Convocation. Antara hari paling bersejarah dalam hidup aku. Tak sangka dapat juga hadirkan diri walaupun pelbagai dugaan yang datang. Huhu. Maaf sedikit lewat update, sekarang baru ada masa untuk online. Okay straight to the point. Mula-mula aku plan tak nak pergi convocation aku sebab family tak dapat turut serta. jadi aku tak nak convo sorang-sorang. Padahal robe, mortal board kawan dah tolong ambilkan. Photographer pun dah siap booking. Hati aku terasa berat nak pergi. Tapi atas pujukan dan nasihat family serta kawan-kawan, akhirnya aku beli tiket bus last minit. Sampai uia hari Sabtu. Convo aku hari Ahad. Nasib baik ada junior yang baik hati bagi aku tumpang stay kat bilik dia sepanjang convo ni. Sampai je kat uia kawan aku, Karina datang ambil dan bawa pergi ke convo diorang. Diorang ni budak KAED (architecture) dan convo diorang hari first. Aku punya second day. Jadi sempatlah jugak join kawan-kawan yang convo awal dari aku.
their day. tomorrow would be mine =D |
Petang tu Aunty Wa call tanya nanti convo nak pakai baju apa, baju mana. Aku tak fikir pun pasal semua tu, tak sempat tempah baju pape pun. Dalam kepala aku asyik fikir macam mana nak hadapi hari esok. Aku just bawa baju kurung plain cream yang beli dulu tapi tak pernah pakai lagi sebab plan nak pakai nanti jadi bridesmaid kawan aku November ni. Aunty Wa punyalah semangat pergi beli baju baru untuk anak sedara dia yang sorang ni walaupun berkali-kali aku menolak. Akhirnya aku terima la jugak, kesian dia bersusah payah cari baju untuk aku. Huhu. Malam tu aku update status facebook banyak-banyak dan tag kawan-kawan aku suruh datang konvo aku. Wajib datang, kalau tak siap la. Haha~ (takleh blah)
Menjelmalah pagi. Hari yang bakal berlangsung. Namun nasib masih tak menyebelahi aku. Masa aku dah siap sedia untuk pakai baju baru tu, bahagian pinggang kain agak longgar. Jadi macam asyik terlondeh je bila aku berjalan. Kang terlondeh kat atas stage naya aku. Jadi aku pun kembali kepada asal, pakai baju yang mana dah ada. Siap kena sound dengan budak lelaki lagi masa berjalan nak ke dewan; baju convo macam baju tunang katanya. Adeii.. Tapi takpelah. Aku dah mula nak happy sebab mama call dan bagitau yang mama, baba dan nenek baru naik flight untuk ke kl. Means that family aku akan datang untuk convo ni! Yay!
on the way to the hall dengan Alia |
Dalam pukul 10 Alia call dan datang ambil aku dari mahallah. Sepatutnya kitorang ada session bergambar satu cohort a.k.a batch sebelum masuk dewan. Convo kami start pukul 2 ptg, jadi ada masa lagi pagi tu untuk shoot ramai-ramai. Masa on the way ke centre untuk photo shoot, Aunty Wa call dan bagitahu yang dia dan family aku dah nak sampai uia dari LCCT. Aunty Wa cakap ayah aku dah sakit balik, nampak macam dia tak boleh tunggu lama sampai petang dan mungkin dia tak dapat masuk dewan nanti. Aku pujuk baba mintak dia datang jugak just untuk bergambar, biarlah sekejap je pun. Aku terpaksa cancel plan, tak dapat turut serta untuk bergambar satu batch. Aku terus pergi ke Main Auditorium dan ambil nombor giliran untuk shoot studio. Nasib baik ada Aunty Wa. Dia terus drive sampai betul-betul depan Main Auditorium so that baba tak perlu berjalan jauh untuk ke sana. Lepas tu kami shoot gambar family dekat studio dalam main audi, then snap dekat halaman depan tu sikit. Nasib baik photographer, Bad ada untuk shoot gambar kami beberapa keping. Sekurang-kurangnya adalah jugak kenangan untuk disimpan. Kemudian Aunty Wa terus bawa baba balik ke rumah dia sebab baba dah tak larat sangat. Dah tak tahan nak berdiri lagi lama. Seriously aku rasa nak nangis je sebab baba tak ada dan tak dapat tengok aku terima scroll daripada Rector Uia tu.. T.T Nasib baik mama dan nenek stay sebab nak masuk dewan bersama aku..
Mom, Dad, Thanks for being here! ^_^ |
Love of my life ♥ |
Selepas solat Zohor kami semua masuk dalam hall. Parents dengan graduates duduk asing-asing. Masa tengah tunggu turn untuk dipanggil ke atas pentas, tiba-tiba kawan aku kat belakang bising-bising dan panggil aku.
"Wes Izma, nama ko dalam Rector List la!"
"Rector List? Amende tu??"
