Monday, October 1, 2012

Last Saturday

Oh hi hi  ;)
Tak sempat nak update behind the scene of cousin's engagement hari Sabtu lepas.
Ni baru ada peluang kejap untuk update.
Just a short entry. Kesuntukan masa.
For the engagement of my beloved cousin, Wawa, kami bertungkus lumus selama seminggu nak siapkan semua. Last minit kami sekeluarga diberitahu yang Wawa tak dapat cuti sebab dia kena present thesis pada hari Khamis.
Engagement date dah tetapkan pada hari Sabtu. So takkan nak cancel.
Wawa hanya boleh pulang hari Jumaat.
Flight ahli keluarga yang dok jauh-jauh tu pun hari Jumaat jugak.
Kelam kabut jugak la. Tambah pulak kesihatan ayah yang tak berapa okay.
Jadi aku dan cousin-cousin lain plus aunty2 yang ada di sini cuba prepare sebaik mungkin dengan masa yang ada.
Dari A sampai Z kami buat sendiri.
Pelamin ringkas+tirai, baju, hantaran, makanan dan lain-lain lagi.
Memang tak ada buat tempahan apa pun sebab nak save budget dan bersederhana.
Baju bertunang Wawa tu pun guna baju third cousin, Kak Ain. So pihak lelaki hanya beli baju Melayu kaler yang kelabu untuk nampak sama.
Bahagian pelamin tu kami just gantung kain putih di belakang, lepas tu letak kain pink dan ubahsuai sikit supaya nampai macam tirai.
Then kami pasang carpet, tempat duduk untuk sarung cincin tu kami just letak tilam (cadar putih + lace) dan 2 bantal bulat besar di hujung tilam itu.
Hantaran untuk pihak lelaki pun kami gubah sendiri. Ada lima ; Coklat, Kemeja, Kain baju Melayu, Kek dan Cincin. Tak sempat booking photographer pun. Ahli keluarga sendiri yang snap gambar sebab family pihak lelaki memang dah ada dslr. Baik guna je kan.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Makanan yang nenek dan aunty masak pun best. Hehe.
Insha Allah kalau diizinkan Allah bulan February ni akan berlangsung solemnization dan reception mereka.
Okay dah tak nak cakap banyak. Up gambar sikit, tapi yang ni tak berapa cantik sebab camera blackberry.
Gambar yang fresh dari slr belum sempat tengok pun lagi. Layan je la~


Syed and Wawa

sepadan and sweet!


third cousin, Kak Ain, her son, Aniq, and Wawa


dari kiri: fifth cousin; Ayeh, bakal family, bakal pengantin yang cun, dan si ngok ngek


sorry, awal2 lagi kami dah rasmi pelamin ni. haha @_@



sekuntum bunga di tengah. yang lain-lain semua kumbang :P




congratulation Wawa, I'm happy for you! :)





















p/s: Beruntung mereka yang ditakdir mendirikan masjid lebih awal... 









Like tanda Sayang

6 comments: