Friday, October 12, 2012

Satu Kesilapan




It's 2.30 a.m.
Tersedar dari tidur kerana mengalami satu mimpi.
Mimpi yang tak sanggup untuk aku ingati lagi.
Terlalu perit jika ianya menjadi kenyataan.
Mata dah tak mahu lelap.
Terkebil-kebil, pandang sana sini.
Susah betul nak tidur bila dah bangkit.
Lewat malam seperti ini mulalah aku memikirkan macam-macam.
Masa depan, masa silam.
Semua datang serentak satu masa.

Satu hal yang sering menghantui aku,
Sejak bertahun-tahun yang lalu,
Terutama bila aku keseorangan bermuhasabah diri.
Perasaan bersalah yang mungkin tidak akan hilang sampai bila-bila..

Dulu ada seorang lelaki pernah hadir dalam hidup ini.
Sering memberi semangat, membuat hidup aku penuh gelak ketawa.
Terasa bahagia, terasa diri ini berharga.
Sampai suatu masa aku mengetahui si lelaki sudah jatuh cinta pada diriku.
Dapat aku baca melalui tingkah laku dan kata-katanya.

Tetapi aku terlalu inginkan kesempurnaan.
Bagi aku pada waktu itu, pilihan dan impian aku adalah seorang yang seni.
Bakatnya dalam lukisan dan muzik.
Walaupun tidak romantik, tapi bisa membuat aku kagum dan jatuh hati.
Sedangkan lelaki itu tidak mempunyai ciri-ciri yang aku ingini.
Semestinya kelebihannya pasti ada seperti semua insan yang lain.
Tapi ia terletak pada yang aku tidak nampak, yang aku tidak mahu ambil tahu pun.
Tidak sama sekali pun mencarinya, jauh sekali menghargainya.

Ketika itu aku telah jatuh cinta.
Pada seorang jejaka yang aku rasa begitu sempurna.
Anganku mahu bersama menghabiskan riwayat hidup aku bersamanya.
Dia mempunyai segala yang aku impikan.
Tetapi sayang.
Kerana dia terlalu ramai perempuan, terlalu banyak pilihan.
Hilang seorang, berjuta yang datang.
Mungkin aku tidak pernah dipandang, walaupun mungkin dia tahu aku menaruh perasaan.
Tapi aku terus mengharap dan berdoa.
Semoga dia sedar suatu masa nanti dan tahu betapa ikhlasnya aku mahu bersamanya.

Dan pada masa yang sama aku kecewakan si lelaki pertama yang telah lama memendam perasaannya.
Yang tidak pernah melangkah pergi dari aku.
Yang masih cuba menarik aku pergi dan kembali kepadanya.
Sedangkan dia tahu aku telah kuburkannya,
kerana aku hanya mahu buka pintu hati untuk yang lelaki kedua ini.
Hanya seorang itu sahaja, yang aku mahu menemanku hingga ke syurga.

Sehingga satu detik,
aku tersedar dari lamunan,
betapa ruginya aku,
menyerahkan masa dan jiwa aku untuk yang tidak pernah mahu memiliki,
dan melepaskan dia yang sangat mencintai.
Betapa bodohnya aku kerana melepaskan berlian untuk mendapatkan debu.
Betapa butanya aku kerana terlalu hendakkan kesempurnaan,
walhal akhirnya aku hanya menggapai di awangan.
Tiada apa-apa yang bisa aku capai.

Kepada si dia yang pernah aku hancurkan hati,
aku tahu kamu tahu siapa kamu yang aku maksudkan,
sekiranya kamu membaca apa yang aku tulis ini,
aku cuma mahu kamu tahu,
selama ini aku sangat menyesali,
atas apa yang telah terjadi.
Maafkan aku kerana terlalu banyak menyakiti kamu.
Maafkan aku kerana pernah menolak kamu,
di saat kamu sangat memerlukan aku.
Maafkan aku kerana meninggalkan kamu,
ketika kamu berjuang untuk hidup dan masa depan kamu.
Maafkan aku kerana terlalu mementingkan diri.

Satu perkara lagi yang aku mahu kamu tahu.
Walaupun jejaka itu lebih baik dan sempurna dari kamu,
dari rupa paras hingga kehidupannya,
tetapi aku yakin kamu menyayangiku dan mampu membahagiakanku
lebih dari dia.
Cuma aku yang terlewat menyedarinya,
Aku tidak meminta untuk kamu kembali,
kerana aku tahu aku tidak layak untuk orang sebaik kamu.
Aku tidak berharap untuk bersama kamu lagi,
Aku tahu kamu mungkin sudah ada pengganti,
Aku cuma berharap kamu akan maafkan aku..
supaya aku akan rasa lebih lega dan hidup lebih tenang selepas ini.

Maaf.. Ampunkan aku..




