Saya tahu,
saya bukanlah sebaik Saidatina Siti Fatimah puteri Rasulullah,
bukan semurni Saidatina Aisyah cinta hati Rasulullah,
apatah lagi nk dibandingkan dengan serikandi muslimah yang mulia.
Saya tahu,
saya bukan manusia sempurna,
saya selalu membuat keputusan yang salah,
saya selalu mengikut kata hati,
saya selalu bertindak terburu-buru,
saya selalu menyakiti hati orang lain,
saya selalu kelam kabut,
saya tidak mendengar kata-kata nasihat,
segalanya terbukti nyata, tiada penafian.
Saya tahu,
saya tidak layak untuk lelaki yang beriman teguh di sisi Allah,
saya tidak layak untuk si pembimbing jalan kebenaran,
saya tidak layak untuk lelaki yang digelar soleh,
saya tidak layak untuk dapatkan yang terbaik,
kerana saya bukan yang terbaik..
Saya tahu,
ramai yang mengumpat saya,
ramai yang tidak suka saya,
ramai yang menanti kejatuhan saya,
ramai yang berpura-pura jadi kawan saya walhal sebaliknya,
ramai yang memuji tetapi di belakang mengeji,
ramai yang tidak dapat terima saya seadanya.
Saya tahu,
saya tidak mempedulikan hal orang lain,
saya tidak ambil peduli kebencian orang lain,
kerana saya tahu,
Allah bagi peluang untuk saya berubah,
Allah buka pintu hati saya untuk terima kebaikan,
Allah bantu saya untuk mencapai halawatul iman,
Allah tetap sayang saya,
dan saya tahu!
Saya tahu,
anda tidak dapat terima segala-galanya berkaitan dengan saya,
anda tidak dapat terima kebaikan mahupun keburukan saya,
walau sekuat manapun saya berusaha.
Jadi saya pinta,
walaupun anda bencikan saya setinggi langit,
walaupun anda tidak sukakan saya sepenuh hati,
walaupun anda mengharapkan saya pergi atau mati,
ingatlah saya hanya punya sekeping hati,
tolong jangan sakitinya lagi....
Is it too hard for you?
best!!
ReplyDeletebeselah itu semua asam garam khidupan kn..
smoga akak tabah..for me too!
~_^
thanks emiey. hope u will be strong too!
ReplyDeletetake care ;)