Saturday, December 1, 2012

Muslimah dan Tudung


Kelmarin aku ke Rantau Panjang mencari barang-barang kiriman guru-guru kat sekolah aku. Kebanyakannya mintak aku tolong beli tudung sebab diorang kata tudung kat sini lagi murah. Daripada order yang aku dapat, ada 2 orang cikgu ni mintak tolong aku beli tudung bawal bidang 60 (jenis yang besar dan lebar). Puas aku masuk setiap kedai tudung tetapi tak jumpa juga jenis tudung seperti yang dikehendaki.

Bila aku tanya tuan kedai, dia cakap sekarang dia dah tak ambil tudung jenis bidang besar tu sebab tak laku. Lagipun sekarang ramai gadis dan makcik suka pakai shawl atau tudung instant yang ada awning tu. Dia cakap lagi kalau aku nak boleh, kena tempah la dan kosnya agak mahal la aku rasa. Setakat shawl dan tudung awning or tudung bawal biasa ko boleh dapat harga bawah 20 hengget tapi tudung Muslimah macam tu at least ko kena spend rm50 sehelai. Berkali ganda harganya dari tudung biasa. (tudung Muslimah here means tudung jenis bidang yang besar dari saiz tudung biasa)

contoh tudung muslimah (bidang besar)





contoh tudung biasa

Kemudian aku berfikir. Sepanjang aku hidup ni aku perasan yang susah aku nak jumpa tudung Muslimah yang betul-betul cantik. Selalu kita tengok tudung Muslimah yang ada memang sangat simple dan colournya pun dull, kategori biasa-biasa aje. Kalau nak compare dengan tudung biasa tu memang jauh beza. Kadang-kadang ada la jugak terjumpa tudung Muslimah yang cun tapi jarang sangat-sangat la. Kadang-kadang kualiti dan material yang diguna pun jenis yang keras dan tidak selesa. Kalau pakai pun nampak macam tidak kemas a.k.a serabai je. Kenapa tidak dijual tudung Muslimah yang berfashion sket? Berfashion di sini maksud aku bukanlah yang melanggar syarak ke hape. Cuma kan lebih menarik kalau tudung itu ada pelbagai corak, kaedah memakainya dan pelbagai pilihan seperti tudung-tudung biasa yang lain. That will be great as long as ianya masih mengikuti landasan dan hukum menutup aurat yang betul.

Maka disebabkan itu, now I want to do a survey.

Jadi aku perlukan pertolongan dari korang. Means that ada beberapa soalan yang aku nak korang jawab sejujurnya. You are free to share or comment or giving any idea regarding to the matters that we'll discuss here.

Okay?


Bagi korang dan kawan-kawan atau ahli keluarga korang yang sukakan tudung muslimah atau ingin memakai tudung muslimah ataupun ada banyak idea yang nak dikongsi tentang tudung Muslimah, soalan-soalannya berbunyi begini;

1 - Di mana korang selalu beli tudung Muslimah?
Kalau ada link website yang korang selalu order, feel free to share. Nama kedai atau tempat juga dialu-alukan untuk dikongsi di sini.

2 - Materials jenis macam mana yang menjadi pilihan? Chiffon? Cotton? Bawal? or etc?

3 - Kalau diberi pilihan, tudung Muslimah bagaimana yang korang mahu?
Contoh: Jenis corak terkini seperti polkadot or leopard dgn ropol-ropol ditepi beserta sulam atas kepala. Ni contoh je ok. 

4- Sekiranya ada tudung Muslimah yang berkualiti, selesa dan memuaskan hati korang, sanggupkah korang beli walaupun harganya agak mahal berbanding tudung biasa yang lain?

5- Tudung Muslimah manakah yang lebih menjadi pilihan - bercorak ataupun plain?

6 - Cadangan/Harapan/Komen anda?


Segala komen, perkongsian, cadangan dan kutukan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Kaum lelaki juga dibenarkah untuk menjawab soalan selagi jawapan korang itu logik dan boleh diterima akal. Sebelum tido aku nak clarify something. Tujuan entry ni bukan untuk condemn tudung-tudung yang sedia ada termasuk tudung biasa. Semua tudung okay je asalkan cara memakainya adalah betul dan menutup aurat dengan sempurna. Tak kisahlah shawl ke, tudung labuh ke. It depends on how you 'style' it, okay? Ada paham? Alang-alang aku dok pot-pet pasal tudung muslimah, jadi tak salah kalau aku minta pendapat korang kan? Hehe =P


Hep hep  hep.. 1st time ni wei.
 *blush*  


Together, let us create better Muslimah.