Aku rasa lagu ni memang kena atas batang hidung aku -_-




p/s: Kata orang, hidup ini karma. Karma itu telah datang padaku, dan aku redha. 
Sesiapa pun khalifah hidup aku pada masa akan datang akan aku terima dengan hati terbuka, segala kebaikan dan kekurangannya.. Insha Allah..










Like tanda Sayang

16 comments:

  1. i just got one phrase from my late teacher,
    and till now i'm looking for whom she'd mention..
    "girls, uoll nanti nak kahwin make sure laki2 tu yg cinta kita, bukan kita yg cinta dia. takpe kalo kita tak cinta dia pon..sebab pompuan ni mudah ja jatuh cinta kalo dah laki tu baik.. dan laki yg cinta kat pompuan ni susah nak cari tau.. sbab depa ni jenis yg setia insyaAllah..percayalah.."

    i just met one yg she'd mention! but takde jodoh ats sbab family..

    i do hope that first guy tu akn carik akak mula..and u must accept him..jgn lepaskan sekali lg..

    ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. best quotes :)

      u've met him? that's great!
      but what's wrong with the family?
      sygnya.. kalau boleh dibaiki hubungan itu jgn lepaskan ya..

      thanks for ur hope.. huu dia dah ada yang 99x better dari akak kot.
      tumpang gembira je la :)

      Delete
    2. ;c yup eva selalu nya yg kita nk xsemstinya kita dpt ,yang kita x suka adalah yg terbaik untk kita .

      Delete
    3. totally agreed.. selalunya mmg macam tu la kan.. huhu

      Delete
  2. Rasa bersalah bukan? Jangan risau, kalau ada jodoh, ada lah. :) Dia sudah sediakan yang terbaik buat kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Fel.. semoga kamu juga bertemu yang terbaik untuk kamu. pasti :)

      Delete
  3. Donno why mata aku berair bila baca ini. Heheh. Kadang3 kita buta disebabkan asyik mengejar sesuatu yg kita belum pasti takkan dapat sedangkan yg berada di hadapan mata, langsunfg tidak menghargai... huuu.

    It's ok. You can take it as lesson. Be happy girl.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear!

      Itu lah.. selalu abaikan yang paling dekat dan mengejar yang takkan dapat. Pathetic enough right? Huhu..

      I'm growing up, and I reflect myself. I know I will never turn back to be the old one and I'll try to upgrade myself better than before.. :)

      Delete
  4. smua yg berlaku ada hikmahnya~maybe berpisah sementara, Allah akan temukan semula lps ni..apa pun, saya doakan bakal imam awk adalah yg terbaik...awk seorang yg cantik dan baik..cuma kita manusia, mana ada yg xbuat slh kan..insyALLAH semuanya akan dimudahkan...awk kne doakan sy jgk, sbb asek kne tinggl >.< huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar dear.. Jodoh awk sudah ada, cuma masanya blum tiba lg. Percaya pada ketentuanNya. Thanks utk doa awak.. Saya pun doakan awak mendapat paling terbaik yang akan memimpin awak ke syurga :)

      Delete
  5. Aku baca..dan baca..dan baca.. dan aku rasa apa yang aku baca.. aku seperti baca kisah sendiri.. ah! sudah selalu cuba untuk terlupa. tapi rasa bersalah selalu buat aku ingat padanya... tak mengapa! kita itu bukan paksaan.. hati itu degil orgnya.. kasihan dia kalau kau pilih dia hanya kerna dia cintai kamu.. bukan kerana kamu cintai dia.. ingatlah.. kalau kamu benar2 sambut cintanya dulu. mungkin cinta itu rapuh.. carilah yg akan kamu cintai.. sebab DIA hantarkan org yang salah berkali-kali sebelum jumpakan kamu dgn yang 'betul' :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memahami.. Mungkin hubungan kami takkan kekal jika aku menerimanya kerana atas dasar kasihan.. Tp jika dia jodoh ak pasti aku akan mencintainya sepenuh hati. Kerana dia pemberian Allah utk disayangi.. Bukan disakiti lg.. :')

      Delete
  6. assalamualaikum kak..saya sekarang bersama dgn seseorang yg menyayangi saya sepenuh hati..dia mungkin bukan lelaki pilihan saya tapi dia terlampau baik dan buat saya terima dia dlm hidup saya.dan saya still teringat dgn bekas teman lelaki yang pernah hncurkan hati saya dulu..yang sempurna luaran tapi tinggalkan saya untuk perempuan lain..tak wajar kan saya ingat dgn org yg tak sudi.sedangkan saya dah ada org yg sudi sayang saya lebih dari saya syg dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kamu dah jumpa lelaki yang baik.. Eloklah dilupakan yang tak sudi, kalau tak kelak merana diri.. Sekurang-kurangnya kamu masih ada yang sanggup menjaga kamu, jd jgn sesekali kamu lepaskannya pergi. Or else u'll be regret for the rest of ur life!

      Delete