Tuesday, February 4, 2014

Macam Mana Aku Bleh Terjebak Dengan Program Dr Azizan??

Aku masih ingat lagi tahun lepas dalam bulan Oktober. Masa tu bangun awal pagi sebab nak cuci baju sambil on tv. Lepas tu tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O dan tetamu jemputan tu adalah seorang hamba Allah yang memang aku tak kenal pun sebelum ni. Nak kata artis tu, jauh sekali. Rasa pelik kenapa dia dijemput, apa lebihnya dia? Masa tu la first time dengar nama Dr. Azizan Osman dan dia inform tentang Seminar Mini Magnet Kekayaan & Kejayaan yang bakal diadakan di Kota Kinabalu pada 20 Oktober. Aku tengok dan dengar endah tak endah je. Tak berminat pun. Seriously.

Beberapa minggu selepas tu, kawan aku call mintak tolong ambil di airport hari Sabtu pagi. Masa on the way nak pergi sana, kemain banyak kereta di 1 Borneo. Aneh. Bila tanya orang, rupanya orang ramai berpusu pergi seminar tu. Elok-elok pulak kawan call bagitau yang flight dia delay. So aku pun ikut sekali pergi Grand Borneo dan masuk dewan (sebab free). Dengan diizinkan Allah, dapat jumpa DAO in real. Mula-mula punyalah bad impression sebab masuk-masuk tu dah berjoget lagu chicken dance bagai. Pergh. Makcik pakcik sume lompat2  macam ntah pape. Aku pun tengok je dengan blur. Tapi bila dengar DAO cerita tentang life dia, sedikit ilmu yang dia kongsi, aku mula tertarik minat. 

hoip hoip punya la semangat T.T
Bila DAO open promotion untuk IMKK, laju je aku berlari ke belakang untuk jadi antara peserta register terawal. Kemain semangat. Waktu tu hrga dia mau dekat 1k, tapi bleh bawa lagi satu orang. So means 1k tu untuk 2 orang la. Sekali masa nak bayar tu tengok dalam purse ada rm20 je. Kad kredit memang tak penah pakai. Hujung bulan pulak tu. Memang kering. Last2 bagi kat crew debit card, cukup2 makan je duit dalam akaun untuk bayar program tu. Nasib la lepas. Kalau tak bikin malu je. Huuuuuu

Lepas register tu terus call adik, ajak dia join IMKK tapi dia tak nak. So dok fikir-fikir last2 call kawan lelaki lagi sorang untuk join IMKK ni. Nasib dia setuju, terus submit nama dan details. Kuat betul aura DAO ni..semua berebut nak register at the same day. Boleh nampak betapa semangatnya anak-anak muda Malaysia ni mau berbisnes. Kalah orang luar. Hehe..



To Be Continue......

Like tanda Sayang

2 comments:

  1. continue ke.... lol..

    Selalu dgar nama DAO tapi aku tak tertarik... muehehe

    ReplyDelete