Dear blog,
Semenjak dua menjak ni perasaan tidak stabil makin menjadi-jadi. Seolah terlalu banyak hal yang tak kena berlaku pada diri. Sampai satu tahap aku akan duduk termenung memikirkan semua dan reflect di mana silapnya. Pagi tadi mendengar sedikit perkongsian daripada yang berpengalaman, sekaligus menyedarkan aku dari lena yang panjang selama ini. Seringkali aku persalahkan dan persoalkan kenapa sebenarnya hidup aku tak tenang, sentiasa rasa ada sesuatu yang kurang dan tak cukup.
Jujurnya pada pandangan orang lain, hidup aku sebagai seorang guru, setiap bulan sudah tertera pendapatan tetap aku akan dapat yang dikira mencukupi untuk menampung kos hidup bujang. Tapi sebenarnya tak seindah khabar. Aku pun hairan, daripada mula aku posting tahun lepas sampai sekarang gaji aku asyik bermasalah dan tak settle2 sampai ke sudahnya. Sbg padahnya hanya separuh gaji yang aku dapat bulan2, bilang diorg akan masuk tunggakan nanti. Entah bila. Kalau dulu, dengan hanya elaun tak sampai 600 pun boleh la aku berjimat dan menyimpan. Ini walaupun mencecah lebih 1k tapi wang tu keluar macam tu je, mencurah macam air. Tak sedar pn ke mana hilangnya. Aneh. Bila ada duit lebih, kereta buat hal la, barang tu rosak barang ni hilang, macam-macam. Macam ada yang tak kena dengan pendapatan aku..
|
|
Hari ni, pertama kali aku sedar. Kenapa rezeki tu seolah seperti ditarik balik. Selama ni jarang betul aku bersyukur dengan setiap yang aku dapat. Jarang betul aku menghulur dan memberi, walaupun ada wang lebih dalam saku. Hubungan dengan Allah macam tak begitu teguh. Iman yang rapuh. Terus hubungan dengan manusia pun bermasalah. Paling teruk ialah aku ada sakitkan hati orang. Orang yang banyak terima susahnya kerana aku. Seorang yang pernah aku dump dan meletakkan dia di tempat yang rendah sehingga menyebabkan empunya diri berasa teruk yang teramat. Baru aku sedar betapa egoku selama ni mengaburi kesabaran dan segala yang positif dalam diri. Payah betul aku mau terima nasihat. Payah betul aku untuk diajar orang lain. Payah betul untuk perbaiki diri yang memang tak pernah sempurna ni. Segalanya negatif.
Justeru, yang positif itu pun tak sempat sampai dekat dgn aku kerna terlampau banyak negatif yang menolaknya. Betul mentor aku cakap. Bila ada masalah dgn orang, bila kita pernah sakitkan hati orang, susah rezeki kita nanti sebab urusan kita dgn dia tak selesai. Tak sama macam hubungan dgn Allah. Dgn orang ni, selagi dia tak maaf dan redha selagi tu lah pelbagai dugaan menyerang kita. Setelah bertahun, seperti ini pertama kali aku menangis meminta maaf seikhlasnya atas apa yang aku buat terhadap dia. Untuk segala kata-kata yang pernah dilemparkan padanya. Segala kehancuran yang aku bawa dalam hidup dia. Demi Allah, aku betul-betul meminta maaf. Ternyata ada sedikit lega lepas aku luah semuanya walaupun aku sendiri tak tahu samaada dia maafkan diri aku atau sebaliknya.
Then, rules yang aku pelajari ialah untuk bina diri kita yang sebenar, masa depan yang cemerlang, kita kena tinggalkan masa silam. Tak salah nak melawat kisah silam, tapi jangan sesekali tinggal di sana. Mulai malam ni, aku nekad, aku cuba memohon maaf kpd semua yang aku kenali, dan aku akan cuba bina hidup baru mulai esok. Semua yang lepas aku tolak ke tepi. Sesudah minta maaf, aku delete semua maklumat dan apa jua yang ada yang boleh menyebabkan aku kembali down. Aku tak mahu pandang belakang lagi. Walaupun ada terlintas yang keputusan aku ambil ni mungkin akan buatkan aku menyesal nanti, tapi aku kena berani ambil risiko. Berani tinggalkan apa yang aku sedia ada, supaya aku dapat capai impian aku. Walaupun sakitnya peritnya separuh mati, tapi aku percaya ganjaran akan datang sangat memadai. Mengambil risiko untuk hidup baru bermakna membuka peluang untuk kenal orang baru, bergaul dengan orang baru dan jadi orang baru. Bukan yang lama. Terus, berani untuk mengambil risiko meninggalkan masa silam bersama kenangan silam. Ingat sebagai satu memori, tapi jangan bawa sampai ke masa akan datang. Biar dia terkubur di situ.
Aku cuba untuk yakinkan diri supaya terus melangkah dan menanam kepercayaan teguh dalam diri bahawa semua yang aku tinggal ini, akan terbayar dengan 2x ganda keuntungan yang lebih. Delete izma, delete. Jangan kau fikir lagi tentang dia, teruskan hidup kau dan buka pintu untuk orang lain masuk dan berkongsi kesusahan kejayaan bersama kau! Be a strong girl instead!
Oh it's getting late. Cukuplah bebelan malam ni. Sorry dgn entry emo ni, hanya dengan menulis akan membuatkan aku rasa lebih better. Sekadar sedikit rasa untuk cover perasaan 'down' yang aku alami sekarang. Semoga dipermudahkan segalanya. Amiinnnnn