telah mati..
Tiada yang dapat ku rasakan lagi..
Saat kau tinggalkan diri ini,
ku rebah menyembah bumi,
namun ku bangkit berkali-kali,
kerna ku tanam dalam hati.,
dengan harapan agar sinar itu muncul kembali.
Namun sinar itu telah jauh pergi,
ku sujud pasrah kepada Ilahi,
mohon tutupkan pintu hati ini,
agar ku tidak kecewa lagi,
dengan cinta yang telah dikhianati.
Setelah semangat itu kembali di sisi,
mengapa engkau datang mencari,
padahal kau tahu aku ingin hidup sendiri,
nekadku tidak mahu berpatah lagi,
kerana aku sudah tidak sanggup menghadapi,
liku-liku yang penuh berduri,
seperti masa silamku yang tersurat pasti.
Aku tidah mahu menjadi gadis itu lagi,
mengharap cinta yang tidak layak dimiliki,
aku hanya mahu cinta yang hakiki,
walaupun diriku bersendiri,
ku tahu ku punya Ilahi,
yang menemaniku setiap saat tanpa henti,
walaupun tanpa insan bernama lelaki.
Aku percaya diriku tetap teguh berdiri,
kerana aku punyai identiti,
kerana aku tidak akan bersembunyi,
kerana aku bukan gadis itu lagi,
kerana aku tidak mudah disakiti,
kerana aku bukan untuk kau tandingi,
kerana aku takkan mengharap lagi,
pada sebuah perjalanan yang belum pasti.
Tinggalkan aku bersama doa mengiringi,
jangan kau selitkan rasa benci,
ataupun kau dendami,
keputusan dan ketetapan yang ku teguhi,
dan aku tidak pernah menyesali,
atas apa yang terjadi,
tiada secalit pun rasa benci,
ataupun penyesalan di hati,
kerana ku percaya ada hikmah yang tersembunyi.
Biarlah aku sendiri,
mencari haluan sejati,
asalkan hati ku tidak akan menangis lagi.
walaupun peritnya sampai mati,
aku percaya Dia Maha Mengasihani.
I'm not special, I'm just limited edition.
p/s: It took more than 3 years for me to recover and heal this feeling. Alhamdulillah... Now I think I'm ready to accept all the possibilities. Syukran Ya Allah.. Syukran... Baarakallahufikum fiiamaanillah, Allah Ya Kareem..
nih luahan hati ttg ex bf yg dtg kacau balik ek???
ReplyDeletebare limited edition ni hok payoh ni..kadea2 tok dea kito nok ambik..ehhe
ReplyDeletepenah jugak terkena ngan apa yg u kena...
ReplyDeletetp, hati ni cepat sgt terbuka utk org lain...
tp, apa yg terjadi sudah tentu ada hikmahnye....be strong ok...
semoga bhgia,kak izma...=)
ReplyDeletelaradiana: huhu takde la. tu kisah lame yunk.. skrg i prefer to be single :)
ReplyDeletejiji: hanya org tertentu saje yg akn dpt :)
miyoko: insha allah. i try to be stronger than before. semoga kita semua dipertemukan jodoh yang terbaik. amiinn..
fathiah: thanks :)
=) bangga dgn awk syg..keep ur heart for a special 1 who deserves u..jum stdy:)
ReplyDeletethanks syg. jom2 :)
ReplyDeletesaya paham perasaan dia amcam mana.. insha allah awak akan jumpa yang jauh lebih baik nanti.. saya amik masa dekat 3 tahun jugak.. tapi skang dah kuat betul2....insha allah... mungkin sebab dah jumpa yang lebih baik... =)
ReplyDeleterespect arr dekat akak.. =)
ReplyDelete-eyerin-
amni: alhamdulillah.. i guess u already found the right one :) semoga berkekalan dan bahgia sentiasa.. Ameennn
ReplyDeleteeyerin: thanks dik.. if it was you, meybe u r stronger than me! :)
good ;) be strong. InsyaAllah you will deserve the best from Allah
ReplyDelete