Monday, October 22, 2012

Sebelah Dunia


Bila orang bertanya bagaimana keadaan di sini, jawapan aku tetap sama. "I'm doing good", dialog yang sudah aku hafal untuk diberitahu kepada semua. Setiap hari apabila aku melangkah ke pondok ilmu, aku tetapkan ikhlas dalam diriku untuk membantu dan mendidik mereka. Physically I am here, but my heart belongs to there. Susah untuk aku menetapkan diri di tempat ini sepenuhnya. Masih perlukan masa lagi..

Outsiders might not understand. Kamu mungkin tidak merasa dan mengerti. Jalan hidup kita semua berbeza. Tidak akan sama.

Masih aku ingat. Selepas UPSR, aku mula mencorak hidup di sekolah berasrama sehingga tamat pengajian menengah. Aku hanya pulang ke rumah kadang-kadang sahaja.Jarang sekali untuk waktu yang lama kecuali pada cuti sekolah hujung tahun. Selepas SPM, aku berada bersama keluarga hanya beberapa bulan sehingga aku ditawarkan program berkembar antara IPG dan UIA selama 6 tahun. Jadi aku menerima tawaran dan berjaya memperoleh segulung ijazah seperti yang diimpikan. Kalau dah belajar kat u tu faham-fahamlah. Sangat busy dan pack jadualnya. Tambahan pula aku banyak terlibat dalam sukan dan menjadi athlete di sana. Memang kehidupan aku seharian adalah kelas, sukan, rehat, assignments dan blog.


Sekarang baru aku sedar hidup aku lebih banyak bersama kawan-kawan kerana jarak dan kejauhan memisahkan aku dan keluarga. Walaupun selalu berhubung dengan parents serta adik-beradik tetapi tidak akan sama keadaannya seperti kami tinggal sebumbung. Bila aku dihantar jauh ke sini, dapat aku rasa betapa rugi dan losernya aku kerana seumur hidup aku masa yang ada bersama keluarga sangat sedikit. Dahlah kesihatan baba agak kurang baik sekarang. Betapa aku rindukan saat aku memeluk mama dan baba tiap kali pulang dari sekolah. Betapa aku rindukan masa aku meletakkan kepala di atas riba adikku, bergelak ketawa satu keluarga menonton siaran cerita, dan melakukan semua perkara yang tidak mungkin dapat aku lakukan seorang diri. Rindu!

Lagi satu perkara yang aku sangat rindu. Pengisian jiwa. Rohani ini selalu dahagakan ilmu. Bila di tempat orang di mana sekelilingku adalah gereja dan bukan masjid, aku jadi takut. Setiap hari aku terpaksa set masa sendiri untuk setiap waktu solat kerana tidak dapat aku dengar azan di sini. Masjid hanya ada satu, tetapi terletak sangat-sangat jauh dari rumah. Aku ni dah la bukannya alim sangat. Masih cuba membaiki diri untuk menjadi seorang muslimah. Dulu bila ada orang ceramah aku boleh dengar dari bilik atau dari rumah kerana suara lantang imamnya. Alunan Al-Quran dan zikrullah sentiasa berkumandang terutama bila aku di UIA. Tetapi di sini hanya suara aku seorang yang kedengaran. Jika aku atau penghuni rumah ini tidak membaca kalimah suci itu, maka sepilah hari kami.. Aku rindu waktu solatku yang berimam, bukan sendirian. Aku rindu untuk mendengar hafazan  adik-adikku. Aku rindu ceramah agama yang selalu menjawab persoalan agamaku.. Sesungguhnya iman ini hanya iman taqlid, yang mudah rapuh di makan anai-anai..

Semoga Allah melindungi aku sentiasa dan memelihara aku dari segala anasir yang tidak elok.





p/s: Walaupun sekuat mana aku bertahan, walaupun setegar mana aku menerima takdir yang ditetapkan, tetapi bila menghadap-Nya air mata aku tetap akan tumpah jua...






Like tanda Sayang

22 comments:

  1. dugaan di rantau org..hope dpt tabah dan sabar menghadapinya...

    ReplyDelete
  2. alaaa tbe2 na yg sedih bace entry ni...tp na xbole bg eva rasa sedihkan..
    so eva mcmne awk sedih pun biar pun kuar air mata awk kenaaaaaaaa jugak bertahan..(menaip mmg sng kan eva tp nk menanggung tu hmm -_-"
    awk pergi sna utk memberi ilmu..ramai org perlukan awk kat sne..
    awk kena hpy sbb awk dpt tolong org taw taw taw..xramai org dpt ape yg awk dpt skrng ni hehehe *terror x na memujuk? *smile cepat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terror2. bleh kasi award ni :P

      thanks na.. yup bila difikirkan keperluan mereka di sini, rasa macam tak sampai hati pulak nak tinggalkan mereka. dah memang tugas izma utk mencurah ilmu kpd mereka.. kalau tak jalankan tanggungjawab berdosa free la jawabnya.

      syukur kerana masih ada rezeki dan masih boleh bernafas.. :)

      Delete
    2. Amin... yeay now eva da okayy (^^)/

      Delete
  3. Berada dekat mana ni ye? Rasa macam di Sabah Sawarak je bunyinya.. Saya masa belajar di Sarawak dan outstation di Sabah memang penuh dengan gereja je di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah.. yup.. kt area saya kuat kristian.. kalau mcm kt tmpt lain ok sket kot

      Delete
  4. itu la kan... saya yg selalu dekat ni... rasa nak je duk jauh.. pelik kan? ape pun.. kena kuat semangat tau ... go gurlz go go go .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa nanti dah kena jauh nanti baru tau! huhu

      Delete
  5. macam ni yea rasa berada di tempat orang. Tp tak apa.Akak masih kuat lagi.
    waktu solat kene print jadual waktu solat siap2. tengok kat laman web jakim. taip waktu solat nanti ada. lepas tu pilih lokasi. Rasa tak ok,akak kene duduk di kawasan orang Islam, jika dah kawin ok la. Jika belum ajak kawan-kawan duduk sekali. Bagi ada kekuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takleh print sbb takde printer. haha.. akak salin je satu2 -_-

      tu la. nak cepat kawin dan pindah. huhuuu

      thanks for the advice btw :)

      Delete
  6. struggle for your life.. :)

    ReplyDelete
  7. Insyallah...selagi hidup berlandaskan apa yang Rasul tinggalkan utk kita iaitu Al-Quran & Sunnahnya, Insyallah, Allah akan pelihara kita... :3D

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete