Friday, February 15, 2013

Rezeki

image from here


Rezeki.

Kadang-kadang kita susah benar mendapatkan secebis rezeki,
mungkin kerana hubungan kita dengan Allah masih terlalu jauh.

Kadang-kadang hubungan dengan Allah kita rasa dah cukup baik,
solat terjaga, segala suruhan dilaksanakan, larangan ditinggalkan,
tapi mungkin kita ada masalah dengan hubungan sesama manusia,
menyebabkan rezeki itu lambat datang pada kita.

Kadang-kadang hubungan dengan Allah
serta manusia lain sudah cukup kita pelihara,
tapi rezeki itu masih juga payah bagi kita,
walaupun kita tengok orang lain lebih senang dan begitu mudah.
Mungkin Allah uji kita,
supaya suatu masa rezeki itu akan tiba,
walaupun terlalu lambat kita rasa,
begitu payah dan peritnya menyesakkan jiwa,
tapi jangka masa kita peroleh serta merasai nikmat rezeki itu lebih lama dari orang lain,
mungkin hingga akhir nyawa kita.

Jadi sentiasa berdoa dan bersyukur,
sebab rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang semata-mata.
Kejayaan juga rezeki,  ilmu dan pendidikan juga rezeki,
kasih sayang, keluarga dan teman juga rezeki,
Jodoh itu juga rezeki... :)




Artinya: “Wahai Allah, limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad Saw; sebanyak aneka rupa rizqi. Wahai Dzat Yang Maha Meluaskan rizqi kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskan dan banyakanlah rizqiku dari segenap setiap penjuru dan perbendaharaan rizqi-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu jua. Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau. ” 
Penjelasan :
Doa ini dibaca setiap selesai melaksanakan solat lima waktu





Barakallahhufiikum Fiiamanillah Allah Ya Kareem 






p/s: Maafkan segala tutur kata, perbuatan atau kesilapanku yang pernah mengguris hati kalian. Maafkan aku, agar pintu rezeki itu akan terbuka luas dan menjadi lebih mudah bagiku... supaya lebih senang dan cepat untuk aku mendirikan masjid suatu hari nanti.. :')






Like tanda Sayang

7 comments:

  1. hubungan dengan Allah , boleh terus tanpa pengantara .. hubungan sesama manusia , nampak mudah walhal payah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. Allah sentiasa ada walaupun sejahat mana kita asalkan kita kembali ke pangkal jalan..

      tp manusia, bkn semua org bleh terima kemaafan

      Delete
  2. tak ada lagi tempat lain untuk kita meminta-minta..hanya pada Allah sahajalah tempat yg afdal untuk kita mengadu...

    ReplyDelete
  3. setiap manusia ada bahagiannya masing masing

    ReplyDelete