Insha Allah.

^_^








Like tanda Sayang

31 comments:

  1. salam kak izma..saya selalu baca blog akak..tapi harini baru terdetik nak komen,,;)
    saya cadangkan beli je kain dekat kamdar atau nagoya atau mana2 kedai kain..dan beli 2.50 metre untuk buat tudung bidang besar.. sebab biasanya saya beli kain macam tu je untuk jahit tepi..kos untuk jahit tepi cuma rm5/rm6. dan material untuk kain tudung biasanya harga lebih murah semeter..
    dan kain di kamdar atau nagoya ni biasanya corak sangat la cantik dan pilihan warna untuk plain pun banyak

    salam;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm dik..

      oh thanks for sharing! sangat membantu :)

      lagi satu nak tanya.. selalu kalau adik beli kain untuk wat tudung ni kan, material jenis apa yang paling best pakai dan senang dibentuk dekat bhgian muka tu? Akak rasa macam bentuk muka akak tak sesuai untuk pakai tudung bawal/tudung muslimah ni.. kalau shawl nampak ok sket.. huuuu :(

      Delete
    2. salam kak.. biasanya dekat kamdar dia ada macam2 jenis chiffon and cotton.. baru2 ni saya dgn kawan2 try beli cotton cuma rm2.80 je semeter..tapi sesuai untuk sume bentuk muka.. kami pun ada beli jenis kain chiffon dan cotton 2metre untuk buat selendang.. masih boleh tutup dada dan tutup aurat..:)mungkin akak boleh cuba ;)
      harap membantu akak

      Delete
    3. ASSALAMUALAIKUM, Kami juga menjual pelbagai Shawl dan Tudung Design terbaru yang menarik pada harga yg berpatutan!! Boleh layari blog kami

      http://syazfamuslimah.blogspot.com/ atau

      http://www.facebook.com/syazfa.muslimah

      TQ (^_^)

      Delete
  2. https://www.facebook.com/aula.shop

    sharing is caring..hehe..byk pilihan tudung2 labuh yg cantik2 ^^

    ReplyDelete
  3. aku malas nak jawab soklan tu.. tapi aku nak komen yg tudung ko tu cantik.. warna aku suka.. dan orgnya pun cantik juge.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak.. tudung ni pemberian dari aunty, dari Mekah. Nanti kalau ada peluang ke sana, aku belikan satu untuk akak k :)

      Delete
  4. adui. sesak kerongkong aku baca.. nk dpt tudung labuh dah jd problem skrg? is it this bad? damn. rmi org dah x sedar kot pakai tudung bkn kena tutup rambut semata, tp kena tutup tetek skali. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kat sini yang susah nak cari kot.. kalau area lain aku rasa ada je yang masih menjual tudung muslimah ni. huhu. cuma kalau ada yang jual tudung muslimah yang lawa2 mesti lagi ramai mereka yang berminat untuk membeli kan :)

      Delete
  5. nana mmg x pernah pulak beli tudung bidang besar. tapi rasenye kat jb mcm senang nak jumpe tudung bidang besar2 ni..slalu klu nana nak beli pape jenis tudung mesti org kedai akan tunjuk bidang besar dgn standed biasa punya. tapi klu mcm bawal biasa tu ada cara yg pakai nampak labuh tutup dada. takpun klu mmg susah nak jumpa tdung bidang besar ni beli je kain ela depends pada material jugak la lepastu kena jahit sendiri..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab jahit sendiri tu betul dah. izma pun plan camtu jugak. huhu. lg puas hati kan sebab material tu kita sendiri yang pilih. oh kat jb banyak ek? nanti next week nak pergi sana. bleh la survey sambil jalan2 :)

      Delete
  6. FB dia busanamuslim. harga rm42. ok. beli.

    ReplyDelete
  7. setuju.. tudung muslimah memang susah nak dapat sekarang. Kat kedai tak ada sangat yang jual tudung macam tu. Biasanya tempah dengan tukang jahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan.

      eh incik lokman pun pakai tudung muslimah jugak ke?

