dan senang. Satu jenis or dua jenis pun dah ok. Tak perlu cari sampai 4-5 jenis, nanti ko jugak yang penat tak tido seminggu sebab dok isi benda-benda alah tu dalam box/paper bag nanti. 


Contoh-contoh door gift: yang boleh di beri:
(sumber : Google)


Kembali kepada ceritaku. Lepas seharian aku survey, lastly aku decide nak beli ketip kuku yang kiut miut tu sebab aku mahu seluruh rakyat Malaysia mementingkan kebersihan dengan memotong kuku bebas kuman berleluasa. Hoihh ntah pape2. Haha. Aku decide nak beli yang tu kerana baik tua muda kaya miskin bijak cerdik mesti semua memerlukan pengetip kuku dalam kehidupan. So kot mano2 pun sumo ore akan guno. Takdok hok tohok nati. Yeah. Lagipun dekat kedai yang aku pergi tu (lupa nama kedai) dah ada siap sedia pengetip kuku dalam box kecil yang comel. Senang keje aku. Tak payah fikir pasal nak bungkus mende alah tu dah. Aku budget doorgift aku dalam rm 1.50 seorang. Pengetip kuku ni harga asal dia RM 2 for each tapi sebab masa tu YES (year end sale) jadi aku dapat 50% discount which means RM 1 for each. Berbaloi la kan kan kan.

Taraaaa.. Ni diaaaa
Door gift ni pada asalnya aku nak bagi kat orang macam tu je, malas nak cari paper bag ke box ke ape. Leceh. Aku bagitau mama, kasi je la macam ni kat orang. Dah sedia ada dalam kotak kan, buat apa nak gula-gula semua tu. Jenuh benda renyeh2 macam ni. X de masa nak buat. Parents aku setuju. Tapi bila ada nenek aku, dia cakap suh letak dalam paper bag or kotak besar sket jugak plus nak jugak letak kismis or gula-gula bagi kat orang. Adoyai... kami pun ikut je lah. Survey punya surver terjumpalah satu jenis box ni. Harga dia asalnya satu packet rm 5.66 sen tapi sale 70%, dapat harga lebih kurang RM 1.77 satu packet. Dalam satu packet ada 10 buah kotak. So setiap satu kotak hanya RM 0.17 sen je. Murah gile kan. Terus aku rembat 1200 buah.

ada 3 warna, terpaksa ambil warna campur-campur sebab tak cukup bilangan kalau arnik satu warna je


So nanti dalam kotak tu akan ada ketip kuku dan kismis or gula-gula. Untuk special guest pulak terutama family belah pihak lelaki, aku bagi benda sama jugak cuma aku add on key chain special aku tempah dari Sabah bawak balik sana. Tak banyak pun tempah, dalam 200 gitu je hanya untuk family belah aku dan belah bakal suami nanti. Keychain tu satu paket ada 20 biji, harga satu paket RM 15. So untuk sebiji tu dalam lingkungan RM 0.80 gitu la.

cop sabah tu penting.
saje nak bagi kenangan daripada tempat aku berkhidmat. rare sket dari yang lain

Oh ya, lupa pulak nak cerita. Adik aku pun kenduri jugak, tapi dia lelaki. Kami buat majlis serentak, so nanti aku majlis perkahwinan beserta adik aku majlis sambut menantu (bertandang). Senang buat sekali ayah aku cakap. Kalau banyak kali penat woo nak settle semua benda. So adik aku ada beli jugak door gift untuk dia punya kawan-kawan serta family belah pompuan. Kotak kami sama, cuma door gift yang dia pilih adalah benda yang gantung dalam kereta tu. Ape kebende ntah, aku lupa nama dia. Dia pilih yang tu sebab kawan-kawan dia majoriti lelaki kan, so dia nak cari barang lelaki (kononnya). Yang tu harga dia RM 2 jugak, after diskaun jadi RM 1 for each. Sama ngan harga aku punya.

lebih kurang macam nilah yang dia punya. gambar ni aku cilok dari 
Gitulah lebih kurang kami punya doorgift. Very simple, tak banyak pun. Cuma harap-harap dapat bagi manfaat lah pada orang lain untuk digunakan. Nampak je simple tapi beribu jugak habis ni hoi. Hahaha.
Korang punya pulak macam mana? Bagi yang belum lagi beli tu boleh la survey kat tempat-tempat besar macam kat nilai tu sebab harga dia lagi murah dari tempat lain. Dan banyak variety korang boleh pilih. Macam-macam doorgift ada. 

Harap-harap apa yang aku share dapat membantulah bagi mereka yang perlukan bantuan tu. Huahuahua..
That's all for tonight. Nak kena tido, esok sekolah kelas full sampai balik. Haiyayai...

Good night sayang-sayang semua!



(amboih dah pandai sayang-sayang, gataiiiii kemain)



Like tanda Sayang

10 comments:

  1. Menarik. Ika haritu door gift brcampur sbb ramai yg sponser. Smoga dipermudahkan ye.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh untunglaa ramai sponsor..hehe..izma diorg byk sponsor hntaran..sbb doorgift ni dh beli awl2 kn, kwn2 pn xtau lg yg izma dh nk kawen.huhu. kecuali yg baca blog ni :P

      thanks eka. tak sabar dh ni. wakaka

      Delete
  2. cantik box tu izma.... tapi ada banyak pulak stock kepit kuku tu.. selalu susah nak cukupkan stock....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cukup2 je ima.. nasib baik..Allah permudahkan..huhu. kalau tak beli benda lain jugak jwbnye..

      Delete
  3. Nak tanyala..kat mana beli doorgift yg gantung kereta tu erk?sbb jmp yg jnis batu n mahal..huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat nilai 3, negeri 9. x igt nama kedai tp mmg kdai dia area line 1st mula2 masuk sana, kdai yg semua jual brg pengantin

      Delete
  4. Nak tanyala..katne beli doorgift gantung kereta tu erk?sbb jmp yg jenis batu n mahal..huk3..leh tlg email x..ainwawa.tcsb@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam..Awk.. nak tanya..mana awk beli kotak tu? Murahnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat nilai 3, negeri 9. nama kedai kita x igt dah..huhu

      Delete
  6. Hai bride to be, bakal pngantin sekalian!!!!

    Kami ada menjual door gift dengan custom made design, siap cetak boleh letak nama pengantin, tarikh, ucapan, gambar dan sebagainya dengan harga murah dan berpatutan.


    ~ Surah Yasin Custom Made
    ~ Buku Doa Amalan Harian Custom Made
    ~ Tasbih Mini
    ~ Kalendar Mini
    ~ Wedding Guest Book
    ~ Wedding Photo Props

    Hubungi Kami Untuk tempahan dan Maklumat Lanjut
    sms/whatapps : 0127164176
    https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
    http://cutecreativecreation.blogspot.com

    ReplyDelete