" Rector List la. Takkan hang tak tau. Students yang CGPA 3.5 ke atas dapat Rector List. Kira geng-geng cemerlang ah ni. Kalau tak percaya tengok page 168. Nama ko tersenarai sekali"
"Ye dak mung ni? Aku dop tau pun wujud Rector List ni.."
"Betul la. Ce tengok dekat page 168 tu. Ada nama ko."
Oh. Betullah cakap kawan aku. Tak sangka nama aku tersenarai dalam rector list sebab aku dah give up bila aku dapat tau yang first class degree uia 3.7 dan cgpa aku hanya 3.5++. Tengok-tengok dapat 2 certificate, satu certificate ijazah dan satu lagi certificate of rector's list. Alhamdulillah :) Tercapai juga hasrat ibu bapa untuk tengok aku berjaya.. Rector Uia bagi speech best giler. Sangat tersentuh hati bila beliau menyatakan betapa besarnya harapan lecturer-lecturer kami dalam mengajar kami dan membentuk kami sebagai seorang pelajar dan Muslim yang terbaik. Aku rasa bersyukur kerana terpilih untuk masuk ke sini sebab aku mendapat dua ilmu, ilmu akademik dan ilmu agama. Walaupun aku bukanlah seorang muslimah yang sejati, tetapi sekurang-kurangnya ilmu yang dipelajari sepanjang berada di uia dapat membantu aku untuk meneruskan hidup berlandaskan Islam dan melindungi aku dari perkara yang tidak elok. Insha Allah segala bekalan yang aku dapat akan aku selalu praktikkan sehingga aku di hujung nyawa kelak. Cewaahhh panjang la pulak membebel. Kemain haihhhh~
Back to the topic. Selepas selesainya majlis dekat pukul 6 petang, Aunty Wa terus ambil mama dan nenek serta baba untuk dihantar ke airport sebab flight diorang lebih kurang pukul 8. So kena gerak awal nak elak traffic jam. Tak sempat nak bergambar dengan mereka.. Berat hati nak lepaskan mereka pergi.. Tapi nak buat macam mana. Mereka dapat datang pun aku dah bersyukur gile dah walaupun hanya seketika sahaja.. Sobsss..
Keluar dewan je aku macam lost. Aku keseorangan di luar dewan. Dahla seharian dari pagi tak sempat makan pape pun. Lemah longlai badan. Kawan-kawan semua sibuk bergambar dengan family, husband, tunang, ada yang ke studio, ada yang keluar makan, ada yang balik terus. Masing-masing sempat bertemu mata kejap je. Tak dapat nak join diorang semua. Rasa macam forever alone je. Huk huk huk.. Dengan langkah perlahan aku menuju ke bilik. Tiba-tiba Abg Taj kol bagitahu yang dia dan wife dia dah sampai uia, then blogger Hamzah Ian, Cimot dan kawan-kawan lain sms bagitahu yang diorang tunggu kat depan dataran CAC. Sampaikan kawan baik aku, Naim turun dari Jb dan datang ke Uia untuk temankan aku. Tambah lagi junior aku si Umar nak join sekali dan shoot kitorang ramai-ramai. Aku apalagi. Meloncat kegembiraaan la. Sumpah terharu seh! Tak sangka mereka semua sanggup bersusah payah semata-mata untuk datang ke konvo aku. Rasa macam nak peluk je sorang-sorang sambil cakap thanks. Sobss sobbsss *lap hingus* Trust me, only words can describe how much I appreciate it. Terima kasih kawan-kawan yang datang.. Sayang korang! ♥
Sebelum shoot make up dulu sepukul :P |
Temkiu sebab korang semua susah payah datang ^_^ |
Cimot dan Hamzah Ian, teman blogger. Thanks tau! :) blog Cimot : http://akupunyepasalaaa.blogspot.com/ blog Mejah : http://www.terbangtinggitinggi.com/ |
suami isteri yang sporting habis! |
most favourite shoot! |
call me Harryna Potter =P |
Malam tu aku lena tak sedar apa pun. Kepenatan asyik berkejar ke sana ke mari. Haduii.. Tapi sangat bersyukur kerana dah selesai dan Allah permudahkan segalanya bagi aku. Syukran Ya Allah.. ♥
So now I'm OFFICIALLY GRADUATED from International Islamic University Malaysia!!!
After years of learning.. being here for the best moments.. I never ever imagine I could hold the scroll of IIUM Bachelor of Education Teaching English As Second Language. Not a single word can describe the feeling and memories in it. Congratulations to all my friends and IIUM Graduates! Thank you so much to my beloved family, bestfriends, classmates, readers, followers and everyone who always keep my head up high till the end of my convocation day. May all of you have a beautiful life and successful career onwards. Insha Allah. Ameennnnn...