      :P

      Delete
  8. kalau dekat jln tar kl banyak juga kedai yang jual tudung bidang besar ni. tapi sayang nye warna dia byk malap2 and kebanyakkn corak dia x bape bangkit.

    kalau boleh nak yang ada batu2 pastu kaler yang ceria2 sket kan.. tapi bagi saya la tudung besar ngn kecik lagi selesa pakai yang besar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa dah nampak dah jenis yg mcm mane cik iiima nak. hehe. kite pn suka yg ceria2. nampak elegance sket kan. thanks for sharing! :)

      Delete
    2. Kat jalan tar mane kdai mane ade jual tudung muslimah??

      Delete
  9. saya baru mula nak belajar pakai tudung mcm ni...mmg susah nk jumpa yg ceria warnanya,murah,kain berkualiti...saya suggest bli kain then jahit tepi..for shawl pon sme...lg mudah ikut selera kita ;) nice blog..

    ReplyDelete
  10. kalau nak tempah tudung labuh oleh tengok fb custom made (tudung labuh)..kita bleh tmpah nk yg mcmna...dn jenis kain camna...mcm2 fesyen leh tmph...sy slalu tmpah dngn dia...cntik sngt...boleh pilih saiz ...ni fb dia..www.facebook.com/tdglabuhje?

    ReplyDelete
  11. saya nak tanya,kedai akak ni boleh kew kalau nak tempah selendang dalan 300 ratus helai..

    ReplyDelete
  12. Btl2 sekrg susah nk cr tudug muslimah yg up to date..skrg sy ada cb nk berniaga online, ada jual tudg muslimah blh tgk fb sy...rambutan collection..but ada a few item je br, coz still under maintence LG.

    ReplyDelete
  13. hmmmm....berminat nak komen sekali...kat website alhijab.com ada jualan tudung labuh secara online. saya ada order dari situ. hmmmm material kain kashibo lembut sangat, sejuk dan mustahil kalu kata panas...bole pilih dari website tu...penghantaran nyer pun cepat

    ReplyDelete
  14. http://tudungnur.com
    salam . akk tgoklah sini . sangat banyak pilihan ^^

    ReplyDelete
  15. Salam hijabers semua..klu minat tudung labuh dan shawl labuh yang fancy,wrna2 yang menarik dan daboomm..jom layari www.facebook.com/qalbuhijab fashion

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.
    Saya ada menjual Tudung Akel Bidang 50/55/60.
    Akel ni brand popular dari Turki. Terdapat plain dan bercorak.
    Materialnya Bidang 50 dan 60 (setakat ini) Polyester, Bidang 55 Cotton.
    Pada harga yang affordable insyaAllah :)
    Jika berminat sila ke galerisolehah.com.my. Terima kasih ^_^
    -Ana, Admin GS

    ReplyDelete
  17. Salam.x jual ke tudung ni??

    ReplyDelete
  18. tudung bawal bidang 55/60....ada yg plain, 2 tone, 3 tone, pelangi.....boleh tgk kt https://www.facebook.com/pages/Syaurah-Yumnaa-Collectionz/552231834854085

    ReplyDelete
  19. boleh like page https://www.facebook.com/pages/Syaurah-Yumnaa-Collectionz/552231834854085 utk tudung bawal bidang besar 55/60...ada plain, 2tone, 3tone dan pelangi

    ReplyDelete
  20. 1 - Di mana korang selalu beli tudung Muslimah?
    -ANis br nak belajar pkai tudung mcm tu. tudung pertama anis beli dkt pkns dan tdg kedua anis beli kat https://www.facebook.com/pages/Inspirasi-Qaisara-Collection/181591815209440

    2 - Materials jenis macam mana yang menjadi pilihan? Chiffon? Cotton? Bawal? or etc?
    -Kalau anis, anis prefer bawal. Senang nak bentuk

    3 - Kalau diberi pilihan, tudung Muslimah bagaimana yang korang mahu?
    Prefer plain dan ade sulam atas kepala.

    4- Sekiranya ada tudung Muslimah yang berkualiti, selesa dan memuaskan hati korang, sanggupkah korang beli walaupun harganya agak mahal berbanding tudung biasa yang lain?
    -Kalau harga lebih dr 50 mmg anis xsggp. hehe

    5- Tudung Muslimah manakah yang lebih menjadi pilihan - bercorak ataupun plain?
    -for me mybe plain dan yg ada dua tone. klau bercorak xberapa sesuai dgn muka.

    6 - Cadangan/Harapan/Komen anda?
    - kalau boleh bia lah senang dan banyak kedai yang nak jual tdung muslimah dgn harga yg murah. sekarang ni memang susah nak cari sebab kebanyakan kedai jual shawl yg anis xreti nak pkai.

    ReplyDelete