Tuesday, December 9, 2014

Wedding - Things To Do

Semalam lepas up kan entry pasal wedding list beserta budget tu ada hamba Allah msg tanya tentang persiapan lengkap a.k.a things to do untuk wedding nanti. Aiyayai lupa pulak nak mention pasal tu kan sebelum keluarkan budget2 tu semua. Tapi takpelah, update kan plan yang korang kena buat dalam entry kali ni okeh!



8-6 bulan sebelum
1.     Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
2.    Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
3.    Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
4.    Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. 
5.    Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. Lebih bagus survey terus bridal mana yang dipilih.
6.    Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.(bg yg akan tinggal bersama slps kahwin. pjj hold on dulu)
7.    Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
8.    Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
9.    Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
10. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. (Pengantin Lelaki)

5-4 bulan sebelum

1.     Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.Menempah videografi dan jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda
  1. Membeli cincin nikah perempuan, gelang (klu ada), cincin lelaki.
  2. Tempah caterer & menu/ tukang masak dan pekerja jika masak sendiri
  3. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  4. Tempah pelamin. 
  5. Tempah DJ & karaoke (klu ada)
  6. Pilih lagu untuk resepsi & bertandang.
  7. Tempah kompang.
  8. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
  9. Beli/tempah baju family.
  10. Beli bunga telur/bunga pahar.
  11. Beli bunga manggar.
  12. Tempah kek. 
  13. Beli/tempah doorgift. – vip, kwn2, tetamu biasa
  14. Tempah henna/inai 
  15. Sediakan aturcara majlis.
  16. Sediakan pembahagian tugas utk hari majlis
  17. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.  
  18. Facial/body treatment

3 bulan sebelum
1.     Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 
2.    Tempah banner/bunting. 
3.    Tempah signage
4.    Tempah poster kalau ada
5.    Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital.
  1. Hantar/sediakan legal documents:
    1. Kursus kahwin
    2. HIV test
    3. Borang kebenaran nikah (antara negeri)
7.    Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
8.    Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pernikahan anda.
9.    Facial/body treatment
10. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. (Pengantin perempuan)
11.  Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
12. Beli cadar bilik pengantin & deco
13. Beli button badge/bunga croset untuk family/ tshirt khas utk pekerja hari majlis

2-1 bulan sebelum
1.     Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. 
  1. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. 
  2. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

3 Minggu sebelum
1.     Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
2.    Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. 
3.    Sediakan guestbook corner dan tempah guestbook or diy.
  1. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti bg pengantin perempuan.

2 minggu sebelum
1.     Normal facial
  1. Hias bilik tidur pengantin
  2. Dental treatment

1 minggu sebelum
1.     Pasang pelamin.
2.    Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran 
3.    Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
4.    Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
5.    Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. 
6.    Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
7.    Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
8.    Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
9.  Pedicure/manicure/ pakai henna/inai
10.   Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan. 
11.    Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

Pada hari perkahwinan
1.     Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
2.    Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
3.    Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
4.    Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan (pengantin lelaki)
5.    Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung (pengantin lelaki)
6.    Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda. (pengantin perempuan)

3 Hari selepas perkahwinan
1.     Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
2.    Selesaikan mana-mana payment yang masih belum selesai


Ni je sedikit sebanyak planning persiapan wedding. List ni pun aku dapat dari kawan dan blogger lain. Lupa dah diorang amik kat mane. Harap dapat membantu ya!









·          


Like tanda Sayang

4 comments:

  1. sekarang ni tak membantu lagi. boleh rujuk tahun2 depan. haha

    ReplyDelete
  2. sy dpt da dr email hehe

    izmaaaa pls weeding da lepas hahaha update sikit pasal lepas kahwin :DD

    ReplyDelete
  3. http://iium-blogger.blogspot.com/ ingat lagi x ?

    ReplyDelete