Sunday, July 14, 2013

Kereta Oh Kereta

Bab kereta ni baik dari aksesori ke, servis ke, bila tgk perempuan mesti kena cas mahal. Huaa tak paham betul! Mungkin sebab kami ni golongan yang kurang pengetahuan sket bab ni. Haritu dah kena 'troll' dah pasal tinted. Melayang duit free2. Ni pasal servis kereta. Merata pi survey kat kedai sume nak cekik darah. Nasib baik dah prepare awal2 and dah tau rate price. Thanks to my brother yang banyak kasi info. So kwn2 especially yg perempuan, sedikit tips nak kongsi yang saya tahu.

Kalau nak servis tukar minyak hitam and filter tu check dlu jenis minyak hitam apa yg diorg nk tukar. Yg plg elok bg sy setakat ni Castrol (botol kelabu kalau tak silap). Lupa dah jenis apa. Kalau Shell n Petronas pn ok jgak la tp lebih ok Castrol. Kalau stkt BHP or Mobil tu baik tak yah. Yang Castrol tu klu kat semenanjung harga dalam rm80 kalau skali filter budget dalam rm100. Upah pasang dlm rm10. So total plg mahal pun rm120. Kalau kedai cas sampai rm200+ tu kira mahal gile ah tu, mcm cekik darah dh. Nak puas hati pi beli minyak hitam n filter sendiri pastu byr upah org tukar je. Lebih jimat. 





Kalau nak tinted kereta pun kena tgk jenis apa, ada yang gelap tp plastik je, mudah panas. Ada yang coloured, silver la mcm2. Yang paling elok dan berkualiti sy pernah pasang sblm ni utk cermin depan sahaja, yang 50%, dalam lingkungan harga rm120. Tp tu kat kelantan la. Kalau kat sabah ni mungkin harga berbeza sket. Tapi kena check betul2, tkut x padan dgn hrga tp kualiti tinted k.o. Bagus bawak org yg lebih expert sket masa nak pasang tu supaya dia bleh tau mana yg plg ok. 


Just my personal info. Kalau ada salah tlg betulkan ek. Lepas ni saya nak belajar pasang/tukar minyak hitam sendiri la. Tak payah susah2 dah nk pikir service sume tu. Kawan2 yang ada maklumat lain yang berguna psl kereta ni jom share sama2. Sharing is caring~ 

Like tanda Sayang

2 comments:

  1. tinted yang berkualiti tu jenis macam mana izma?? ima nak pasang ni tapi tak tahu yang jenis cam ne.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa part tu yg susah sket. klu kita tnya tuan kedai mesti pung pang pung pang cakap yg diorg punye yg plg elok kan. klu yg mhl yg ada warranty tu, kt atas kertas warranty tu ada tulis uv protection. wlupun tinted tu nmpk x gelap, klu kt tgh pnas dpt tgk tinted mcm bersinar, pantul cahaya.

      Delete