Sunday, July 10, 2011

Aku dan Hostel #1 : Hikayat Malam Pertama

2003. Batch aku (form 3) pecah rekod sebab paling ramai couple especially dengan budak form 5. Cikgu pun dah naik gila. Hari-hari asyik announcement panggil couple masuk bilik discipline. Biasalah smka, benda-benda macam ni memang dianggap salah. Nak dipendekkan cerita, ade sorang budak kelas aku ni yang kitorang panggil Jemiludin tiap-tiap hari dok sampaikan pesanan salam dari mamat form 5 yang aku sendiri tak kenal rupa. Katanye mamat tu ketua dorm die. Kononnye syok kat aku sampai tido malam, ngigau2 lagi tu. Hampeh. Yang aku tahu Jemiludin ni memang si tukang karut sedunia.

Then dari hari ke hari si Jemiludin ni tak putus-putus sampaikan pesanan dari mamat tu. At last si Jemiludin ni tunjuk jugak yg mane satu mamat tu kat aku time kitorg nak pegi lab. Yang tak tahannye lepas tu time makan kt dewan makan, si mamat cilakak a.k.a Brad Pitt celup tu selalu je makan mengadap aku. Time aku kat library pun meja kitorg bersebelahan. Dlm khemah rumah sukan pun dok sebelah-sebelah. Bukan aku yang perasaan lebih, tapi memang betul + nampak terang-terang kot, sampai member2 baik aku pun tegur. Tak tipu okay! Bila aku pandang dia, dia sengih-sengih.. Aku apelagi. Muntah berhingus berdarah semua keluar. Macam sial. Ceit.

Sebulan sebelum PMR. Aku dengan member aku plan nak panjat aspura (asrama lelaki) sebab nak pekenakan si kaki angau tu. Pukul 2.30 pagi lampu bilik study aspura padam. Check2 line semua dah tido. So kitorang merayap merangkak naik tangga aspura. Yang aku taw si Brad Pitt celup ni dorm 5 tingkat 2. So aku berbekalkan t-shirt, tracksuit n towel bersedia memulakan misi visi kami. Towel tu untuk tutup kepala – konon-kononnye nk menyamar jadi lelaki yg baru bangun nk pegi mandi kt toilet. Kalau aku pakai tudung dah sah-sah orang tahu aku ni pompuan! Sebelum tu aku pi rembat bedak Carry Junior satu botol besar kepunyaan classmate aku yg sedang tido terlentang kt dorm 6 (nama dirahsiakan). Lepas itu aku meneruskan mission 003 pedajalkan si Brad Pitt kesayangan itu.

Nak dipendekkan cerita lagi, habis satu muka dia termasuk badan kena mekap and gincu dek aku dan member aku. Si brad pitt tu pulak haram jadah tido tak sedar hape pun. Dah la tido berdengkur mengalahkan stadium bola. Ikut hati mau jek aku terajang sampai jatuh katil tapi bila terfikirkn misai warden aku Cikgu Juka ala-ala A.Galak tu terus aku cancel. Tengah kitorg syok menghias si badut sorang ni tiba2 ade bunyi benda jatuh. Kitorg pun apa lagi. Cabut lari cam nak mati. Sampai kat aspuri sedar-sedar key chain kertas bentuk love yang aku letak kt dalam poket seluar aku dah takde.

Esoknye kecoh satu aspura yang budak aspuri pecah masuk dorm diorang malam tadi. Stunt girls yang terlibat tu tak dapat dikenal pasti. Yang paling takleh blah si Brad Pitt pegi kecoh kat semua orang yang secret admire die panjat hostel sebab nak letak love letter punye key chain kat atas katil dia. Pegi mati. Yang pastinya sampai sekarang dia berhutang key chain tu dengan aku!

MyEm0.Com



Like tanda Sayang

15 comments:

  1. ROFLOL.kontrobesi betoi!hahahha.
    ada contact2 tak bradpitt tu?mintak balik keychain.hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha stail gilew gi panjat blok lelaki! woot woot!

    sah2 lah kan lelaki nie perasan hensem sampai ingat ada secret admirer nak kat dia -_-"

    ReplyDelete
  3. wow!! berani sungguh masuk aspura. HAHAHA.

    ReplyDelete
  4. best best best,,,ahahaha,,,kelakar r..

    ReplyDelete
  5. hahahahhaha ! tak pasal pasal lagi dia perasan :P

    ReplyDelete
  6. fewwit...stylo btul awek cuns ni >.< hehehehe

    ReplyDelete
  7. wakakakaka

    dasat gila...

    kat hostel dulu,tak pena lak kes aspuri ceroboh aspura...

    kalau aspuri kena ceroboh tu selalu la...ganas ganas...


    jom baca ni lak...

    Dalang sebenar BERSIH...bukan AMBIGA? http://ping.busuk.org/view/8725

    ReplyDelete
  8. HAHAHHA nasib baik tak kantoi..si brad pitt celup tu perasan lebih betul huhuhu

    ReplyDelete
  9. namaaku lynn: tak dak dah. lost contact :P

    pert : ceit lu backup brad pitt tu pedehal?

    farahd101: woot woot confirm dia tak lena tidoq 99 mlm

    alif: eheh. zmn remaja ;)

    afiq: sekali sekala cuci mata aww

    ReplyDelete
  10. ella: temkiu! :)

    hamzah: kne try naik mahallah lelaki plak

    aya: agak ah. budget hot. haha

    kekucings: stylo la sgt. menyesal ilang key chain sehengget aku. uh

    azri johan: hee. blum cuba blum taw ;)

    momochan: haha agak ah. jenis idung kembang ouh

    ReplyDelete
  11. kshksh, dasat lah akak! berani tuuhhh main2 terjah..ngeri fifi dgr...hehe...

    ReplyDelete