Tuesday, July 12, 2011

Kaca Hati

 " Dengan perangai awak semua macam ni, jangan harap awak nak lulus exam. Cikgu tak redha dengan apa yang awak buat. Bla bla bla.....".

Dialog cikgu sekolah aku beberapa tahun lalu. Peringatan yang memang aku ingat sampai sekarang jadahnya sebab aku langgar peraturan. Rules. Peraturan. Bukan semua orang suka ikut peraturan. Aku? Certain-certain aku ikut ah. Selebihnya kalau melampau sangat jangan harap aku nak ambil peduli. Kau?

pic from Google

Bila teringat zaman sekolah aku, aku mesti tak sangka yang aku sekarang berada di sini, di tempat yang akan bawa aku melangkah untuk kembali ke sekolah lagi. Bukan sebagai pelajar, tapi up sikit ah. Bagi aku, zaman persekolahan banyak ajar aku perkara yang tidak ada dalam syllabus. Kawan. Dunia. Keluarga. Realiti. Hakikat. Semua kau akan rasa sendiri pahit manis. Walaupun jatuh tersungkur, kau sendiri yang perlu bangkit kembali. Kalau nak kira dulu aku pun jenis kategori nakal. Kena rotan, kena panggil oleh guru disiplin, kena announce dalam assembly, dimalukan depan semua students, tu dah jadi perkara biasa dalam hidup aku. Jenis kaki bawak masalah. Bulan lepas aku praktikal dan aku dapat student sebijik perangai macam aku dulu. Pergh. Awal- awal dah dapat balasan. (-_-)

Mengikut pengalaman aku sepanjang praktikal tu, budak jenis nakal ni dah tak boleh nak lentur dengan kekerasan dan kegarangan. Rotan sampai mampuih pun tak dak kesan hape pun. Psychology should takes place. Sekarang semua nak kena pakai psychology. Kalau nak lempang terajang jawabnya esok kau masuk lokap kena saman dengan parents. Permulaannya kau memang kena boo balik kalau kau psycho diorang dengan cara baik dan lembut. Tetapi lama-lama kau akan nampak kesan positif, dan saat tu confirm kau dapat tidoq lena berdengkur ternganga dengan gembira.

Jadi aku nak ingatkan semua cikgu termasuk aku sendiri. Sebelum kau maki hamun anak murid kau sebab perangai buruk, kau kena maki hamun diri sendiri sebab tak pernah ambil tahu kehidupan students kau sendiri. Don't expect that you know them well if you only see them in your class twice a week. Jangan judge mereka dengan pandangan kasar kau di sekolah. They are totally different outside the school.

Lagi satu, ilmu ni berkatnya ada pada restu guru jugak. Kadang-kadang kau study sampai nak mampuih pun tapi kalau guru kau tak redha mungkin kau takkan dapat tahap yang kau sepatutnya capai. However, tak semestinya sebab kau cikgu, kau boleh suka hati kau nak tentukan yang mana students yang kau redha dan yang mana kau tak. Kalau kau berhati busuk, lebih baik kau tarik diri dari profession ni. Kau tak layak, jangan aniayai generasi baru yang tak bersalah. Pada pandangan kau, budak yang bermasalah itu adalah beban hidup yang menyemakkan setiap saat hidup kau. Tapi pernah tak kau fikir dia adalah anugerah Tuhan kepada kau untuk kau didik dan bukan untuk kau herdik?

Jangan anggap tanggungjawab kau sebagai rintangan dan bebanan. Jangan salahkan mereka selagi kau belum betul-betul mencurah bakti yang sepatutnya. Bersabar, lakukan apa yang sepatutnya dan bertindak professional. Awalnya memang perit, sampai tahap kau rasa kau dah surrender. But in the end you will find how worth it is. Trust me.

Bukan senang nak jadi cikgu. Bukan semua cikgu layak dipanggil cikgu sejati. Dan kau tak layak dipanggil cikgu kalau kerja kau hanya masuk kelas, pot pet pot pet dan keluar. Teaching is a work of heart. Setiap seorang pelajar kau ibarat permata, kalau kau jaga dan didik mereka dengan baik, insha allah sampai akhir nyawa kau ilmu kau curah takkan hilang. Insha Allah doa mereka yang akan bantu kau di alam sana. Ingatlah, jangan pandah rendah dan hina pada students kau. Try to imagine this. Satu masa nanti kau ditakdirkan menghidap penyakit kronik. Kau berada pada saat genting menunggu kedatangan doktor dalam operation room. Then kau kena bius dan tak sedarkan diri. Dengan izin Allah, operation tu berjaya dan kau selamat. Bila kau buka mata, orang pertama yang kau pandang ialah doktor yang operate kau.

Dan doktor tu adalah anak murid kau yang kau pernah maki hamun dulu.

...................




p/s: Kadang-kadang aku rasa mungkin ada hikmah aku tercampak dalam profession ni.

Like tanda Sayang

9 comments:

  1. hehehe..byk kan dugaan nak jadi cikgu nie? anyway, kak izma sabar banyak2 yeee...

    menjadi seorang guru ni lebih tggi tarafnya daripada big boss syarikat besar.sbb big boss tu pon belajar ABC dari seorang guru jugak =)

    nak Sayang kak izma, dgn klik button LIKE, tapi xleh tekan lak..problem kannn... =(((

    ReplyDelete
  2. aku tak suka cekgu sejarah.
    kau cekgu sejarah?

    okbai

    ReplyDelete
  3. terharu..bagus cikgu eva ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. selalu je dgr cikgu2 yang keluarkan 'magic word' tu bila dah tak dapat nak kawal emosi.sekali keluar ayat tu,budak2 semua senyappp.sunyi sepi kelas.pikir masa depan.;))

    ReplyDelete
  5. aku layak tak jadi cikgu sejati

    ReplyDelete
  6. ezma: hahaha agreed with you. klu tak dak cikgu/lecturer jgn harap dpt blajaq tinggi. oh takleh ek? prob sket kot :(

    mentadak: tak. aku lg tak suka sejarah

    aisyah: haihhh. tak jd cikgu lagi ni, br praktikal *_*

    namakulynn: haha agak ah. dlu mmg slalu kne mcm tu kot. skrg dh takde feel nk ulang magic words yg same. kahkah

    jiji: dont give up. just try ur best

    ReplyDelete
  7. wahh praktikal cikgu dih..byk bersabar la deh..anok murid loni lagi notti dari zaman dulu hihi

    ReplyDelete
  8. pnh satu kes
    dak skola aku mmg nakal gilak
    smpi sume cikgu ckp mcm tu kat dia
    skalik dia full kot A
    diam sume cikgu
    hahahaa

    ReplyDelete