Monday, September 2, 2013

Walk along the path #1

Permulaan cerita cinta. Cewaahhhhh~

Kebiasaannya orang akan cakap, kalau nak cari pasangan sila cari yang sayang kita lebih dari kita sayang dia. Jangan cari orang yang tak berapa nak sayang kita sangat, macam kita terhegeh-hegeh suka kat dia.

Somehow rather kadang-kadang aku kurang setuju jugak dengan statement sebegitu. Sebabnya dari segi pemerhatian aku, pasangan yang berumah tangga lebih dari 10 tahun ini dan masih kekal sehingga sekarang bukan sebab cinta semata-mata. Kau ingat si suami yang bertahun dengar isteri berleter setiap saat di rumah tu masih lagi teruskan perkahwinan sebab cinta ke? Lama-lama pun boleh muak sebenarnya. Tapi antara satu sebab yang nyata, sabar. Kalau tak kerana sabar memang rumah tangga ni boleh pecah belah hancus lebus. Kalau tak kerana masing-masing ada kesabaran, mungkin segala aneka barang yang ada di rumah semua boleh terbang melayang.

Jadi perhubungan + perkahwinan kekal itu bukan berdasarkan cinta semata-mata. Harus ada sabar.

Dulu aku tak pernah menyangka aku akan berjumpa dengan seorang yang tinggi kesabarannya, yang tidak pernah melangkah walau sedetik untuk meninggalkan aku walhal sikap aku betul-betul mencabar tahap maksimum sabarnya. Agaknya kalau orang lain dah lama cari yang lain. Tak ada guna bazir masa untuk orang yang kasar dan tak pandai mengalah macam aku.

Mungkin ini yang dinamakan jodoh. :)

6 tahun lepas.

Kali pertama contact selepas bertahun tak jumpa. Tapi gaduh memanjang. Asyik kena perli dan usik, sampai menyakitkan hati. Mentang-mentang aku lagi gelap dari dia, terus kena panggil "si hitam". Mana tak geram. Bila jumpa, aku comot je memanjang. Tak pandai make-up. Tak pandai bergaya pun. Tau pakai jeans dengan t-shirt je. Itupun main rembat, tak kenal branded2 things ni.

first time kuar bersama ni. muka innocent tahap gaban


Setelah sekian lama, aku mula berubah daripada menyampah kepada suka. Di sebalik lelaki yang cakap lepas, suka menyakitkan hati, budget bagus, gila style, tersembunyi seorang yang lembut dan mudah tersentuh hatinya, mudah sejuk bila marah, penyayang dan pendengar yang terbaik.

Dalam keadaan sedar dan waras aku bagitau;

"Kalau aku masih single sampai umur 24, nanti aku nak kahwin dengan ko."













Sekarang saya dah nak masuk 25. Dan sampai sekarang pun, saya tetap nak kahwin dengan awak.
Sampai bila-bila. 







Hikhikhik =P
Sambung lain kali. Nak tido. Nite.

Like tanda Sayang

4 comments:

  1. tolong2 loya2!werk! hahahahahahah

    ReplyDelete
  2. baru semangat baca tetiba bersambunggg.. hahahah. cepatla sambung cepatla.. ;pp

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tengah cari feel ni. lost tatau nak sambung camne. adei. i was born not to be a writer T.T

      Delete