Hujung minggu yang agak membosankan. Keadaan cuaca tidak begitu baik menyebabkan aku memenuhi masa lapangku dengan menonton tv di rumah. Tiada cerita menarik untuk ditonton. Sedang aku sibuk menukar channel mencari cerita yang best, aku terhenti pada siaran Zee Variasi yang menyiarkan cerita hindi, Taare Zameen Par.
|
If you don't cry when you watch this movie, you don't have a heart. |
Cerita ini memang patut dapat 10 stars kerana mampu membuat aku tidak berganjak sedikit pun dari sofa. Ia mampu membuat aku tersenyum dan mengalirkan air mata pada masa yang sama. Jalan cerita yang sangat menarik dan penuh makna. Patutlah cerita ni menang award. Pada pendapat aku, cerita ini wajib korang tonton sebab ianya berkisar tentang sesuatu yang sering berlaku di sekeliling kita tetapi kita kerap terlepas pandang mengenainya. Walaupun situasi yang berlaku di kalangan masyarakat kita mungkin berbeza, tetapi selepas menonton cerita ini aku pasti kau akan menyedari betapa kita semua ini unik dan istimewa.
Kenapa?
Kerana makin hari kita makin lupa nilai-nilai murni yang perlu ada dalam masyarakat kita. Apabila terlalu mengagungkan kuasa dan kedudukan, mementingkan kesempurnaan, maka kita terlepas pandang keistimewaan dan kelebihan. Yang tidak kelihatan pada zahirnya, yang ada tetapi dianggap tiada, yang tidak semua orang memilikinya, mahupun memperolehinya.
Tahukah kau salah satu perkara yang paling bermakna di dalam hidup? Apabila kau menjadi inspirasi kepada orang lain, sehingga mereka menitis air mata, it can't be described by words. Nothing could ever been compared with that feeling.
Awesome!
Kadangkala sistem kita juga mempengaruhi minda masyarakat. Sistem pendidikan agak strict dan terlalu fokus kepada exam menyebabkan masyarakat kita masih berfikiran sempit. Kalau kau cemerlang dalam akademik, maka jaminannya masa depan kau pasti cerah. Kalau kau kecundang dalam akademik, seolah-olah hidup kau sudah tiada cahaya. Kita memandang sinis kepada mereka yang 'resultnya' hanya cukup-cukup makan. Mereka yang tidak berjaya melangkah ke universiti. Mereka yang lemah dalam menghafal teori dan segala macam formula yang menentukan markah peperiksaan. Padahal fokus itu tidak sepatutnya hanya pada akademik. Masih banyak lagi bidang yang boleh mencerahkan masa depan mereka.
Bagi aku, aku kagum dan memandang tinggi pada orang seni termasuk pelukis, pemuzik dan photographer. Pada pendapat aku, mereka mampu meluahkan sesuatu tanpa kata-kata, menceritakan sesuatu melalui lukisan dan irama muzik mereka. Mereka mampu mengadaptasikan fantasi mereka menjadi realiti di dalam setiap karya mereka. Tidak semua orang memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka. Tetapi bukan semua orang mampu menjadi seperti mereka. Ianya semulajadi, sesuatu yang dikurniakan oleh-Nya. Walaupun kau seorang yang berstatus tinggi dalam bidang keperluan masa kini seperti menjadi CEO di sebuah syarikat ternama, belum tentu kau mengerti apa itu kasih sayang yang sebenarnya. Belum tentu kau tahu menghargai apa yang kau ada. Walaupun kau memiliki harta dan jawatan yang menjadi impian setiap manusia, belum tentu ada yang akan mengalirkan air mata untuk kau bila kau sudah tiada.
Selain itu, sebagai seorang yang anti-pedophilia, perlu aku tekankan bahawa kanak-kanak mempunyai dunia mereka sendiri dan setiap kanak-kanak itu ada seni tersendiri. Kesilapan dan kesalahan adalah sebahagian daripada dunia mereka yang mencorakkannya. Let them learn by their mistakes. Let them enjoy and discover their world. What do you expect from them? Tak perlu sediakan jadual harian mereka yang padat dengan aktiviti yang telah kau tentukan atau mahukan. Mereka bisa belajar sendiri dari dunia sekeliling mereka. Mereka mampu mengetahui berjuta perkara tanpa perlu mengingati setiap bait yang ditulis di atas papan hitam mahupun secebis kertas.
Dah makin melalut la pulak aku membebel sorang-sorang ni. Hehe. Ingin aku kongsi sesuatu. Sewaktu menonton tadi, aku tersenyum teringatkan pengalaman sendiri semasa menjalani praktikum aku yang terakhir sebelum menjadi seorang guru. Dalam kelas itu ada seorang murid yang tersangat nakal. Walaupun selalu kena marah dan dirotan oleh guru lain, pernah beberapa kali dipanggil depan perhimpunan, tetapi tak pernah serik. Sedikit pun tidak menangis tak kira apa jua hukuman yang diterima. Masih dengan perangai nakalnya. Kesabaran aku memang tergugat kerana dia. Tetapi berat hati aku untuk menghukum dia atas kesalahan yang dia lakukan kerana pada minggu pertama aku mengajar, aku menyedari bahawa ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Imaginasinya tinggi bagi seorang kanak-kanak biasa. Dia boleh berfikir luar daripada konteks dan mengaitkan sesuatu perkara itu secara logik dan benar. Jadi aku banyak memberi tumpuan terhadapnya dengan menggunakan pendekatan secara psychology. Aku menjadi rapat dengan dia, seperti kakak dengan adik.
Waktu hari terakhir aku di sana, dialah yang paling kuat menangis, sampai teresak-esak kerana mengetahui yang aku takkan bersama mereka lagi. Sebelum aku melangkah keluar dari sekolah itu, dia datang menghulurkan secebis kertas ini:
Kalau kau berada di tempat aku, kau mempunyai dua pilihan;
Pilihan pertama. Sebagai seorang guru English yang berdedikasi, tegas dan penuh etika, kau pasti akan meneliti tulisan pada lukisan itu dan menandakan setiap kesalahan dengan pen merah sebelum kau memulangkan kertas itu dan menyuruhnya membuat pembetulan. Terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan olehnya dari segi grammar. It supposed to be:
I don't have a mother because she had passed away. But now I have one. It is you..
Pilihan kedua. Sebagai seorang insan yang memiliki jiwa, sewaktu pertama kali lukisan ini terjatuh di atas tangan kau, kau pasti menitis air mata dan memeluknya tersebut sambil mengucapkan "Thank you".
Dan tanpa berfikir sesaat pun aku memilih untuk menjadi yang kedua.
...................................
p/s: Perhaps someday when I walk down the street, couldn't find the way to go home as I forget everything happens around me, someone will hold my hands and take me away while others will turn around and ask;
"Who's she?"
"She's the one who consumed herself to light the way for others. Yes, she's my beloved teacher."
:')