Babai IIUM @ UIA. I'm going to miss you so much. Rindu suasana belajar yang best, lecturer yang sporting morting, kawan-kawan yang kelakar. Rindu monyet-monyet yang suka curi masuk ikut tingkap dan bawa lari makanan. Rindu biawak komodo yang selalu catwalk depan kami sambil libas ekor bila kami nak pergi ke kelas. Rindu cafe-cafe yang serbanika makanan dan makcik-makcik yang kecoh. Rindu alunan azan dan zikir serta bacaan al-Quran yang merdu dari masjid besar.. Rindu ceramah dan talk-talk yang memberi inspirasi..Rindu semuanya tentang uia... :'(
Kalau ada jodoh, insha Allah akan kembali ke sana lagi..
Baarakallahufikum fiiamaanillah, Allah Ya Kareem. Alhamdulillah Alhamdulillah..
yup, baju dah macam orang nak nikah je..tunang pun sesuai..kita nak pakai off white or cream masa convo jugaklah
ReplyDeletehaha pakai jgn tak pakai :P
Deletekira 2 in 1, bleh tunang terus lepas convo ;)
izma, buleh posting mano?sedakk molek demo, mugo konvo dosss...kito ni samo jah umor, tp gak sy thn dpn br konvo~hehe...tahniah tau izma! confirm awk akan jd teacher ksygn bdk2...hehe
ReplyDeletehuuu bleh posting jauhhhhhh.. :(
DeleteInsha Allah.. harap2 dapat sekolah yang ok.. murid pn ok.. semoga2..
Aku mahu juga jadi seperti kamu. :)
ReplyDeleteTahniah! Lawa gambar-gambar tu.
yeah kamu pasti bisa menjadi lebih dari aku syg!
Deleteterima kasih. nanti convo kamu gambarnya pasti lebih lawa :D
suka tengok semua gambar...... seronok kan konvo day..... nak sambung belajar lg la.. nak konvo kali kedua.. hikhikhik
ReplyDeletehaha silakan!
Deletebestkan waktu belajar.. lagi best dari time kerja.. hukhuk
mula sedih baca.. then bila kwn dtg baru happy bila baca.. hehe.. congrats dear!. jelesnya dah congrats.. sy tggu setaun lagi..
ReplyDeleteeva baca sampai habis ek? thanks! pjg kot entry kali ni.. huuu..
Deletetakpe setahun kejap je. pejam celik pejam celik dah habis belajar ;)
eva ! cantiknya ko, serirs cantikk wei..sayang abang aku dah berpunya..kahkah
ReplyDeletelahh uia jgk ke? untunglah dh grad.. nnti kerja blanje aku weh,
btw, ko tunjukkan kebahagian ko jelas hnya melalui gmbar2 tu.. proud of u !
lorr.. awat x bgtau awal2 ko ade abg.. melepas dah laaa~
Deletehaha XD
ko uia jgak ek? aisehmem. kalau aku tahu mesti aku heret ko sekali hari tu. huhu.. alright! keje nanti aku belanja ko ek :)
im proud of u too! ^_^
saddLone, ang uia gak ka?
Deletesori kak izma xdpt teman sampai abes.. hihihi..
btw, pic mmg awesome! semua cantek especially yg ade sye tu.. koh koh koh..
psssssss.. bf akak ke tu? ble lg? hehehe.. sbnarnya mejah yg tnye..hihihi
bf? yang mane? mejah ke? memang tak ah. haha. semua yg dtg tu member je :)
Deletegeng2 awak ramai yang kena sabah sarawak eh.
ReplyDeletebudak ipik pun sama kan.
geng2 saya bnyak yg dapat johor ngan pahang,melaka.
lapor diri 16hb kan.
first time posting jauh ni..adoii!
yup. 10 ke sarawak, 34 ke sabah, 3 je dpt semenanjung. 3 tu pun sebab dah kahwin awal-awal lg hari tu. huhu
Deleteha'ah.. lapot diri 16hb. awak dapat mane?
besttttttttttttttttt!!!!!!!!!!! JELES!!! nape x invite saya jugakk bolee berangan2 ambek pix dngn awk kan.. hehehhe anywy congratssss dear!!!! ;))
ReplyDeletekan? patut jna kasi no kat izma, bleh izma kol terus aritu.. huhu..
Deletetakpe nti jna convo izma join sekali ek ;)
tq! :)
wah2!
ReplyDeleteentry panjang meleret tak bagi can lansung yer!
tahniah u ...moga dipermudahkan segala urusan u nanti....gambar pun bukan main banyak lagi macam balas dendam jer kannnn!
suka tengok u happy macam tu!
kirim salam dgn org tua yer ...tahun depan i datang hantar rombongan...hehehe!
Hee :P At last, baru rasa lega sedikit.. huhu..
DeleteThanks for ur support btw ^_^
p/s: U mmg camni ngn semua pompuan eh? Hebat :: thumbs up ::
Congratulations! And you look a lot like my friend in certain photos (at least, to me): http://www.facebook.com/kamaliah.yusuf?fref=ts
ReplyDeleteAm I? Perhaps we have some relations back then :P
DeleteSend my regards to her please, and nice to know you dear! ;)