Wednesday, November 21, 2012

Harga Sebuah Kebebasan









Wajah-wajah penghuni syurga




Berita terbaru yang aku dapat;
"Hamas and Israek agrees to a ceasefire, the Palestinian will stand despite the pain and keep going to freedom of Palestine."

Genjatan senjata telah dibuat dan akhirnya Israel tarik balik tenteranya.

Satu kemenangan untuk Islam. Allahuakbar Allahuakbar!

Antara kata-kata pimpinan Hamas:
"Kemenangan ini adalah hasil pertolongan dari saudara kita seluruh dunia. Terutama  wakil dari Turki, Raja Qatar dan Mesir terutamanya, terima kasih kerana keprihatinan kalian dalam menyelesaikan masalah ini. Kami sangat menghargai usaha kalian. Sesungguhnya ini bukanlah penamat usaha kami, bahkan ianya satu perhentian dari banyak perhentian yang lain. Akan kami teruskan perjuangan kami, iaitu membebaskan Palestin sepenuhnya dari genggaman Israel. kami tidak akan sama sekali mengiktiraf keberadaan Israek di atas tanah kami."

Sumber: Aljazeera Live

********


Di sana mereka berperang dengan musuh yang sebenar, yang nyata. Kita di sini berperang sesama kita, sambil mempertikai kenapa perlu boikot McD, boikot itu ini, padahal Israel bukan serang kita.

Aku kasihan dengan mereka yang susah nak faham atau dengan erti kata lain sengaja tidak mahu faham. Malah ada yang berkata sinis dan memandang serong tentang Gaza. Jelaslah bahawa walaupun dari segi luarannya kita belum dijajah/diperangi seperti rakyat Palestine, tetapi dari segi rohaninya kita telah banyak dipengaruhi oleh Yahudi. Kenapa? Bagaimana? Bila?

Kau fikir, kaji dan perhatikan sendiri, baru kau akan mengerti maksud aku.

Semoga pintu hati kalian terbuka untuk berdoa dan melaksanakan apa yang sepatutnya. Paling tidak pun setiap hari luangkan sedikit dari waktu yang ada untuk kau menadah tangan dan berdoa. Percayalah kalau kau tahu betapa besarnya ganjaran yang akan kau terima di akhirat kelak, nescaya kau takkan bangkit sedikit pun dari sujudmu.

Jangan berhenti boikot.

******


Free Gaza!

Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud,
Tunggu saatnya hai yahudi tentera Allah kan kembali,
Kobarkan perang suci bebaskan seluruh negeri.

Jiwa jiwa pemberani maju mesti harus mati,
Ingatlah wahai diri syurga Allah telah menanti,
Tinggalkan semua mimpi berjihad teguhkan hati.

Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud,
Derap tank senjata berat jangan surutkan langkah,
Lontar batu penuh semangat yakni kita takkan kalah,

Bom syahid mengguncang bumi tebar takut kaum yahudi,
Bebaskan Palestin bebas dari durjana,
Majulah wahai jiwa jadilah kau syuhada.

sumber: Firdaus Mahadi




Dari Abdullah bin Abbad ra. memberitakan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH."  - Hadis Riwayat Al-Bukhari.







p/s: Untuk melihat dan mengetahui sejarah dan latar belakang pergolakan di Asia Tengah (Palestine) sehingga hari ini, sila tonton rancangan "Harga Sebuah Kebebasan' di TV Al-Hijrah setiap hari dari pukul 11 hingga 11.30 malam. Gunakan 30 minit dari 24 jam masa kamu untuk menimba ilmu. Seriously tak rugi pun kalau kau tengok. 

-When you sleep tonight, remember the 1.6 million people of Gaza who remain awake to stay alive. Prayer is better than sleep. Wake up for Gaza!-



Like tanda Sayang

9 comments:

  1. ..Semakin hari semakin sedih dgr khabar dari sane kan Eva? mcm xsanggup nak taw dah T_T
    Klau laa Na ade super power ~!!

    **semoga tuhan lindungi mereka disana Gaza AMIN..

    ReplyDelete
  2. semoga mereka disana dilindungi oleh Allah s.w.t :|

    ReplyDelete
  3. sedih bila tengok gambar2 tu. semoga Gaza dilindungi Allah..amin

    ReplyDelete
  4. Sangat-sangat sedih bila tengok hal sebegini berlaku lagi.

    ReplyDelete